nuffnang advert

Tuesday, October 21, 2008

To My Dear Friends

Luv U Ouls
Untuk seketika ini terlalu rumit untuk di bincangkan. Banyak perkara dan masalah yang datang dengan serentak. Aku jadi terlalu takut dan stress sekarang ni. Mungkin terlalu takut kehilangan seseorang dan kawan-kawan yang di sayangi. Sekarang ini aku perlu mencari ruang untuk diri sendiri, ketenangan dan positif balik.
Aku rindukan saat-saat gembira kita....gelak n happy sampai tak ingat dunia. Kepada kawan-kawan semua, saya sayang awak semua. Anda adalah kawan terbaik saya.

Thursday, October 16, 2008

Manik & Labuci

Labuci Bunga - Bermangkuk


Labuci Bunga - Flat



Manik Pintalan & Manik Tabur

Seperti yang di janjikan ada dua lagi jahitan manik yang telah aku jahit pada bulan puasa tempohari. Gambar di atas ne baju kurung mak aku yang lengannya ade dua lapis. Pada lapisan yang plain, aku jahitkan Manik Pintalan untuk border hujung lengan dan di tambah jahitan Manik Tabur. Kombinasi warna manik yang aku gunakan ialah Manik Silinder Warna Gold Gelap dan manik bulat Berwarna Krim. Jahitan Manik Pintalan dan Manik Tabur boleh di pelbagaikan dengan menggunakan labuci, butiara pelbagai saiz, manik beras dan stone-stone pelbagai bentuk. Tapi mak aku nak yang simple je sebab lapisan lengan plain tu pendek je...Kalau buat havy sangat tak nampak sebab akan tertutup pada lapisan lengan yang bercorak itu.



Manik Selembut Bayu

Jahitan Manik Selembut Bayu ne untuk Kak Ida dari Putrajaya. Baju Kak Ida ne tanah hijau dan ade sedikit corak kuning dan Coklat. Untuk nak Kontrakan warna manik pada baju ne aku gunakan warna-warna yang terdapat pada corak-corak baju Kak Ida. Jahitan manik Selembut Bayu ini boleh di pelbagaikan dengan menambah labuci pada hujung manik dan tambahkan labuci bunga -bermangkuk (sila lihat contoh labuci diatas).

Thursday, October 9, 2008

UPDATE

Manik Selembut Bayu

Manik Arrow
Sepanjang bulan puasa hari tu, aku telah menerima tempahan jahit manik..adalah dalam 7 helai baju aku jahit. Best jugak rasanya sebab dah boleh balik modal. Jahitan manik Selembut Bayu kat atas tu baju Kak Zu. Jahitan manik Errow pula baju dari Kak Ina dari Putrajaya. Kak Ina tempah dua helai baju, yang satu lagi baju Kak Ina aku jahitkan manik Selembut Bayu juga. Buat masa ni gambar-gambar ne sahaja yang ade. Gambar yang lain belum edit lagi. Insyaallah akan aku update next entry.

me, yin, aini, jue, juju
Gambar kat atas ne gambar masa Majlis Berbuka Puasa kat office. Tengok muka masing-masing, suci je kan? Tak best laa kan kalau dah berkumpul macam ne tak posing kan? Tapi kali ne tema posing ialah Sopan ok!

Selamat Hari Raya

SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Thursday, September 11, 2008

SELAMAT BERPUASA











Allamdullillah....bulan puasa menjelma lagi...Biasa la kalau tak ada aktiviti berbuka di luar, aku akan berbuka bersama dengan keluarga di rumah.

Tapi dalam bulan puasa ni agak kelam kabut sikit la sebab masuk kerja pkl 8 balik pkl 5. Kena cepat la..kalau lambat terlepas train pulak..alamat nyer lambat la sampai office....balik pon sama kena cepat..Kalau lambat sikit kenalah berbuka dalam train la jawab nyer..

Thanks tu Yin yang bermurah hati sponsor gelang untuk kami semua. Sebelum bulan puasa kami ade pergi makan-makan..kira penutup la makan ne..sebab nak masuk bulan puasa
Kat sini ade sikit gambar..
**************
Al- Fatihah
Nenek aku telah kembali ke rahmatullah pada 31 Ogos 2008,
setelah 4 hari koma dan keadaan arwah yang sangat lemah.
Semoga roh nya di tempat orang-orang beriman
Amin

Monday, August 25, 2008

Harap-harap lah kan....

kenapa tak percaya ke? Aku pon pandai menjahit ok!


hasil dari jahitan aku....tak lama lagi lah

sorry...gambar tak memuaskan

pelbagai jenis corak manik


Hari Khamis dan Jumaat aku cuti untuk balik Kampung..Mr Bob pulak hari yang sama pergi ke Perlis..Sebelum balik ke Kampung singgah dulu di Nilai, macam-macam urusan kat sana nak kena sattle kan....Kali ne Nadia ade sekali, dia cuti seminggu.

Tapi yang paling best nyer aku pergi ke Bengkel Menjahit Manik di Bangi pada hari Ahad. Macam-macam teknik jahitan manik dapat aku belajar hari tu..

Sebenarnya mak aku yang beria-ia suruh aku masuk bengkel ne..sebab senang nanti nak jahit manik kat baju-baju adik aku....Insyaallah mungkin ape yang aku belajar kat bengkel tu dapat lah aku praktikkan untuk aku akan datang nanti.






Monday, August 18, 2008


Masa menuggu ketibaan Minister



masing-masing dah lawa....ape lagi posing maut la gamak nyer...kiri: kami bersama cikgu Maziah, Cikgu Ismadi, Cikgu Shahrul...

Pada hari Jumaat lepas aku bersama kawan-kawan terlibat dengan Persembahan Koir bagi persembahan bagi Annual Dinner tempat kerja aku. Annual Dinner ne berlangsung di One World Hotel. Memang puas hati kami malam tu..nyanyi pon tak banyak masalah....setelah hampir sebulan lebih kami training akhirnya membuahkan hasil. Cikgu koir kami iaitu Cikgu Ismadi Wakiri conduct kami pada malam tersebut.

Tapi sayang kali ne aku tak ingat sangat nak snap gambar barang persatuan kami yang aku nak tunjukkan dalam entry kali ne. Tapi tak ape...next entry aku akan bagi tau ape barang persatuan tu ok!...

Pada malam dinner tersebut, kami menyanyi lagu Negaraku dan Lagu Koporat MATRADE sebaik saja Minister sampai.. Di sebabkan Minister lambat sampai, dan kami menunggu hampir 1jam di atas pentas dengan kaki yang terasa digigit-gigit...(azab wei....nak sangat pakai high heel kan....nak nampak vouge malam tu kenalah melalui penderitaan..puas hati masing-masing). Selepas dari Chairman berucap dan Anugerah Khidmat Cemerlang kami naik kepentas sekali lagi untuk menyanyikan lagu baru iaitu SURIRAM & AIN'T NO MOUNTAIN HIGHER ENOUGHT.

























Friday, August 8, 2008

...

Boring sangat-sangat...sesuatu yang terjadi pada kami yang aku rasa berpunca dari masalah kecil..Tapi ikutkan marah sangat, masalah boleh jadi besar...masing-masing pertahankan ego..
Seminggu benda ne berlarutan tanpa ada apa-apa perubahan..
Sekarang ne kami buat hal masing-masing. Mungkin ini adalah jalan terbaik untuk kami memperbaiki hubungan, belajar dari kesilapan..
Macam-macam perasaan yang ada kat aku sekarang ne..marah..bengang..benci...meluat..kesian..sedih................semua nyer ade
Harap ade jalan penyelesaian nanti...Insyaallah....

Tuesday, August 5, 2008

UPDATE




posing maut dulu sebelum ke kelas koir


Memang dah lama tak update blog ne....Sepanjang kesepian aku selama ini banyak benda berlaku di sekeliling ku..

Setiap hari Selasa dan Khamis sibuk dengan latihan koir, tak lama lagi tempat kerja ada buat dinner, so kumpulan koir kami akan membuat persembahana pada 13 Ogos nanti.
Selain dari itu aktiviti aku bersama kawan-kawan sengal ku seperti biasa melepak bila waktu lunch...ada gambar sewaktu kami ingin memilih cincin persatuan untuk kumpulan sengal, tapi tak jadi sebab cincin di tempat tersebut tak banyak pilihan dan saiz gadang2 belaka. Memandangkan hampa sikit tak dapat beli cincin persatuan, kami gantikan dengan @%#$* persatuan..emmm tak dapat lah nak bagitahu sekarang.. Kalua nak tahu ape barang persatuan kami kenalah tunggu next entry aku nanti....tunggu akan kemunculan sengal kami yang akan melaram @%#$* persatuan tu nanti...
Di sini aku sajikan gambar2 sengal aku bersama kawan-kawan yang masing-masing syok sendiri bila time bergambar

*********
Nak berterima kasih pada Mr Bob yang sudi memberi hadiah sempena harijadi aku tempohari. Tarima kasih banyak atas keperihatinan mu...walaupun berat nak terima hadiah ne tapi aku akan berjanji akan menjaganya dengan sebaik mungkin..


















Thursday, July 31, 2008

HAI

Dah lama tak update blog nehhh...bukan sengaja ok...tapi ade masalah dengan nak upload gambar2....nanti bila dah ok, aku akan updatekan cerita-cerita menarik sepanjang hari aku mendiamkan diri..

Bye....muah..

Friday, July 4, 2008

4th July 08

Happy Birthday

Hari ni genap umur aku 26 thn.....

aku dikurniakan kesihatan yang baik

aku mempunyai keluarga yang bahagia

mempunyai Mr Bob yang memahami dan banyak memberi sokongan

aku mempunyai kawan-kawan yang banyak membantu dan sentiasa berkongsi suka duka

Allhamdulillah......

semoga lebih diberkati oleh NYA

amin....

Selamat Hari Lahir yg ke- 26


Monday, June 30, 2008

orang gila

Seperti hari-hari lain, malas nak memulakan kerja terutama hari Isnin. Lagipun pagi-pagi tadi aku dah kena marah dengan mak sebab tak bagitahu handbrek kereta dia menyala bila aku guna kereta dia semalam. Hari Sabtu lepas aku tak kemana tapi semalam hari Ahad aku dengan adik no2 Nadia pergi membeli barang-barang keperluan sebab dia dah nak masuk belajar awal bulan Julai ne. Kejadian yang tak dapat aku lupa semalam bila nak menuju ke kereta bila sudah selesai beli barang-barang, bila Nadia nak betul-betul payung sebab hujan kebetulan ade orang tua India yang agak menakutkan menyergah Nadia sebab terkena percikan air hujan dari payung yang Nadia betulkan tadi. Masa orang gila tu menyergah Nadia, aku dengan rasa ketakutan terus lari meninggalkan Nadia. Nadia tergamam dan rasa tak puas hari dengan orang gila tu.

Aku fobia betul kalau dengan orang gila ne, sebab pernah terjadi aku dengan Fie nak ke Mydin dekat Chow Kit ada orang gila tegur kami masa tu, aku dah melangkah seribu meninggalkan Fie..
Sampaikan orang gila tu pon pelik tengok aku kenapa aku berlari sedangkan dia mintak RM1.

Friday, June 13, 2008

HIKMAH SUJUD

Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkanotak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempura.
-sumber dari just call me sharz blog-

Wednesday, June 11, 2008

HOLIDAY.... YYUUHUUUUU

Cuti sekolah lepas aku bersama keluarga bercuti di Langkawi. Ini kali pertama kami bercuti bersama-sama. Kami semua pergi naik bas ekpress di Station Duta sampai ke Kuala Perlis. Perjalanan memang jauh..kami semua tak pernah jalan jauh-jauh macam ne..paling jauh pun balik kg kat Melaka 2jam je..Pergi Holiday kali ni memang best semua nyer kami prepare sendiri, dari cari hotel, kereta sewa tempat makan kami redah je.
Yang kelakarnya sampai di jeti Langkawi kami terus pergi jumpa En Mat(tauke kerete sewa). Bila mak aku mula nak drive kereta, dia jadi takut sebab kereta yang mak aku bawa tu manual. Mak aku dah lama tak drive kereta manual..dah biasa bawa kereta auto je... Nampak la muka mak aku lain masa tu, dengan tempat Jeti tu yang banyak kereta hon kat kereta kami. Tapi lama-lama ok jugak la mak aku drive walaupun slow sangat.
Habis merata kami jalan, sampai masuk kampung-kampung orang. Tapi kali ne semua tempat kami pergi. Kami berkesempatan pergi ke pulau-pulau seperti Tasik Dayang Bunting, Pulau Lang dan Pulau Pasir Putih. Di Pulau Pasir Putih, aku dengan adik-adik mandi sakan sebab air lautnya jernih sangat...
Mungkin untuk tahun depan pula kami akan bercuti di tempat lain insyaallah ade rezeki...Syukur allhamdulillah kami pergi dan pulang dengan selamatnya walaupun masa balik ke KL bas ekpress tu laju sangat-sangat sampaikan aku tak dapat tidur.
adik2 aku naik cable car..aku n Mamatak naik sebab takut..tinggi sangat
kiri: Ila(adik bongsu) n Nadia(adik no2)


Tak tau ape nama tempat ne...tapi sebenarnya kami berhenti di Petronas dan
mengambil gambar kapal-kapal layar yang dekat kat situ
kiri: Amira(adik no3), Ila, Mama n me


Tengah menunggu bot nak pergi ke pulau-pulau di Pantai Cenang

me(hati riang)
Waktu menaiki feri dari Kuala Perlis ke Langkawi


Monday, June 9, 2008

MINYAK OH MINYAK

Mungkin sekarang ne aku tak terasa sangat bila harga minyak naik sebab pergi dan balik kerja aku naik Komuter. Tapi semalam bila pergi rumah orang kahwin dan lepas tu Bob hantar aku balik rumah, Bob kena isi minyak lagi. Bayangkan minyak memang jauh beza dengan dulu mahal sangat sekarang ne....Ake terfikir pulak macam mana nanti aku dah kahwin dan kalau ade rezeki dapat anak pulak....mungkin berbelanjaan tu lagi banyak...manakan barang-barang anak lagi, perbelanjaan rumah lagi.
Aku rasa nak mula jimat cermat la....(errrmm boleh ke). Tak ada lagi beli barang-barang yang mengarut. Aku akan cuba beli barang-barang keperluan sahaja, cuba limitkan perbelanjaan macam kasut, baju atau sekurang-kurangnya dalam RM100 mengikut keperluan semasa.

Wednesday, May 28, 2008

KIRIMAN GAMBAR

cantik...

Masa aku bercuti di kampung, aku dapat kiriman ekspress dari TV3 dan tak terfikir pun ape benda nyer.....Bila buka gambar yang di kirim oleh Sasha www.shashabashir.blogspot.com. Baru lah aku teringat masa aku baca blog dia, Sasha mengatakan di akan memberi gambar kepada semua pembaca blog nyer, tapi kena bagi email dan details...tak sampai 2 minggu dapat aku dapat kiriman gambar Sasha. Blog Sasha adalah blog wajib yang aku masuk setiap hari. Thanks to Sasha n Good Luck...

BALIK KAMPUNG


Pada cuti wesak lepas 17-20 May aku bersama bakal mertua dan bakal adik-adik ipar aku pergi balik kampung mereka di Batu Pahat Johor. Kebetulan hari tu ada kenduri kahwin.. Seronok sangat sebab tak pernah sampai Batu Pahat. Orang-orang di sana ramah-ramah sangat. Boleh di katakan kebanyakan penduduk di Batu Pahat ni dari keturunan Jawa dan Banjar. Keluarga bakal mertua aku ni dari Katurunan Banjar, bila mereka bersembang diantara mereka adalah ayat-ayat yang aku langsung tak paham. Aku bermalam di rumah nenek di Sri Medan dan Majlis perkahwinan berlangsung di Tongkang Pecah. Bila blik kampung ne aku sempatlah berjalan-jalan dan pergi shopping di Air Itam, Bandar Batu Pahat dan Pasar Pagi Parit Sulong. Dekat sana makanan yang sangat aku tak boleh lupa iatu SOTO..memang sedap dan ada classsss...tak sama dengan SOTO kat KL ne....boleh di katakan sarapan, lunch dan makan malam SOTO je...tak jemu langsung.




masa makan malam ramai-ramai

kiri: Shukur(tunang Dayah), Naim(adik ipar), Dayah(adik ipar) n Bapak




kiri: me n manje(adik ipar)


Suasana Pasar Pagi Parit Sulong
kanan baju oren: Bob(tunang)

Anyway thanks to bakal mertua dan adik2 ipar yang yang sangat sporting. Satu pengalaman baru bila sudah berjumpa dengan bakal-bakal sedara mara ne....Lepas ne selalulah aku balik Kampung...hahaha

Thursday, May 15, 2008

HAPPY BIRTHDAY JUJU..

Hadiah Juju...chantek kasut ne(rasa nye ade tak orang makan hati ko dapat hadiah ne Juju?)


Semalam kami semua pergi calebrate birthday Juju di McD Sogo. Juju dapat hadiah kasut daripada Yin. Tapi sayang nye tak kek la.. Masa di Sogo Yin megutarakan satu idea...

Yin : korang ......jom kita semua beli kasut merah ne...kita buat kasut ne kasut rasmi kumpulan kita, lepas tu kita tangkap gambar pakai kasut ne...

Fie : U oullsss....Kita patut ade tabung lah kan?

Aku rasa itu adalah satu cadangan yang paling bernas sekali...Aku setuju 100% idea tu. Kasut merah tu memang lawa sangat tapi terlupa nak ambil gambar.

Juju menggayakan kasut baru nye

kiri: Mak Nam, Juju, Yin, Jue, Fie n Me

Monday, May 12, 2008

MAMA, I LOVE U

A Song For Mama


You taught me everything
And everything you've given me

I always keep it inside

You're the driving force in my life, yeah

There isn't anything

Or anyone I can be

And it just wouldn't feel right

If I didn't have you by my side

You were there for me to love and care for me

When skies were grey

Whenever I was down

You were always there to comfort me

And no one else can be what you have been to me

You'll always be you always will be the girl

In my life for all times


[Chorus: ]Mama, mama you know I love you

Oh you know I love you

Mama, mama you're the queen of my heart

Your love is like Tears from the stars Mama,

I just want you to know

Lovin' you is like food to my soul


You're always down for me

Have always been around for me even when I was bad

You showed me right from my wrong

Yes you did

And you took up for me

When everyone was downin' me

You always did understand

You gave me strength to go on


There was so many times

Looking back when I was so afraid

And then you come to me

And say to me I can face anything

And no one else can do

What you have done for me

You'll always be

You will always be the girl in my life


Semalam hari ibu kami sekeluarga sambut macam biasa je di rumah tak kemana pon. Semalam special sikit mama masak pulut durian, adik bongsu aku nak sangat makan...hari ne adik aku no.2 balik dari Perlis cuti semester 2 bulan...

Nak cite sikit pasal mak aku.... yang aku bangga sangat kerana membesarkan kami yang banyak kerenah ne walaupon kami ne semua perempuan. Aku tau dia sangat rindukan ayah dan hidup seorang diri tanpa teman disisi. Kami akan sentiasa teman mama di sisi walau apa cara sekali pon tak nak bagi dia rasa sunyi. Aku rasa bangga walaupon dia kena membesarkan kami seorang tanpa sesiapa, tapi hidup kami semua nyer alhamdulillah cukup tak susah....Walaupun masa kecik2 dulu dia orang yang paling garang sekali..nak buat ne tak boleh...nak keluar dengan kawan tak boleh...tapi bila dah besar baru aku tau kenapa mak aku buat aku macam tu dulu..Anyway mama(ZAITON BT BABA) u are the best.....

Tuesday, April 29, 2008


Minggu ne aku ditugaskan bertugas di KLIA. Tempat kerja aku ada buka Information Booth disana. Bertugas di KLIA tak lah sesibuk di HQ, so dapatlah berehat dan jalan-jalan kat area KLIA ne window shopping kat area duty free di sini.


Kawan-kawan pula semua nyer baik-baik belaka. Di kaunter Information Booth ne kami berkongsi kaunter dengan Tourism n MAS. Minggu depan bertugas balik kat HQ balik. Kat KLIA dapat lah beli perfume murah-murah. Aku tak melepaskan peluang beli dua perfume......habis duit aku.....

Friday, April 25, 2008

Stress Management Programme

Pada 21 - 23 April pergi berkursus di Bulit Tinggi. Kursus kali ne lebih tertumpu pada bagaimana hendak bertindak atau menangani stress di tempat kerja. Tapi banyak-banyak kursus anjuran tempat kerja, ni lah kursus yang tidak menarik sekali. Banyak yang perlu di perbaiki bukan setakat berceramah di depan tanpa berinteraksi dengan peserta sahaja, sebab tu kursus ne boring sikit.



me: masa baru2 sampai

me: tekun mencatat nota

kiri: ct, shikin, aida, ila n me








Monday, April 14, 2008

BIRTHDAY GIRLS

Jumaat lepas calebrate birthday Fie, Aini a.k.a Mak6 and Yin....Seronok sebab dah lama tak berkumpul ramai-ramai, cuma Jue je tak de masih cuti lagi...

Birthday Girls
kiri : Yin, Fie n Aini a.k.a Mak6



tak tau nak makan ape ne!

masing-masing cerita tak hingat, maklumlah lama tak kumpul sama-sama

Tuesday, April 8, 2008

Percutian + Berkursus

me: posing maut kat atas katil





me: waktu welcoming drink sempat lagi posing




Minggu lepas 4 - 6 April aku pergi kursus. Tapi yang syok nyer kursus kali ne tak boring la lebih kurang macam pergi bercuti sebab tempat aku stay ne kat Avillion Hotel yang best teramat sangat. Pemandangan kat hotel ne sangat cantik + dengan kemudahan yang di beri........


Dulu ingat lagi masa pergi picnic dengan family selalu lalu depan hotel ne dan aku mesti cakap dalam hati....best nyer hotel ne, bila la aku akan dapat stay kat sini.


Akhir nyer Allhamdulillah.....yaaaa huuuuuuu

Tuesday, April 1, 2008

UPDATE ON MARCH

aku semasa menjaringkan bola

menang besar
kiri: sally, maya, kak ros, azni, nurul, shima, zaimah, aku, kak yan, kak mazisah(nanny)


semoga berbahagia
kiri: aku, ajib, jue,sally depan: nurul

Terlampau sibuk sangat sampai tak ade masa nak update blog sendiri. Bulan Mac ne macam-macam benda kena buat, firstly dapat time table kena duty di tempat yang sibuk...so bila tempat sibuk susah lah ade-ade masa yang terluang untuk mengupdate blog ne.




Selain dari tu aku kena prepare untuk penguruskan Team Netball di tempat kerja untuk sukan yang akan di adakan pada 30 Mac ne....Training Netball pulak setiap hari dengan Coach yang amat berdedikasi apabila mengajar kami...THANKS TO KAK MISAH(WARNA HIJAU SBB SAMA DENGAN BAJU PASUKAN)






Berita yang amat mengembirakan sekali dan kerja keras waktu training berbaloi sangat sebab Team Netball kami Juara 2008....seronok tak terhingga sangat...Lagi satu Agensi kami tahun ne menang besar(Juara Keseluruhan) dalam sukan...




Tak lupa jugak pada my love Jue yang telah menamatkan zaman bujang dengan Ajib pada 29 Mac...Allhamdulillah majlis nikah berjalan dengan sempurnanya...........SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KEAKHIR HAYAT(WARNA MEROON SBB WARNA TEMA) ....Majlis bersanding di buat keesokan harinya pada 30 Mac. Mula-mula rasa kecewa jugak tak dapat datang sebab clash dengan Netball, tapi nasib baik pihak penganjur nak jugak game Netball habis sebelum pkl2 ptg. Jadi sempat lah pergi ke kenduri Jue & Ajib...yang tak tahan nyer semua yang terlibat dengan game hari tu datang dengan lengkap berbaju pasukan yang berwarna HIJAU.

Semua nyer berlalu dengan cepat baik Netball dan saat-saat indah Jue & Ajib di hari bahagia nyer.......tapi saat manis inilah yang aku tak akan lupa sampai bila-bila.......