nuffnang advert

Wednesday, December 19, 2012

Makan-makan

 Assalam semua...

Semalam sempat jugak merasa makan di Tree Steak House Paya Jaras selepas habis urusan di Ampang. Selalu kalau balik rumah akan lalu Paya Jaras dan kedai makan ne memanjang ramai orang nya. Cakap kat Mr.Bob nanti kena cuba makan kat sini. Ternya makanan kat sini sedap u ollsss..makanan pon sampai cepat... Ada masa nanti nak ajak family lak makan kat sini.


Adik tu selalu la gaya macam tu. Mana boleh tengok orang lain mengunyah kalau dia pon sekali tak mengunyah...Bagi la rasa sikit-sikit aiskrim tu, tak boleh la banyak-banyak...kang batuk masuk hospital lagi


sebelum terkaman bermula.... Tu ade oder chicken nugget, tak tau kenapa boleh teroder...macam tak pernah makan pulak sedangkan stok nugget tu manjang ade dalam freezer kat rumah...tak berusik pon nugget tu..last sekali bungkus bawak balik rumah.

kami oder spagetti untuk kakak....lapar sangat kekdahnya..separuh jugak habis dia makan

Gini pulak gayanya Mr.Bob makan bila tau saya nak amek gambar dia.

Ok la...itu sahaja buat masa ini..jumpa lagi


Tuesday, December 4, 2012

Batrisya & Zandra Warded

Assalam...

Lepas balik dari Bagan Lalang, sampai rumah mama kat kajang lebih kurang petang la. Bila malam anak-anak dah start demam...tapi kakak la yang mula-mula terus demam panas, adik pulak start dedar-dedar je. Kakak dan adik saya start bagi makan ubat demam malam tu.

Keadaan adik dan kakak sama je demam panas tak turun-turun pon suhu. Kami siap berulang alik ke klinik dan hospital. Ubat bontot pon jenuh la masuk, tapi sejuknyer sekejap je. Bila dah demam dua beradik ne mula la batuk dan selsema. Kakak jangan cakap, bila keadaan cuaca sekarang asyik hujan dia mula batuk teruk dan mula athma atack pon muncul. Adik pulak batuk teruk sampaikan nafas pon laju. Kesian sangat tengok budak-budak ne.

Ada sekali tu Mr. Bob dengan kakak pegi ke hospital amek neb pukul 1pagi sebab kakak dah batuk teruk sangat. Last kami buat keputusan yang kami kene bawak anak-anak ke HKL, itu kiranya last choose la...lagipon kakak dah memang ade rekod di sana. Doktor cek kakak dan adik siap amek darah...adik siap  kene mandi lagi sebab terlalu panas. Jadinya kedua beradik ne warded, tapi hati saya rasa tak seronok sebab anak-anak sure kene cucuk kene masuk air dan antibiotik...jeritan dan tangisan tu la yang melemahkan saya, tapi untuk kebaikan anak-anak jugak...takkan la nak biarkan masing-masing dah lembikkan(tapi dah lembik dah pon)...



 Hampir seminggu jugak di Pediatrik HKL. kakak start nebulizer setiap 6 jam, masuk drip air dalam 2 botol  makan ubat demam dan pakai oksigen. Adik pulak pakai oksigen, makan ubat demam dan dan masuk antibiotik. Allhamdulillah hari kelima kakak dan adik dah boleh off oksigen off line kat tangan tu.

Bila anak-anak dah segar sikit...dah off oksigen n boleh la berjalan-jalan sikit. Tempat kegemaran anak-anak kat hospital ne tentulah playroom. Kat Pediatrik ade 2 ke 3 playroom, boring kat playroom bawah pegi kat atas...macam tu la... Nak melayan kedua-duanya cukup mencabar, nasib Mr.Bob ada gilir-gilir melayan mereka.


Jutaan terima kasih kepada nurse-nurse yang banyak membantu dan jugak Doctor Nazatul dan Doktor Nik dari wad KK2.