nuffnang advert

Thursday, September 20, 2012

She 3 years old now!!


Assalam...

Baru la terkial-kial nak update blog kan...hhahhaha. Last Syawal kami akhirnya dapat jugak buat bithday party Batrisya dan open house. 1Sept lepas genap umur Batrisya 3tahun. Pada mulanya kami nak cancel je birthday party tu dan tunda pada tarikh yang lain, tapi bila tengok tarikh-tarikh yang lain rasanya macam tak sesuai pulak, takut terus tak terbuat pulak....Lagipun hari Ahad tu hari last syawal, jadinya kita buat Birthday Party n Open House sekali harung....
masa ni di rumah Kajang saya nak cuba buat Kek Red Velvet. Bila beli bahan-bahan kek tu Batrisya nak sangat-sangat beli lilin no.3 tu...Bila Kek tu dah siap dia buat ala-ala Birthday dia tiup-tiup lilin bagai.


Yang ini pon dia teringin nak tiup lilin. Masa Opeh House rumah Aznee, Aznee ada sambut Birthday Ikbal sekali...balik je Batrisya mintak kat Mr.Bob kek...dia cakap nak tiup lilin macam Ikbal...hahahah


Ini la hari sebenarnya sambutan Birthday Batrisya....walaupon dah hampir 3minggu Birthday nya berlalu. Kek di sponser oleh adik saya Nadia. Kat sebelah Batrisya tu kawan baik dia aka sepupu...

 Saya tak dapat buat kerja sangat sebab budak kecik tu nak berkepit je ngan maknya. Mungkin tak biasa tetiba ramai orang. Senyum sikit dikk...susah betul nak senyum sorang ne...

Fie family sampai awal....sebabnya diorang lepas tu nak ke rumah Jue pulak.

Menu pada hari tu Nasi Lemak buatan MIL, Spegetti, Roti Jala, Roti John (buatan sendiri), Nasi Impit, Kuah Kacang dan Kuah Lodeh buatan mak saya.

Kawan-kawan divas yang sempat datang...Tq uollss....
Terima Kasih pada family Mertua, mama dan adik-beradik yang banyak membantu. Kepada yang datang hari tu mintak maaf jika ade yang terkurang ye...

To Batrisya:

Mama doakan Batrisya membesar dengan baik, sihat-sihat selalu. Semoga kasih sayang yang mama dan babah curahkan kepada kamu akan kamu ingat sampai bila-bila. Semoga menjadi anak yang solehah, menjadi anak yang bijak dan di senangi semua. Mama, Babah, Nek Me, Atuk Amin, Nenek Milah dan semua orang di sekeliling kamu sayangkan kamu....Keletah kamu cukup menceriakan kami semua...

Allhamdulillah...
 

Monday, September 10, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalam....Dalam malas-malas ne saya gagahkan jua untuk update pasal raya kami tahun ini.

Rasanya tak terlewat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda yang sudi baca blog saya ini. Semoga di hari lebaran ini dapat kita mengeratkan silatulrahim di antara kita. Saya ingin memohon ampun dan maaf jikalau ade terkasar bahasa atau tersalah tingkah laku ye.
kami....adik susah betul nak tengok camera...

 kakak...

 kesian babah menahan sakit....

Cerita raya kami biasa-biasa saja, tapi ade cerita di sebalik raya kami yang kurenggg sikit la....nak pergi berjalan raya pon ta sampai hati sebab Mr. Bob tak beberapa sihat.

Sehari sebelum raya saya pulun mengemas rumah sebab bila fikirkan bila dah balik dari kampung nanti sure penat gile dengan kain baju menimbun nak basuh. Jadinya saya kemas siap-siap...tukar cadar semua, keluarkan balang kuih siap-siap...Mengemas bangai nak rak dari start subuh sampai ke petang, mana taknya bila budak-budak bangun tergendala la kan kejap kerja kita. Jadinya malam raya last puasa hari tu kami berbuka di McD sahaja dan terus ke balik rumah mertua.

Tahun ini sama macam tahun lepas jugak kami beraya dulu di rumah mertua. Lepas itu ke rumah nenek Mr.Bob(tak jauh pon dgn rumah mertua)...kat sana ramai yang dah berkumpul. Lepas tu raya rumah saudara-mara side Mr.Bob dah kami terus pulang ke Melaka. Kat Melaka rumah nenek saya. Mama dan adik beradik dah balik awal-awal lagi. Rumah nenek pon ramai jugak ade Ayah Lang family, makngah family...ramai la.

masa ni dah sampai Melaka....nak pegi beraya rumah nenek-nenek saudara...


Itu serba sikit cerita kami berhari raya... Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga....