nuffnang advert

Friday, January 10, 2014

Kenangan 2013


Assalam...Belum terlambat rasanya nak ucap Selamat Tahun Baru hahahah(ayat nak sedapkan hati)

Nampaknya memang suram la blog ne dengan cerita-cerita suam-suam kuku dari aku, tapi tak pe la asalkan  jangan terus terkubur blog aku ne(ayat nak sedapkan kan hati lagi).

Tahun 2013 memang agak mencabar la bagi aku....banyak ujian-ujian yang membuat aku sedar dan banyak mematangkan diri...dari keluarga, kewangan, kerja, kesihatan semuanya aku aku telannnn...

Keluarga
Tipu la kalau kata tak pernah kita atau pasangan bermasam muka atau perselisihan faham kan....
tapi bagi aku dan Mr.Bob kalau kami tak sependapat atau ade masalah yang lain kami lebih selesa berdiam diri. Bila masing-masing dah rasa cool baru la kami berbincang dan selesaikan masalah tu...

Kewangan
Tahun 2013 memang banyak sangat masalah dari segi kewangan, macam-macam bil la sampai, dari cukai pintu...maintanance rumah... memang tahun 2013 sakit sikit la dalam bab kewangan...dan pasal kewangan jugak la kami register Batrisya di salah satu tadika mengikut bajet dan kemampuan kami....Allhamdulillah...

Kerja
Tahun 2013 memang catat rekod cuti rehat habis...bulan Oct cuti dah zero..Kebanyakan cuti tahun habis kat Batrisya dan Zandra yang keluar masuk hospital....sedikit sebanyak memang terjejas kerja...banyak ambil EL

Kesihatan
Tahun 2013 ne Allhamdulillah kesihatan aku n Mr.Bob ok, setakat demam ..batuk tu ...kami masih boleh bertahan lagi....tapi kesihantan anak-anak tu teruk sikit, Batrisya dan Zandra dalam 3 ke 4 kali masuk hospital...

Kalau nak cakap azam tu rasanya sama je macam tahun-tahun lepas, tapi untuk tahun 2014 ne doa dan harapan tu nak ubah dari kesederhanaan berbelanja nak luangkan masa kualiti time untuk anak-anak dan suami...tak nak boros dan banyak simpan duit...tapi nak vacation hahahhaha....

Ok la...kalau ade masa boleh story morry lagi...