nuffnang advert

Friday, March 7, 2014

Malaysia vs Philippines

Assalam....

Tah kenapa hari tu macam bersemangat kami anak beranak nak tengok bola. Kebetulan ada friendly Malaysia vs Philippines....Semangat kami anak beranak sampai kat area Stadium Selayang tu terus beli Jersi kat sana....Ini adalah pengalaman pertama aku tengok bola kat stadium...sebenarnya aku teruja nak tengok gelagat-gelagat orang....game dan player tak la sangat...hahahah. Anak-anak pon teruja siap sorak Malaysia!!!...Malaysia!!!..hahahah

Sebelum perlawanan dah start hujan...tu yang carik tempat duduk kat belah atas yang berbumbung...


Team Malaysia( Harimau Malaya) tengah warming up....



nyanyian lagu kebangsaan 

ha tu Ultras Malaya tengah berarak nak masuk stadium....kat luar pon dah start bakar Suar...

Masa game dah start aku rasa pelik kenapa Ultras Malaya tak de sorak-sorak...senyap je, rupa-rupanya mereka memang dah rancang buat macam tu selama 30 minit tanda protes kat FAM....

Bila dah lepas 30minit masa perlawanan Ultras Malaya start...




Waktu ne mak mertua call Mr.Bob sampai 5 kali bertanyakan pasal anak-anak...takut terjadi apa-apa..
Nasib kami duduk jauh dari Ultras Malaya ne...kalau tak anak-anak sure lemas dengan asap-asap tu...dah la budak-budak tu athma...


Mata telinga tertumpu je kat Ultras Melaya ne....sampai kan games pon tak berapa aku tengok...Untuk Ultras Malaya good luck pada anda semua yang betul-betul berjuang demi Bola Sepak Negara...

Mungkin di kesempatan lain kami akan menyaksikan bola lagi....Tapi  mungkin tak bawak anak-anak kot...



sekian...end...

Tuesday, February 25, 2014

Padang 6-8 Jan Part 2

Assalamualaikum,

Ok sambung balik entry vacay ke Padang tempoh hari, sebelum entry ni terkubur begitu sahaja....lebih baik cepat-cepat buat...

Selepas ke kedai pertama untuk membeli belah, kedai kedua ne aku ingat nama kedai tu sebab pagi tadi terjumpa beg plastik kedai tersebut...hahahahah...kami ke kedai kedua iaitu Kedai Putri Minang..ha kat sini pon beli telekung untuk di jual juga nanti...ade selit-selit jugak untuk telekung sendiri dan belikan MIL jubah sulam...



Lepas itu kami ke Kedai Satu Karya. Kedai ni terletak kat Pandai Sikek(teringat lagu Kak Nita) . Kedai Satu Karya ne lebih tertumpu dengan hasil tenunan, sulam-sulaman pon ada jugak di jual disini tapi tak banyak macam kat kedai Putri Minag. Berkenan jugak Mr.Bob kat satu baju kat kedai ne...dapat beli tudung sulam lagi....



Tengah tengok tuan kedai buat tenunan...


kat belakang kedai kalau waktu siang sangat cantek tau pemandangannya...tapi masa kami sampai ne dah malam...memang tak nampak ape...itu pon aku tau bila aku baca forum cari.

lepas tu kami pergi makan malam sebelum balik ke hotel, tempat makan tak ingat la hai nama nyer..

pekene teh botol 

Kami menginap satu malam je dekat Hotel Campago. Tak dapat nak explore hotel sangat sebab check in pon dah malam. Tapi hotel boleh tahan la best dan selesa....boleh check website Hotel Campago kat sini ye....



gambar berlatarbelakang Hotel Campago..yang kat atas tu ade atap bumbung minang yang kebanyakan ada di setiap bangunan di Padang ini...

bersambung..

Tuesday, February 11, 2014

Padang 6-8Jan 2014

Asaalam,

Alhamdulillah berkesempatan kami sekeluarga bercuti pada awal tahun hari tu, Batrisya start sekolah je 2 hari kene cuti balik, nasib baru sekolah tadika kalau sekolah betul dah tak boleh ponteng-ponteng dah!!. Kali ini kami ke Padang Indonesia. Booking tiket dari tahun lepas lagi masa AA buat promo...Kali ni vacay banyak mencabar sebab bawak Batrsiya n Zandra.

Flight kami pada pkl 1.30tgh, check-in online  semua dah buat 2 hari sebelum flight, so senang sikit kerja....Vacation kali ne ade melibatkan ahli-ahli keluarga yang lain...ada makcik-makcik sedara dan sepupu-sepapat, selain itu ade jugak adik aku n mama yang turut serta.

Alhamdulillah perjalanan semua selamat walaupon anak-anak macam boring sikit kat kapal terbang tu, Zandra tu mintak nak lepas je...mana la boleh lepas sgt kan sebabnya dengan orang lalu lalang lagi, dengan stewardess nak menjual makanannya lagi..Nasib perjalanan 45minit je.

Airport kat Padang kecik je, dengan kaunter imegresen kat sana hanya ada 3 kaunter je...jenuh kene beratur panjang...kat sana anak-anak pon boring berlari sana sini....

Kat sana kami di jemput oleh Pak Saiful, dah terus terjah pegi lunch. Kami di bawa ke Restoren
Lamun Ombak iaitu sajian makanan minang..Hah memang kene la dengan tekak aku kan...makanan mereka tak jauh beza dengan kita, ade rendang, ikan goreng berlado, masak lemak cili api...semua sedap-sedap belaka. 

kenderaan kami disana







Lepas itu kami teruskan perjalanan ke Bukit Tinggi sebab akan menginap di sana 1 malam...dalam perjalanan kami ade singgah beberapa kedai-kedai yang menjual kain dan telekung sulam. Di Bukit Tinggi memang terkenal dengan kain sulaman dan juga banyak tempat belajar membuat sulaman.

Kedai yang pertama kami singgah ne tak ingat pulak ape nama kedainya...kat sini sempat beli 10 helai telekung sulam...Aku dan Nadia(adik) berkongsi modal nak menjual telekung dan kain pasang bila balik nanti, masing-masing keluarkan modal untuk meniaga. Beli sikit-sikit kat setiap kedai, sebabnya banyak lagi kedai nak menyinggah nanti...



Ok la..nanti kita sambung lagi....


Thursday, February 6, 2014

Zandra Adelia 2 years old!!!!

Hari ini genap umur Zandra yang ke 2 tahun. Bila di ingatkan kembali saat mengandungkan adik memang doktor dah nasihatkan aku supaya banyakkan berehat sebab waktu itu kandungan aku bermasalah iaitu Plasenta Previa type-4, doktor kata bila-bila masa je saya boleh bleeding, samaada bleeding yang banyak atau sikit. Tapi aku tak la berehat sangat pon, malas nak manjakan badan waktu mengandung...dah la aku ne kembang semacam bila time pregnent...badan beganda-ganda naik...

Waktu aku pregnent 33minggu, aku mengalami bleeding yang sangat teruk, mencurah-curah macam air paip tu...aku n Mr. Bob cuak gile dan terus bergegas ke Hospital. Bila doktor cek dan tengok buku checkup aku doktor kata aku kene warded dan kene Bedrest sahaja di hospital sampai kandungan 38minggu...Genap 38 minggu kene terus Ceazer...

Dalam tiga hari menghuni di Hospital, aku bleeding lagi sekali. Bleeding yang sangat banyak..terus panggil nurse dan doktor...waktu tu jugak bila doktor tengok pergerakan baby dan keadaan aku yang banyak kehilangan darah terus doktor ambil keputusan untuk buat emergency ceazer...perasaan aku waktu tu hanya Allah je yang tau...

Allhamdulillah adik selamat dengan berat 2.05kg dan lahir pada 6 Feb 2012..sangat kecik....aku dapat tengok sekejap je bila nurse bawak kat aku ketika tu...lepas tu adik di bawa ke NICU. Aku pulak bila dah selesai Ceazer aku di bawa balik ke wad....Dalam 2 hari aku tak dapat nak jenguk adik kat NICU sebab tak larat lagi nak bangun dan bergerak sendiri... Mr.Bob yang selalu jenguk adik di NICU.

Adik duduk di NICU lebih kurang seminggu...lepas aku discharge, aku pegi pulak teman adik di NICU...berkampung aku kat NICU tu pulak...

Jaga adik bila pantang senang sangat...2jam sekali bangun nak susu...adik dapat fully breastfeed bila pantang...itu yang sekarang ne adik masih melekat lagi dengan aku...heheheheh

Bila membesarkan adik memang banyak dugaan, ye la adik ne kan Premature baby...doktor nasihatkan pada kami adik ne kene extra care...baby premature senang kene jangkitan...tak boleh sangat terdedah dengan orang ramai...Sampai sekarang pon adik bila dapat batuk selsema memang lambat nak sembuh...pekembangan yang lain pulak dia lambat sikit nak berjalan...

 Untuk adik Zandra, bila dah besar nanti mama harap adik dapat baca ape yang mama tulis di blog ni...kasih sayang mama buat adik tak ade penghujungnya...Kehadiran adik adalah hikmah yang terbaik yang  telah Allah aturkan buat kami. Harapan mama adik berjaya dalam ape jua yang adik ceburi...Mama doakan adik sihat, menjadi anak yang solehah....Selamat Ulangtahun ke-2 Zandra Adelia!!!

Friday, January 10, 2014

Kenangan 2013


Assalam...Belum terlambat rasanya nak ucap Selamat Tahun Baru hahahah(ayat nak sedapkan hati)

Nampaknya memang suram la blog ne dengan cerita-cerita suam-suam kuku dari aku, tapi tak pe la asalkan  jangan terus terkubur blog aku ne(ayat nak sedapkan kan hati lagi).

Tahun 2013 memang agak mencabar la bagi aku....banyak ujian-ujian yang membuat aku sedar dan banyak mematangkan diri...dari keluarga, kewangan, kerja, kesihatan semuanya aku aku telannnn...

Keluarga
Tipu la kalau kata tak pernah kita atau pasangan bermasam muka atau perselisihan faham kan....
tapi bagi aku dan Mr.Bob kalau kami tak sependapat atau ade masalah yang lain kami lebih selesa berdiam diri. Bila masing-masing dah rasa cool baru la kami berbincang dan selesaikan masalah tu...

Kewangan
Tahun 2013 memang banyak sangat masalah dari segi kewangan, macam-macam bil la sampai, dari cukai pintu...maintanance rumah... memang tahun 2013 sakit sikit la dalam bab kewangan...dan pasal kewangan jugak la kami register Batrisya di salah satu tadika mengikut bajet dan kemampuan kami....Allhamdulillah...

Kerja
Tahun 2013 memang catat rekod cuti rehat habis...bulan Oct cuti dah zero..Kebanyakan cuti tahun habis kat Batrisya dan Zandra yang keluar masuk hospital....sedikit sebanyak memang terjejas kerja...banyak ambil EL

Kesihatan
Tahun 2013 ne Allhamdulillah kesihatan aku n Mr.Bob ok, setakat demam ..batuk tu ...kami masih boleh bertahan lagi....tapi kesihantan anak-anak tu teruk sikit, Batrisya dan Zandra dalam 3 ke 4 kali masuk hospital...

Kalau nak cakap azam tu rasanya sama je macam tahun-tahun lepas, tapi untuk tahun 2014 ne doa dan harapan tu nak ubah dari kesederhanaan berbelanja nak luangkan masa kualiti time untuk anak-anak dan suami...tak nak boros dan banyak simpan duit...tapi nak vacation hahahhaha....

Ok la...kalau ade masa boleh story morry lagi...