nuffnang advert

Friday, July 27, 2012

Berbuka Puasa Di Luar



Semalam kami berbuka di Restoren Chawan Publika bersama-sama dengan unit baru Mr.Bob.
Ini baru first time kami berbuka di luar sepanjang ramadhan.

 ini menu Mr.Bob semalam

Menu-menu di Restoren Chawan sangat sesuai untuk bulan Ramadhan ini. Semalam Mr.Bob makan set Nasi Putih Lauk Masak Lemak Daging Salai, saya pulak makan set Soto Nasi share dengan Batrisya(sorry tak sempat nak amik gambar). Setiap set ada Air Panas dan Air sejuk, pencuci mulut caremal/sagoo gula melaka(ini berlainan setiap hari)

Kalau anda nak berbuka di sana, saya sangat recommend set-set nasinya. Selain set Nasi Lauk Masak Lemak Daging Salai ada set lauk ayam kurma, set nasi lauk asam pedas dan banyak lagi.

heheheheheh....

p/s: minggu depan tuan punyer blog sekeluarga akan berbuka di Office. Nak tengok gelagat kawan-kawan dengan anak-anak mereka...mesti macam-macam ragamkan?...hehehehehehe


Friday, July 20, 2012

Selamat Berpuasa

Assalam....Esok kita semua dah start berpuasa... Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. Semoga ibadah puasa kita kali ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya dan di terima Allah S.W.T

Disini saya  mengambil kesempatan memohon maaf sekiranya saya ada terkasar bahasa atau tersalah tingkahlaku secara sengaja atau pon tidak. Semoga kita dapat menjalankan ibadah-ibadah yang berlipat kali ganda di bulan baik ini.

p/s: tuan punyer blog berbuka di rumah MIL sahaja pada hari bekerja, weekend pula mungkin balik Kajang berbuka bersama-sama mama dan adik-adik. Sahur pulak tuan punyer blog masak yang ringkas-ringkas je.  Seronoknya bila berbuka beramai-ramai sambil duduk bersila kat bawahkan....hahahah

Monday, July 16, 2012

Kuala Selangor

Assalam...Semalam kami sekeluarga berkesempatan ke Kuala Selangor. Alang-alang rumah pon dah dekat dengan Highway LATAR tu kan....kami zazzz terus ke Kuala Selangor. Ada apa kat sana? Tak de apa-apa pon saje jalan-jalan. Kebetulan kami memang nak tambah barang-barang dapur yang dah kurang sebelum bulan puasa, kebetulan kat sana ade kedai 1Malaysia dan ramai yang kata kedai 1Malaysia tu barang-barangnya murah..maklumla bila tengah-tengah bulan ne duit pon kureng kan, jadinya kedai 1Malaysia lah terjahan kami.
 



Kat Kedai ni ade jugak jual barang-barang dari jenama-jenama lain. Kedai 1Malaysia ini betul-betul terletak kat bandar Kuala Selangor. Barang-barang pon kami beli mana yang perlu je macam telur, susu pekat, sardin dan ade lagi  3 4 barang lagi.

Selepas tu kami ke Cendol Durian Borhan




Saya order Laksa dan Cendol Durian Jagung kongsi dengan Batrisya, Mr Bob Cendol biasa.
Semuanya RM7 ringgit.

Ok jumpa lagi....

Friday, July 13, 2012

Cheese Naan@RSMY

Assalam....Semalam saya puasa sunat. Bila Mr.Bob tanya ade teringin nak berbuka apa-apa tak? hehehehehe sebenarnya banyak benda yang terasa teringgginnn sangat nak makan...Tapi satu-satu lah ye, jangan ikutkan nafsu je...sebelum berbuka memang semua nak makankan...Semalam saya berbuka Cheese Naan RSMY di Jalan Medan Tuanku....Last saya makan kat sini masa bulan puasa tahun lepas.

 Kami order Cheese Naan  2 set, ayam tandoori dan kari daging cincang(masa ne kari daging tak sampai lagi)

Sementara saya berbuka Mr.Bob tolong jagakan Zandra yek...

Allhamdulillah selesai jugak saya berpuasa semalam.

Jumpa lagi Assalam....

Monday, July 9, 2012

Siri Portluck Ke-2 Diva




Agenda 2 ke 3 minggu lepas...dah tak ingat berapa hb nyer....adhooii. Allhamdulillah Diva berkesempatan buat majlis portluck yang kedua. Kali ini kami semua terjah kerumah Maknam kat Kepong nun...Maknam pon masa tu dah tak lama kat umah tu, dia dah nak pindah...

Dah lama teringin benar nak makan lauk kari ikan talang...jadinya aku buat menu ituww...kawan-kawan lain ade yang bawak udang sambal, sayur campur, ayam goreng rempah, daging sambal(lebih kurang kot), ade koktel buah ...pencuci mulut pulak aiskrim, kek coklet caremel....semuanya sedap-sedap belaka...


p/s: tak lama lagi kita dah nak masuk bulan Ramadhan. Apa-apa pon tuan punyer blog nak mintak maaf jikalau ade salah silap atau ade terkasar bahasa... Selamat Menjalani Ibadah Puasa ye!

Friday, July 6, 2012

30

 Happy Birthday to me...hahahah, aku sudah 30tahun pada 4Julai lepas. Semoga aku di kurniakan kekuatan dan kesihatan. Semoga aku menjadi seseorang yang lebih berfikiran matang. Semoga aku menjadi insan Allah yang lebih taat dan setia di sampingNYA. Semoga menjadi seorang Isteri, Ibu dan anak yang baik dan bertanggungjawab. Semoga keluarga kami di murahkan rezeki. Semoga menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini....

Semoga harapan dan Impian ini terlaksana.....Amin

p/s::Entry ini dah 4 hari tersidai di bahagian draf, tak tahu sebenarnya nak mengarang ayat...kekurangan idea pon ye jugak...lepas ne tuan punyer blog kene banyak baca buku..