nuffnang advert

Monday, June 30, 2008

orang gila

Seperti hari-hari lain, malas nak memulakan kerja terutama hari Isnin. Lagipun pagi-pagi tadi aku dah kena marah dengan mak sebab tak bagitahu handbrek kereta dia menyala bila aku guna kereta dia semalam. Hari Sabtu lepas aku tak kemana tapi semalam hari Ahad aku dengan adik no2 Nadia pergi membeli barang-barang keperluan sebab dia dah nak masuk belajar awal bulan Julai ne. Kejadian yang tak dapat aku lupa semalam bila nak menuju ke kereta bila sudah selesai beli barang-barang, bila Nadia nak betul-betul payung sebab hujan kebetulan ade orang tua India yang agak menakutkan menyergah Nadia sebab terkena percikan air hujan dari payung yang Nadia betulkan tadi. Masa orang gila tu menyergah Nadia, aku dengan rasa ketakutan terus lari meninggalkan Nadia. Nadia tergamam dan rasa tak puas hari dengan orang gila tu.

Aku fobia betul kalau dengan orang gila ne, sebab pernah terjadi aku dengan Fie nak ke Mydin dekat Chow Kit ada orang gila tegur kami masa tu, aku dah melangkah seribu meninggalkan Fie..
Sampaikan orang gila tu pon pelik tengok aku kenapa aku berlari sedangkan dia mintak RM1.

Friday, June 13, 2008

HIKMAH SUJUD

Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkanotak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempura.
-sumber dari just call me sharz blog-

Wednesday, June 11, 2008

HOLIDAY.... YYUUHUUUUU

Cuti sekolah lepas aku bersama keluarga bercuti di Langkawi. Ini kali pertama kami bercuti bersama-sama. Kami semua pergi naik bas ekpress di Station Duta sampai ke Kuala Perlis. Perjalanan memang jauh..kami semua tak pernah jalan jauh-jauh macam ne..paling jauh pun balik kg kat Melaka 2jam je..Pergi Holiday kali ni memang best semua nyer kami prepare sendiri, dari cari hotel, kereta sewa tempat makan kami redah je.
Yang kelakarnya sampai di jeti Langkawi kami terus pergi jumpa En Mat(tauke kerete sewa). Bila mak aku mula nak drive kereta, dia jadi takut sebab kereta yang mak aku bawa tu manual. Mak aku dah lama tak drive kereta manual..dah biasa bawa kereta auto je... Nampak la muka mak aku lain masa tu, dengan tempat Jeti tu yang banyak kereta hon kat kereta kami. Tapi lama-lama ok jugak la mak aku drive walaupun slow sangat.
Habis merata kami jalan, sampai masuk kampung-kampung orang. Tapi kali ne semua tempat kami pergi. Kami berkesempatan pergi ke pulau-pulau seperti Tasik Dayang Bunting, Pulau Lang dan Pulau Pasir Putih. Di Pulau Pasir Putih, aku dengan adik-adik mandi sakan sebab air lautnya jernih sangat...
Mungkin untuk tahun depan pula kami akan bercuti di tempat lain insyaallah ade rezeki...Syukur allhamdulillah kami pergi dan pulang dengan selamatnya walaupun masa balik ke KL bas ekpress tu laju sangat-sangat sampaikan aku tak dapat tidur.
adik2 aku naik cable car..aku n Mamatak naik sebab takut..tinggi sangat
kiri: Ila(adik bongsu) n Nadia(adik no2)


Tak tau ape nama tempat ne...tapi sebenarnya kami berhenti di Petronas dan
mengambil gambar kapal-kapal layar yang dekat kat situ
kiri: Amira(adik no3), Ila, Mama n me


Tengah menunggu bot nak pergi ke pulau-pulau di Pantai Cenang

me(hati riang)
Waktu menaiki feri dari Kuala Perlis ke Langkawi


Monday, June 9, 2008

MINYAK OH MINYAK

Mungkin sekarang ne aku tak terasa sangat bila harga minyak naik sebab pergi dan balik kerja aku naik Komuter. Tapi semalam bila pergi rumah orang kahwin dan lepas tu Bob hantar aku balik rumah, Bob kena isi minyak lagi. Bayangkan minyak memang jauh beza dengan dulu mahal sangat sekarang ne....Ake terfikir pulak macam mana nanti aku dah kahwin dan kalau ade rezeki dapat anak pulak....mungkin berbelanjaan tu lagi banyak...manakan barang-barang anak lagi, perbelanjaan rumah lagi.
Aku rasa nak mula jimat cermat la....(errrmm boleh ke). Tak ada lagi beli barang-barang yang mengarut. Aku akan cuba beli barang-barang keperluan sahaja, cuba limitkan perbelanjaan macam kasut, baju atau sekurang-kurangnya dalam RM100 mengikut keperluan semasa.