nuffnang advert

Wednesday, December 21, 2011

Farrah Wedding

Assalam semua,
last 2week dalam sedang aku sibuk dengan perform Koir untuk Dinner Office, sepupu aku pulak telah melangsungkan perkahwinannya. Aku tak sempat nak hadir pada hari nikah dan malam berinai hari tu.
Agak meriah sebab kami sanak saudara dah lama tak berkumpul ramai-ramai  macam ne sebenarnya...

Tahniah to Farrah & Budiman...Kak Lin ucapkan Selamat Pengantin Baru, Semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Kami semuanya sakan bergambar, terutama kami-kami di atas ne...Tak sabar pulak nak hadir majlis kenduri cukur jambul anak sepupu aku nanti... Dia dapat anak lelaki, Tahniah Afiq & Iman


Yang ini hasil kerja tangan adik aku kek coklet moist untuk sesi potong kek pengantin.Tak sia-sia ko belajar pastry, mama pon boleh la tarik nafas lega senyum sampai ke telinga dapat rasa dan tengok hasilnya...berbaloi beli oven mahal-mahal...hahahhaha. Ini adalah first projek dia la lepas habis study pastry kat IKBN, lepas ne dah boleh start business, boleh la aku keje part time dengan ko...heheheh...Tahniah Amira!

Thursday, December 1, 2011

Tabiat Sesetengah Manusia....

Tak tau nak cakap tabiat ke atau dah jadi darah daging segelintir orang yang sikap mereka tak suka berkongsi sesuatu ilmu dan suka merendah-rendah kealibiti seseorang.

Malas nak cakap banyak cuma nak cakap sikit je....Ko tak akan selamanya berada disitu. Satu hari nanti ko akan berpindah ke tempat lain jugak, suasana baru, kawan-kawan baru dan mungkin bidang kerja yang baru. Mungkin di waktu itu ko akan merasa ape yang ko dah buat sebelum ne...whats goes around comes around beb....!

Tata...

Thursday, October 13, 2011

16weeks


* taken from babycenter*

Assalam semua...Apa khabar...

Tak sangka masa cepat sangat berlalu...tup tup usia kandungan aku dah 16weeks. Allhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, cumanya terasa jugak la badan ne penat...balik dari kerja nak melayan Batrisya pulak...Kadang-kadang tak terlayan jugak di buatnya, nasib baik ade Mr.Bob. Aku kadang-kadang 9mlm dah selamat dibuai mimpi..

Oh oh ne lagi excited, aku dah start rasa baby bergerak. Mula-mula agak confuse sebab ingatkan angin dalam perut ke kan...tapi bila di amati betul-betul memang betul itu pergerakan baby. Dulu masa mengandungkan Batrisya aku start rasa pergerakan dia dalam 20weeks ke atas...

Tapi sejak akhir-akhir ne aku selalu terjaga malam, aku akan terjaga dalam pukul 2 3 pagi macam tu, lepas tu susah nak lelap semula...Waktu aku terjaga tu aku rasakan macam perut aku ne besar sangat dan bila nak beralih ke kiri ke kanan agak sukar. Tapi  bagi aku ini adalah dugaan kecil yang aku dapat sekarang ni. Aku kene positif lagi bila kandungan aku besar lagi. Kalau pengalaman mengandungkan Batrisya dulu perut dan badan aku besar dengan jayanya, kali ini aku kene cukup-cukup bersedia dengan semua tu. Tapi yang pastinya bila pregnent bukannya alasan untuk bermalas-malasan...be active..!!!

Tuesday, October 11, 2011

2 years now...

Assalam semua,

Pada penghujung bulan Syawal lepas kami sekeluarga telah menunaikan hajat nak buat Birthday Batrisya dan  Mini Open House. Allahamdulillah semuanya berjalan lancar dengan bantuan-bantuan My Mama, Keluarga Mertua, adik-beradik dan adik-adik Ipar aku. Terima Kasih semua, kalau tak ade kalian pastinya tak terkejar nak buat  ke semuanya.

Jamuan yang bermula seawal jam 12tgh dengan kehadiran jiran-jiran tetangga dan selepas tu kawan-kawan office. Agak kelam-kabut pada mulanya sebab jemputan datang serentak...jadi keadaan tu penuh sesak. Pada kawan-kawan semua aku mintak maaf ye dan terima kasih kerana sudi datang.

Buat Anak Mama Batrisya,




Rasanya baru semalam mama melahirkan kamu. Sekarang kamu sudah 2tahun. Sesungguhnya Kurniaan Tuhan itu besar rahmatnya buat mama&babah. Kehidupan kami semuanya di penuhi keletah dan gelak tawamu...Syukur Allhamdulillah....Mama&Babah doakan kesejahteraan mu, menjadi insan yang berguna dan menjadi kebanggaan kami semua..

Thursday, September 22, 2011

Open House 2011

Assalam semua,

Lama benar tak update....biasa la, kemalasan yang melanda tapi aku gagahkan jua...Tapi kan bila tengok blog-blog kawan yang lain...tetiba timbul rasa teringin nak jadi rajin update hari-hari...eerrmm aku cuba jadi rajin(insyaallah).

Meh aku cerita sikit open house yang sempat aku attend tahun ne.
Mula-mula ke rumah boss aku. Sampai jugak kami sekeluarga ke rumah boss....


Selepas ke rumah boss, sempat pegi rumah kawan-kawan Mr.Bob tapi tak ade gambar sebab waktu tu hujan lebat.

Esoknya pula ke KFC Kota Damansara. Dapat jemputan Birthday party anak Mariam.

  Batrisya with Eryn Birthday Girl

  Kakal n Aaron pon ade...


Tq Mariam jemput kami...

Lepas tu sesi jamuan-jamuan di office pulak. 

Jamuan Raya MITI & Agensi




 Yang ne pulak jamuan raya Bahagian Khidmat Pengurusan...


Semalam kami ke  Open House BGPP


 tuan rumah ne....


Tq kepada semua yang sudi menjemput. Memang meriah la tahun ne. Makanan memang super duper
sedap. Perut aku pon dah nampak sangat ke depan nyer..banyak sangat aku makan ne...

Thursday, September 8, 2011

Raya 2011

 Assalam semua...apa khabar..Macam mana dengan raya anda semua. Aku Allamdulillah, lagi seronok sebab Batrisya dah pandai nak beraya..selalu mintak 'nak pakai baju raya', ala comelnya anak mama.

Seperti tahun lepas kami beraya di rumah mertua dahulu, sebelum tu dapat la berbuka puasa dengan keluarga di Kajang sebelum mama dan adik-adik yang lain balik ke Melaka. Lepas dah puas beraya di rumah MIL petang tu kami terus balik Melaka, nak beraya dengan sanak saudara my side pulak.



Tahun ne berani la sikit bagi Batrisya main bunga api. Tapi tak boleh la main banyak sangat sebab takut asap tu buat Batrisya batuk.


 Raya ke-3 sempat celebrate birthday Batrisya kat kampung. Tengok tu, semangat sangat tiup lilin. Happy Birthday Batrisya. Mama n Babah sayang Batrisya sangat, Batrisya pengubat hati lara kami. Dah petah sangat bercakap...kami layankan saja(macam nak nangis).



 Masa ni beraya di Beranang sebelah Arwah ayah. Dah lama tak lawat nenek-nenek saudara di sana.

Tahun ini beraya sangat best, sangat penat hahahahha...Allhamdulillah kami semua seronok dapat berkumpul bersama.

Friday, August 26, 2011

SELAMAT HARI RAYA


Assalamualaikum,

Di kesempatan ini saya serta keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Di harapkan anda semua berbahagia di samping keluarga tercinta. Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada tersalah silap.


Sunday, August 21, 2011

Cheese Naan

Assalam kawan-kawan, salam 19 Ramadhan...

Apa khabar semua...harap semuanya sihat-sihat hendaknya. Aku Allhamdulillah setakat ni masih boleh berpuasa penuh...Allhamdulillah...Masih ade rasa loya-loya, tapi nasib baik tak kerap, masih boleh tahan lagi.




Kali ne nak cite pasal juadah berbuka puasa(macam rajin update je bunyinye kan?) aku dan Mr. Bob semalam. Nak kata mengidam tak la sangat kan, tapi lebih kepada teringin sebabnya juadah ini aku tahu pon dari blog Wahida dan lepas tu dari bff Fie.

Kami sampai dekat sana lebih kurang dalam pukul 6 macam tu. Book tempat dan oder air sekali. Tapi bila bulan puasa oder untuk makanan di buka selepas pkl 7, konsepnya korang kene beratur ambil makanan sendiri.

Semalam kami makan Cheese Naan dengan kuah kari ayam dan satu lagi special kuah daging cincang blackpaper. Kalau tengok kuah daging tu macam kuah speggetti gitu...Tapi sedap sangat makan dengan Cheese Naan tu.

Kepada -kawan-kawan anda patut cuba cheese naan ne, selain itu ade menu nasi briani jugak, ramai jugak orang oder aku tengok. Kedai makan ne pon senang je nampak, masuk je lorong Medan Tunku tu selang 3 kedai dari Restoren Lotus.

Jumpa lagi ..assalam

Monday, August 8, 2011

Allhamdulillah

Assalam kawan-kawan...apa khabar semua...
   
Sekarang ne memang betul-betul malas nak update...sejak sekarang ne aku dah berbadan dua..heheheh Allhamdulillah...Pada mulanya aku dapat tau yang aku pregnent aku tak ade masalah...tak de la segala loya-loya ke morning sickness ke, tapi terbalik pulak....kene pulak kat Mr.Bob...kesian dia...Siap standby dalam poket minyak cap kapak dengan asam. Sekarang Mr.Bob dah ok. Aku pulak baru je baik dari muntah-muntah...sakit-sakit badah. Tapi Allhamdulillah sampai ke hari ne masih berpuasa penuh. Kalau ikutkan memang la malas je kan, tapi tak boleh ikutkan sangat....
 
Aku masih tak percaya yang aku tengah pregnent. Tapi yang pastinya aku akan tetap tinggalkan segala kenangan kat dalam blog aku ni, supaya anak-anak aku boleh baca nanti...
 


Friday, July 29, 2011

Selamat Berpuasa

Assalam,

Tak sangka nak masuk bulan puasa dah...Aku harap puasa kali ne dapat la puasa  penuh....
Barang-barang dapur untuk memasak sahur pon dah beli...Berbuka insyaallah berbuka di rumah mertua...

Di kesempatan ini, aku ingin meminta maaf sekiranya aku ade tersalah kata atau terkasar bahasa...semoga ibadah puasa kali ini dapat menambahkan lagi pahala berganda....insyaallah

Monday, July 25, 2011

Friday, July 8, 2011

My Quiet Birthday...


situasi santai di rumah ketika ini...sila abaikan gambar saya itu ye...lilin tak ade, Mr. Bob guna lighter konon-konon macam lilin la, sebab Batrisya dah excited siap nyanyi happy birthday nak tiup.


Assalam,

Isnin lepas genap umur aku 29 tahun. Allhamdulillah aku masih bernafas, masih berpeluang bersama-sama dengan keluarga dan di kelilingi dengan rakan-rakan tercinta, Allhamdulillah...

Sambutan birthday kali ini biasa-biasa saje....Kami sambut di rumah Kajang sehari sebelum tu..Maklumla kan hari Isnin, hari bekerja...TQ to my adik(Amira) yang sudi buatkan Kek Tiramisu.

TQ to my Dearest Mr.Bob yang sentiasa di sisi...Batrisya yang sentiasa mengriangkan hari-hari mama...keluarga dan keluarga mertua yang banyak membantu...Kawan-kawan yang aku sayangi....TQ pada kawan-kawan yang wish dekat FB...

TQ, semua....

Tuesday, July 5, 2011

Batuk...

Assalam,rindu sangat nak berblog...nak buat enty baru, tapi apakan daya aku banyak benda-benda yang menghalang. Awal bulan memang sibuk sikit, maklumla saya kene bertukar tempat bertugas setelah 3 bulan bertugas di tempat lain(macam hebat kan)hehehehehe....

Nak cerita sikit pasal sekarang ne tengah batuk, tapi kali ne batuknya lain macam sikit. First sekali batuk aku ne lama sangat nak sembuh, lepas tu di sebabkan batuk ne aku hilang suara dan sekarang ne batuk aku sekali package dengan selsema...

Bila batuk ne dah lama ianya jadi lain la pulak, jadi macam sesuatu yang tersekat kat kerongkong ne. Aku rasa macam cepat mengah dan rasa dada aku ne sempit. Akhirnya aku berjumpa dengan doktor sebab tak ade perubahan batuk aku ne. Kali ne aku mintak sendiri kat doktor aku nak ne....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ha....aku sebenarnya dengan harapan nak cepat-cepat sembuh sebab takut sangat berjangkit dengan si kecik tu...Cepat la batuk aku ne sembuh....Ya Allah sembuhkan lah batuk aku ini...Amin.

Tuesday, June 21, 2011

Happy Fathers Day

Happy Fathers day pada bapa-bapa kat luar sana....terutamanya sekali nak ucapkan pada Mr.Bob(saya tau saya lambat buat entry ne). Nak celebrate pon tak sempat sebab minggu ne kami agak kelam kesana kemari dari Kajang maklumla mama tak de minggu ne.

Terus terang bila setiap kali Hari Bapa aku cuba tak nak ingatkan tarikh tu...sebabnya aku akan rasa sedih. Teringat kenangan-kenangan bersama Arwah Ayah. Tapi tak adil la untuk Mr.Bob kan....Jadinya hari Ahad lepas kami luangkan masa bersama memenuhi jemputan kenduri kendara(hahahhaha). Nak buat Caremal pon tak sempat tau....

To Mr.Bob, Happy Fathers Day...terima kasih di atas segalanya, semoga kita menjadi ibu-bapa yang terbaik untuk anak-anak kita ye..Insyaallah...

Al-Fatihah untuk Arwah Ayah.

Friday, June 10, 2011

BERDUA...

Assalam...

Ape yang berdua ne? Ha...hari ne tinggal kami berdua je yang bekerja, geng yang lain semua cuti. Kebetulan 3 hari Mr.Bob kerja di Janda Baik, kereta aku yang punyer la....

Dah lama tak ke Ikea. Rindu sangat, rindu kat Meetball n rindu nak cuci mata...


Santapan wajib kami Meetball...pada mulanya Fie nak oder yang 10 ketul tu..5 ketul pon dah buat masing-masing keyang sangat sebab dengan Kek Daim lagi...Mushroom Soup lagi


Kali ne tak de gambar-gambar ko buat peace ke....control-control ayu yek....gambar kali ne gambar menyuap, sebab dah lapar


eleh Fie....nampak sangat ko control ayu kan

Selepas pusing-pusing di Ikea, kami ke Ikano pulak servay baju anak-anak...Geram sangat tengok baju-baju kanak-kanak ne comel sangat...Lepas ne boleh la pergi lagi untuk shopping baju raya Batrisya..

Monday, June 6, 2011

Tahniah Aznee & Juju..

Assalamualaikum.... lama tak update ne...

First sekali nak ucap tahniah buat BFF Aznee yang telah selamat melahirkan baby girl yang diberi nama Hasya Qaireena seberat 2.9 kg semalam pada 5 Jun di Hospital Selayang...Tahniah buat Aznee sekeluarga dengan kehadiran puteri comel mereka....hahahah lepas ne Kebar ade geng la nak main..Tadi Aznee ade cakap, ade geng la nanti kami nak beli baju-baju untuk anak pompuan....

amek berkat utk anak ke-2..hehehehe

Tak lupa jugak buat BFF Juju yang yang selamat melahirkan baby boy pada 7May....



Baby Muhammad Shahzwan Asyraf

Lagi 3 bulan Batrisya akan menjangkau 2 tahun, Allahamdulillah...cepat sangat masa belalu. Dah banyak sangat akalnya...lasak bukan main lagi...
Mama luv u Batrisya...muahh..muah..

Wednesday, May 18, 2011

Happy Birthday Kakal!

Assalamulaikum semua.....rindunya pada blog aku ne...lama tak godek-godek...nak update apakan lagi...
Banyak story-story yang nak di kongsikan bersama sebenarnya, tapi aku dulukan cerita Birthday Party Ariff Haikal ye... Birthday Party yang berlangsung di Dewan RT Taman Sri Rampai pada 14May lepas...Sorry la pada tuan rumah kerana kehadiran kami tak ikut tema...Tengok family-family yang lain kemain gigih pakai jersi bola....



Birthday Boy yang dapat tidur sekejap je....



Kepada Kakal....Happy Birthday Sayang, semoga menjadi anak yang Soleh...dengar cakap Ibu & Abi ye....
Thanks to Fie dan Ayem yang sudi jemput kami sekeluarga...

Tuesday, April 26, 2011

Thanks Mr.Bob


Thanks to Mr.Bob yang tak jadi nak cancelkan channel movie....ini adalah di sebabkan Mr.Bob pada mulanya nak cencel movie dan gantikan dengan channel mustika yang ada Maharajalawak tu, tapi tak jadi ....Boleh la lepas ne tengok Maharaja lawak sampai lebam...Kalau channel movie pon boleh tahan jugak cerita-ceritanya....Baru-baru ne dapat jugak tengok movie The Blind Side yang menang Academy tu....best-best..

~sumber google~

~from google~

Kepada Mr.Bob , terima kasih banyak-banyak sebab faham akan keinginan isteri mu ini...Tapi ade syarat dari Mr.Bob..'Kalau dah ade Maharajalawak n movie ne jangan malas-malas buat kerja rumah pulak'.....teetttt!!!...;p

Monday, April 25, 2011

Tutti Frutti

Hujung minggu kalau balik Kajang memang tak sah tak ke pasar malam bangi. Kebetulan dalam perjalanan kesana kami akan lalu satu shop lot baru yang ada kedai Tutti Frutti ....Dapat jugak akhirnya merasa, kalau tak lalu je depan kedai tu.... Kedai Tutti Frutti ne kepunyaan palakon Ainul Aishah tu...

Sila ye pilih saiz cup mana yang anda suka....cup pink saiz paling besar sekali, hijau saiz sederhana dan saiz kecik cup warna oren...


Mr.Bob pilih perisa coklat&vanilla...aku pilih perisa epal & orange.


lepas itu boleh pilih topping pulak dan timbang...heheheheheh. Harga boleh tahan jugak la mahal nyer...tapi tak pe sekali sekalakan...


*gambar aku yang kecil mcm semut tengah meyembang dengan Kak Ku ....

Kebetulan masa nak balik jumpa dengan Kak Ku ex-office mate aku, sembang-sembang dan lepas tu terus ke pasar malam...

Tuesday, April 19, 2011

CONTEST : baby & daddy moment

Salam semua,

Hari ni bukan main gigih aku nak join contest ne. Aku dapat tag dari Fie, jadinya aku pon nak mencuba nasib la kan saja buat suka-suka...hahahahah. Contest ini anjuran dari Mommy Maya Kysha melalui blog(D'La Maya) nyer...


Syarat-syaratnya adalah

1. MESTI follow blog D'La Maya (sudah)

2. Klik 'LIKE' pada D'La Maya FB page. tidak wajib, tapi satu kelebihan jika klik ;) (saya jarang masuk FB...)

3. buat satu entry dan letakkan SEKEPING sahaja gambar baby & daddy. baby mestilah berumur sehari hingga 2 tahun sahaja. (sudah)

4. pastikan entry anda ada link terus ke entry ini. (sudah)

5. tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join contest ini. (sudah)

6. jangan lupa tinggalkan komen penyertaan anda ye. (sudah)



Nama Anak : Zahra Batrisya Bt Idezulamri
Umur : 1 tahun 7 bulan

Gambar ini adalah salah satu gambar yang saya rasa Mr.Bob(suami) dan Batrisya pandang camera, kebanyakan gambar-gambar mereka tak pandang langsung.....hehehehehe Kejadian ini berlaku di LCCT ketika kami sekeluarga hendak bercuti ke Jakarta.
TQ.


Saya tag mereka-mereka ini :

1. Malaysiansupermummy Mama Almira

2. Jehan Ibu Nia

3. Sue Mama Ayish


Monday, April 18, 2011

Smiley For Janda Baik

from google

Aku baru balik kursus 3 hari di Janda Baik... nak cerita banyak-banyak nanti takut tak suprise pulak kat kawan-kawan yang lain...tapi kursus ne best la...serius tak tipu punyer...


Moment yang tak dapat aku lupakan pada malam pertama aku di sana, kami semua pakai kain batik...lelaki pulak pakai kain pelekat...kelakar tengok gelagat masing-masing.... macam pelarian Myammar pon ada jugak aku tengok..... hahahahahha



Hari ke-2 pulak yang best sekali lunch kami makan Maggi....yum yum yum. Malamnya pulak kami buat persembahan berkumpulan

Kumpulan Rumba ye...bukan Rimba atau Rumbia ye kawan2...hehehe

Kursus yang sangat best sebab dapat hilang kan stress yang ade kat kepala ne. Ketawa, senyum dan happy-happy aku kat sane...Kepada kawan2 office sila la tunggu turn anda pulak ye....