nuffnang advert

Monday, May 14, 2012

Kakal Birthday

Assalam,
Semalam dapat jemputan Birthday Party Kakal yang ke 2 tahun. Semalam dari Kajang terus kami ke Kg Kerdas Gombak. Sampai di sana Batrisya tak senang duduk sebab ade Kolam mandi khas untuk anak-anak bermandi-manda. Jenuh pujuk Batrisya makan dulu, tapi tak nak. Nasib baik masa hari Jumaat Fie dah bagi tau bawak baju.


Dah lama tak jumpa Kakal...sekali bila jumpa dah besar...dah pandai cakap, dulu kemain susah sangat nak dengar suara. Kek red velvet tu sangat sedap hokeh.


Masa ne Batrisya ok lagi sebab tak ramai dalam pool tu.

Ini pon dah macam takut-takut sikit sebab dah ramai budak-budak. Kalau ada rezeki lebih lepas ne nak masukkan Batrisya ke Kelas Berenang, sekurang-kurangnya dia tak takut kat air.

Antara kawan-kawan yang hadir...

Dah lama mak tak berposing hokeh...

Terima kasih kepada Fie sekeluarga kerana sudi menjemput kami. Gambar Zandra tak ambik pulak pada hari kejadian sebab dia sibuk beradu...

Happy Birthday Kakal, semoga panjang umur dan di limpahi rezeki dan semoga menjadi anak soleh.

Thursday, May 10, 2012

Im back!!!!

Assalam semua..Allhamdulillah berkesempatan jugak update blog yang suram ne...
Hari ne hari ke-2 aku bekerja setelah 90 hari cuti bersalin. Sedih sangat bila tinggalkan Batrisya dan Zandra. Semalam tanya Mak Jah Zandra nangis tak? Mak Jah ckp dia kuat menyusu, lepas tu dia macam gelisah macam tak puas.  Risau sangat sebenarnya sebab Zandra jenis suka melekap je. Kakak pulak malu-malu pada mulanya bila sampai rumah Mak Jah, maklum la sepanjang aku bercuti dia tak kesana, malu pon sekejap je lepas dah jumpa kawan-kawan lupa terus...

Allhamdulillah aku selamat bersalin anak ke-2 pada 6Feb di Hospital Selayang melalui caesarean. Atas sebab-sebab tertentu, aku terpaksa bersalin pada kandungan 34minggu. Tapi allhamdulillah Zandra kuat, seminggu dia di NICU dia dah boleh balik.

Aku berpantang di rumah MIL, habis je pantang aku balik ke rumah mama di Kajang, sebulan kat sana aku balik rumah sendiri. Bila dah balik rumah sendiri baru la tanggungjawab sebagai ibu dan isteri teruji...Bila dah balik rumah sendiri, kerja-kerja rumah kene handle sendiri tanpa bantuan sesiapa pon..Mr. Bob pulak pergi kerja.Semua kerja rumah kene di siapkan sebelum kedua puteri aku bangun tido, kalau tak satu kerja rumah pon tak jalan.

 Gambar sebelum bersalin

 Zandra Adelia Bt Idezulamri 2.05kg

 last timbang 3.7kg

Kami sekeluarga secara official nyer sudah berpindah ke rumah baru. Terima Kasih kepada Mama, adik-beradik, keluarga mertua yang sudi menolong waktu pindah hari tu..masa tu aku masih berpantang lagi(tak dpt tolong). Rumah sekarang ne jauh sikit la dari rumah sewa yang dulu tu, tapi berbaloi la rumah sendiri..Allhamdulillah rezeki kami anak sekeluarga.

Harap-harap lepas ne tak malas lagi update blog. Banyak sangat nak cite.

Jumpa lagi.