nuffnang advert

Wednesday, December 19, 2012

Makan-makan

 Assalam semua...

Semalam sempat jugak merasa makan di Tree Steak House Paya Jaras selepas habis urusan di Ampang. Selalu kalau balik rumah akan lalu Paya Jaras dan kedai makan ne memanjang ramai orang nya. Cakap kat Mr.Bob nanti kena cuba makan kat sini. Ternya makanan kat sini sedap u ollsss..makanan pon sampai cepat... Ada masa nanti nak ajak family lak makan kat sini.


Adik tu selalu la gaya macam tu. Mana boleh tengok orang lain mengunyah kalau dia pon sekali tak mengunyah...Bagi la rasa sikit-sikit aiskrim tu, tak boleh la banyak-banyak...kang batuk masuk hospital lagi


sebelum terkaman bermula.... Tu ade oder chicken nugget, tak tau kenapa boleh teroder...macam tak pernah makan pulak sedangkan stok nugget tu manjang ade dalam freezer kat rumah...tak berusik pon nugget tu..last sekali bungkus bawak balik rumah.

kami oder spagetti untuk kakak....lapar sangat kekdahnya..separuh jugak habis dia makan

Gini pulak gayanya Mr.Bob makan bila tau saya nak amek gambar dia.

Ok la...itu sahaja buat masa ini..jumpa lagi


Tuesday, December 4, 2012

Batrisya & Zandra Warded

Assalam...

Lepas balik dari Bagan Lalang, sampai rumah mama kat kajang lebih kurang petang la. Bila malam anak-anak dah start demam...tapi kakak la yang mula-mula terus demam panas, adik pulak start dedar-dedar je. Kakak dan adik saya start bagi makan ubat demam malam tu.

Keadaan adik dan kakak sama je demam panas tak turun-turun pon suhu. Kami siap berulang alik ke klinik dan hospital. Ubat bontot pon jenuh la masuk, tapi sejuknyer sekejap je. Bila dah demam dua beradik ne mula la batuk dan selsema. Kakak jangan cakap, bila keadaan cuaca sekarang asyik hujan dia mula batuk teruk dan mula athma atack pon muncul. Adik pulak batuk teruk sampaikan nafas pon laju. Kesian sangat tengok budak-budak ne.

Ada sekali tu Mr. Bob dengan kakak pegi ke hospital amek neb pukul 1pagi sebab kakak dah batuk teruk sangat. Last kami buat keputusan yang kami kene bawak anak-anak ke HKL, itu kiranya last choose la...lagipon kakak dah memang ade rekod di sana. Doktor cek kakak dan adik siap amek darah...adik siap  kene mandi lagi sebab terlalu panas. Jadinya kedua beradik ne warded, tapi hati saya rasa tak seronok sebab anak-anak sure kene cucuk kene masuk air dan antibiotik...jeritan dan tangisan tu la yang melemahkan saya, tapi untuk kebaikan anak-anak jugak...takkan la nak biarkan masing-masing dah lembikkan(tapi dah lembik dah pon)...



 Hampir seminggu jugak di Pediatrik HKL. kakak start nebulizer setiap 6 jam, masuk drip air dalam 2 botol  makan ubat demam dan pakai oksigen. Adik pulak pakai oksigen, makan ubat demam dan dan masuk antibiotik. Allhamdulillah hari kelima kakak dan adik dah boleh off oksigen off line kat tangan tu.

Bila anak-anak dah segar sikit...dah off oksigen n boleh la berjalan-jalan sikit. Tempat kegemaran anak-anak kat hospital ne tentulah playroom. Kat Pediatrik ade 2 ke 3 playroom, boring kat playroom bawah pegi kat atas...macam tu la... Nak melayan kedua-duanya cukup mencabar, nasib Mr.Bob ada gilir-gilir melayan mereka.


Jutaan terima kasih kepada nurse-nurse yang banyak membantu dan jugak Doctor Nazatul dan Doktor Nik dari wad KK2.


Monday, November 19, 2012

Our Mini Holiday at Bagan Lalang

Assalam...

Cerita ni yang dah lama sangat terperap,...saya sangat-sangat bz pasal perihal anak-anak..Sekarang boleh la tarik nafas dalam-dalam..boleh releks-releks sikit...yang penting dah boleh blog walking...

Pada raya korban lepas kami sekeluarga pergi holiday kat Bagan Lalang, tidur satu malam saje...saje-saje bawak anak-anak main pasir dan main-main air laut. Semua last minute planning....

Kami menginap di Rumah Peranginan Persatuan Nelayan Bagan Lalang...last minit booking....Tempat kami menginap biasa-biasa saje...agak sempit la bagi kami yang berenam ni..Kebersihan pon kureng...

Tapi bila anak-anak excited main pasir and mandi manda kat pantai saya puas hati kiranya ni first experience untuk mereka, lepas ne boleh la dataang lagi...tapi saya perlu cari tempat menginap yang betul selesa untuk kami sekeluarga.





kalau tengok gambar-gambar ne saya tak de....saya hanya pantau sambil mengunyah dari jauh...hahahaahh


 

sebelum balik...

ada kisah selepas pulang nya kami dari sini...saya akan cerita next entry nanti ya....

assalam...
 

Tuesday, October 23, 2012

WEEKEND: TASIK TITIWANGSA

Assalam,

Weekend kami ke Tasik Titiwangsa...Mr.Bob semangat ajak anak-anak kononnya nak tengok pertandingan memancing. Hari tu penuh la Tasik Titiwangsa, bukannya pertandingan memancing saje, siap ade larian/marathon pagi tu. Paking pulak jangan cakap la ye...kalau tak buat 2 ke 3 round tak sah la kan....Tapi bila dah berjanji dengan anak-anak tu tak boleh dah nak cancelkan...terutama sekali Batrisya dah pandai ajak jalan-jalan on weekend, takkan nak memerap kat rumah pulak... 


Baru lepas sarapan...semua tempat makan kat Titiwangsa penuhhh sangat orang..



kami berjalan menuju playground...sambil-sambil tu berhenti tengok orang memancing.




sempat bergambar dengan kuda yang tengah berehat. Batrisya takut...dia duduk jauh-jauh sebab kuda tu dok kais-kais kaki...hahahah


riadah sambil keluar peluh kekdahnya....saya kejar anak pon dah cukup tercungap-cungap...hahhaah

Bye...

Friday, October 19, 2012

Potty Training

Assalam...

Sekejap timbul, sekejap diam...Saya ade je, cuba buzy je untuk bulan ini.

Sebenarnya dah lama nak share cerita mengenai potty training Batrisya. Sekarang Batrisya dah tak pakai pampers dah..

Potty training ni saya buat masa saya berpantangkan Zandra lagi. Ketika tu saya berpantang di rumah mertua dan kebetulan adik ipar yang tak bekerja ketika itu yang boleh tolong tengok-tengokkan Batrisya. Masa saya pantang Batrisya langsung tak ke rumah Mak Jah. Di kesempatan itulah saya rasa sesuai sangatlah saya train dia. Ye la kalau kat umah Mak Jah/pengasuh manakan ada masa dia nak latih semua tu....dia pon ade kerja lain lagi yang nak kene buat kan? dengan sepupu Batrisya sekali Mak Jah jaga...

Pada mulanya Batrisya rasa lain sangat bila pakai seluar tanpa pampers....mula-mula dia tak suka sebab panties/seluar selalu tersepit kat celah bontot dia kan(hahahha)...tapi saya explain kat dia yang dia dah kene belajar tak pakai pampers...dia dah besar la....blablabla...macam-macam alasan saya bagi kat dia...Banyak kali jugak la ter- excident...tak sempat sampai toilet dah tercicir-cicir. Ade tu dia duduk diam (kejung je)....tau-tau je dah basah.

Tapi itu semua normal la..tapi lama-lama dah ok..Kita pulak setiap 5 minit kene tanya dia dan ingat kan dia nak ke toilet ke tak..Memang akan tanya soalan yang sama berkali-kali setiap beberapa minit...nak kencing tak? nak berak tak? Allhamdulillah dalam seminggu dia dah tak pakai pampers dah, cuma kami pakaikan bila time tidur(siang dan malam) je.

Mula-mula memang kami train dia pakai pampers time tidur siang dan malam je...bila dah ok sikit lepas tu pakai pampers malam saje...sampai la 2 bulan lepas Batrisya dah tak pakai pampers langsung dah.

Allhamdulillah berjaya jugak kami train Batriysa...selain tu dah boleh jimat perbelanjaan pampers untuk Batrisya...hanya susu je la masih lagi  kuat minum. 

Kepada kawan-kawan nak latih anak potty training ne kene la banyak-banyak bersabar, ambil masa sikit nak bagi mereka biasakan keadaan baru ni ye....

Bye...

Thursday, September 20, 2012

She 3 years old now!!


Assalam...

Baru la terkial-kial nak update blog kan...hhahhaha. Last Syawal kami akhirnya dapat jugak buat bithday party Batrisya dan open house. 1Sept lepas genap umur Batrisya 3tahun. Pada mulanya kami nak cancel je birthday party tu dan tunda pada tarikh yang lain, tapi bila tengok tarikh-tarikh yang lain rasanya macam tak sesuai pulak, takut terus tak terbuat pulak....Lagipun hari Ahad tu hari last syawal, jadinya kita buat Birthday Party n Open House sekali harung....
masa ni di rumah Kajang saya nak cuba buat Kek Red Velvet. Bila beli bahan-bahan kek tu Batrisya nak sangat-sangat beli lilin no.3 tu...Bila Kek tu dah siap dia buat ala-ala Birthday dia tiup-tiup lilin bagai.


Yang ini pon dia teringin nak tiup lilin. Masa Opeh House rumah Aznee, Aznee ada sambut Birthday Ikbal sekali...balik je Batrisya mintak kat Mr.Bob kek...dia cakap nak tiup lilin macam Ikbal...hahahah


Ini la hari sebenarnya sambutan Birthday Batrisya....walaupon dah hampir 3minggu Birthday nya berlalu. Kek di sponser oleh adik saya Nadia. Kat sebelah Batrisya tu kawan baik dia aka sepupu...

 Saya tak dapat buat kerja sangat sebab budak kecik tu nak berkepit je ngan maknya. Mungkin tak biasa tetiba ramai orang. Senyum sikit dikk...susah betul nak senyum sorang ne...

Fie family sampai awal....sebabnya diorang lepas tu nak ke rumah Jue pulak.

Menu pada hari tu Nasi Lemak buatan MIL, Spegetti, Roti Jala, Roti John (buatan sendiri), Nasi Impit, Kuah Kacang dan Kuah Lodeh buatan mak saya.

Kawan-kawan divas yang sempat datang...Tq uollss....
Terima Kasih pada family Mertua, mama dan adik-beradik yang banyak membantu. Kepada yang datang hari tu mintak maaf jika ade yang terkurang ye...

To Batrisya:

Mama doakan Batrisya membesar dengan baik, sihat-sihat selalu. Semoga kasih sayang yang mama dan babah curahkan kepada kamu akan kamu ingat sampai bila-bila. Semoga menjadi anak yang solehah, menjadi anak yang bijak dan di senangi semua. Mama, Babah, Nek Me, Atuk Amin, Nenek Milah dan semua orang di sekeliling kamu sayangkan kamu....Keletah kamu cukup menceriakan kami semua...

Allhamdulillah...
 

Monday, September 10, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalam....Dalam malas-malas ne saya gagahkan jua untuk update pasal raya kami tahun ini.

Rasanya tak terlewat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda yang sudi baca blog saya ini. Semoga di hari lebaran ini dapat kita mengeratkan silatulrahim di antara kita. Saya ingin memohon ampun dan maaf jikalau ade terkasar bahasa atau tersalah tingkah laku ye.
kami....adik susah betul nak tengok camera...

 kakak...

 kesian babah menahan sakit....

Cerita raya kami biasa-biasa saja, tapi ade cerita di sebalik raya kami yang kurenggg sikit la....nak pergi berjalan raya pon ta sampai hati sebab Mr. Bob tak beberapa sihat.

Sehari sebelum raya saya pulun mengemas rumah sebab bila fikirkan bila dah balik dari kampung nanti sure penat gile dengan kain baju menimbun nak basuh. Jadinya saya kemas siap-siap...tukar cadar semua, keluarkan balang kuih siap-siap...Mengemas bangai nak rak dari start subuh sampai ke petang, mana taknya bila budak-budak bangun tergendala la kan kejap kerja kita. Jadinya malam raya last puasa hari tu kami berbuka di McD sahaja dan terus ke balik rumah mertua.

Tahun ini sama macam tahun lepas jugak kami beraya dulu di rumah mertua. Lepas itu ke rumah nenek Mr.Bob(tak jauh pon dgn rumah mertua)...kat sana ramai yang dah berkumpul. Lepas tu raya rumah saudara-mara side Mr.Bob dah kami terus pulang ke Melaka. Kat Melaka rumah nenek saya. Mama dan adik beradik dah balik awal-awal lagi. Rumah nenek pon ramai jugak ade Ayah Lang family, makngah family...ramai la.

masa ni dah sampai Melaka....nak pegi beraya rumah nenek-nenek saudara...


Itu serba sikit cerita kami berhari raya... Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga....

Thursday, August 16, 2012

Ujian buat kami

Salam 27 Ramadhan...

Ini kisah mood saya pada minggu lepas Mr.Bob warded di Hospital Sungai Buloh sebab dalam seminggu 3kali dia sakit perut. Bila sakit perut tu terus dia ke kecemasan. Tapi baru-baru ne dia kene tahan wad sebab doktor pakar nak pantau dan buat endoscopic. Doktor pakar bagitahu yang saluran ke perut(esophagus) Mr.Bob ade masalah. Sekarang ini Mr.Bob di bekalkan ubat sampai lepas raya.  Lepas tu dia akan jumpa balik Doktor pakar untuk buat rawatan susulan atau operate terusss...uwaaaaa...

Dalam masa yang sama anak-anak tak baik lagi dari batuk selsema. Kesian sangat-sangat kat diorang. Saya tahu sekarang saya tengah diuji. Tapi saya kene kuat, mungkin itu dugaan kami sekeluarga sebelum raya ni.

Ketika ini Mr.Bob tak sedar. Anak-anak pulak tak boleh masuk tengok babah dia. Tq kak Ina tolong jagakan anak-anak

Harap-harap semuanya ok...Zandra n Batrisya masih ade batuk selsema sikit...Mr.Bob pon ok dah sikit(tapi macam lemah sikit la). Ujian ini saya terima dan saya bermuhasabahkan diri supaya tidak lalai dan lupakan yang Maha Esa. Saya kene ingatkan diri bahawa ade orang lagi susah dari saya.

p/s: Terima kasih pada kawan-kawan yang tak putus-putus bertanyakan khabar dan membantu Tuan punyer blogs ketika Mr.Bob warded tempoh hari. Tuan punyer blog tak sempat nak balas pon sms dan komen-komen dalam facebook anda sebab Tuan punyer blog dalam keadaan tak boleh berfikir dan kelam-kabut ketika itu...

Wednesday, August 8, 2012

Zandra 6 bulan


6hb genap 6bulan usia Zandra. Allhamdulillah, dia semakin baik tak banyak merangam dah...

Dari umur dia 5bulan setengah saya dah start bagi dia makan sikit-sikit, bagi dia makan fruits puree, biskut farley tu saya buat cair-cair bagi dia makan. Lepas ne boleh la bagi dia makan bubur nasi pulak..

Mama doakan Zandra membesar dengan sihat....semoga menjadi anak yang solehah ye...Amin

Tuesday, August 7, 2012

Screening Test

Assalam,

Minggu lepas saya ke Hospital Selayang, bawak si kecik Zandra buat ujian pendengaran( screening). Ujian ini wajib di buat sebab Zandra kira premature baby, lahir tercepat pulakkan....Ujian ini bertujuan untuk mengesan pendengarannya Zandra lebih awal. 

Tapi pada mulanya Audiologist kata Zandra tak perlu di tidurkan,asalkan dia duduk diam kiranya boleh la buat ujian screening ne. Tapi bila ujian tu di buat tangan kaki Zandra tak nak duk diam, makanya ujian yang pertama gagal.

Tengok tu dia tarik tudung kakak Audiologist tu....


Sekali lagi ujian screening ne di buat tapi Zandra kene tidur. Punya la payah hari tu dia nak tidur. Siap duduk kat dalam bilik kedap bunyi lagi supaya tak de bunyi bising-bising kat luar tu. Dalam 1 jam jugak la nak tidurkan dia. Bila dah lena baru la Audiologist tu dapat buat ujian screening ne. Tapi terdapat lendir(Zandra baru baik selsema) yang blok bahagian dalam telinga Zandra, Audiologist tak dapat nak kesan saraf-saraf dalam telinga Zandra tu.

Temujanji lain telah di buat, bulan September nanti kami lagi sekali akan ke sana untuk repeat lagi ujian ni. Harap Zandra betul-betul sembuh selsema nanti.

p/s: weekend kami hanya duduk di rumah, Batrisya kene Athma, Zandra pulak demam panas, selsema(lagi sekali menyerang), batuk complete set gitu...tsskkk tsskkkk...Mr.Bob pulak gastrik.
Cepat-cepat la sembuh buah-buah hati tuan punyer blog...


Friday, July 27, 2012

Berbuka Puasa Di Luar



Semalam kami berbuka di Restoren Chawan Publika bersama-sama dengan unit baru Mr.Bob.
Ini baru first time kami berbuka di luar sepanjang ramadhan.

 ini menu Mr.Bob semalam

Menu-menu di Restoren Chawan sangat sesuai untuk bulan Ramadhan ini. Semalam Mr.Bob makan set Nasi Putih Lauk Masak Lemak Daging Salai, saya pulak makan set Soto Nasi share dengan Batrisya(sorry tak sempat nak amik gambar). Setiap set ada Air Panas dan Air sejuk, pencuci mulut caremal/sagoo gula melaka(ini berlainan setiap hari)

Kalau anda nak berbuka di sana, saya sangat recommend set-set nasinya. Selain set Nasi Lauk Masak Lemak Daging Salai ada set lauk ayam kurma, set nasi lauk asam pedas dan banyak lagi.

heheheheheh....

p/s: minggu depan tuan punyer blog sekeluarga akan berbuka di Office. Nak tengok gelagat kawan-kawan dengan anak-anak mereka...mesti macam-macam ragamkan?...hehehehehehe


Friday, July 20, 2012

Selamat Berpuasa

Assalam....Esok kita semua dah start berpuasa... Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. Semoga ibadah puasa kita kali ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya dan di terima Allah S.W.T

Disini saya  mengambil kesempatan memohon maaf sekiranya saya ada terkasar bahasa atau tersalah tingkahlaku secara sengaja atau pon tidak. Semoga kita dapat menjalankan ibadah-ibadah yang berlipat kali ganda di bulan baik ini.

p/s: tuan punyer blog berbuka di rumah MIL sahaja pada hari bekerja, weekend pula mungkin balik Kajang berbuka bersama-sama mama dan adik-adik. Sahur pulak tuan punyer blog masak yang ringkas-ringkas je.  Seronoknya bila berbuka beramai-ramai sambil duduk bersila kat bawahkan....hahahah

Monday, July 16, 2012

Kuala Selangor

Assalam...Semalam kami sekeluarga berkesempatan ke Kuala Selangor. Alang-alang rumah pon dah dekat dengan Highway LATAR tu kan....kami zazzz terus ke Kuala Selangor. Ada apa kat sana? Tak de apa-apa pon saje jalan-jalan. Kebetulan kami memang nak tambah barang-barang dapur yang dah kurang sebelum bulan puasa, kebetulan kat sana ade kedai 1Malaysia dan ramai yang kata kedai 1Malaysia tu barang-barangnya murah..maklumla bila tengah-tengah bulan ne duit pon kureng kan, jadinya kedai 1Malaysia lah terjahan kami.
 



Kat Kedai ni ade jugak jual barang-barang dari jenama-jenama lain. Kedai 1Malaysia ini betul-betul terletak kat bandar Kuala Selangor. Barang-barang pon kami beli mana yang perlu je macam telur, susu pekat, sardin dan ade lagi  3 4 barang lagi.

Selepas tu kami ke Cendol Durian Borhan




Saya order Laksa dan Cendol Durian Jagung kongsi dengan Batrisya, Mr Bob Cendol biasa.
Semuanya RM7 ringgit.

Ok jumpa lagi....

Friday, July 13, 2012

Cheese Naan@RSMY

Assalam....Semalam saya puasa sunat. Bila Mr.Bob tanya ade teringin nak berbuka apa-apa tak? hehehehehe sebenarnya banyak benda yang terasa teringgginnn sangat nak makan...Tapi satu-satu lah ye, jangan ikutkan nafsu je...sebelum berbuka memang semua nak makankan...Semalam saya berbuka Cheese Naan RSMY di Jalan Medan Tuanku....Last saya makan kat sini masa bulan puasa tahun lepas.

 Kami order Cheese Naan  2 set, ayam tandoori dan kari daging cincang(masa ne kari daging tak sampai lagi)

Sementara saya berbuka Mr.Bob tolong jagakan Zandra yek...

Allhamdulillah selesai jugak saya berpuasa semalam.

Jumpa lagi Assalam....

Monday, July 9, 2012

Siri Portluck Ke-2 Diva




Agenda 2 ke 3 minggu lepas...dah tak ingat berapa hb nyer....adhooii. Allhamdulillah Diva berkesempatan buat majlis portluck yang kedua. Kali ini kami semua terjah kerumah Maknam kat Kepong nun...Maknam pon masa tu dah tak lama kat umah tu, dia dah nak pindah...

Dah lama teringin benar nak makan lauk kari ikan talang...jadinya aku buat menu ituww...kawan-kawan lain ade yang bawak udang sambal, sayur campur, ayam goreng rempah, daging sambal(lebih kurang kot), ade koktel buah ...pencuci mulut pulak aiskrim, kek coklet caremel....semuanya sedap-sedap belaka...


p/s: tak lama lagi kita dah nak masuk bulan Ramadhan. Apa-apa pon tuan punyer blog nak mintak maaf jikalau ade salah silap atau ade terkasar bahasa... Selamat Menjalani Ibadah Puasa ye!

Friday, July 6, 2012

30

 Happy Birthday to me...hahahah, aku sudah 30tahun pada 4Julai lepas. Semoga aku di kurniakan kekuatan dan kesihatan. Semoga aku menjadi seseorang yang lebih berfikiran matang. Semoga aku menjadi insan Allah yang lebih taat dan setia di sampingNYA. Semoga menjadi seorang Isteri, Ibu dan anak yang baik dan bertanggungjawab. Semoga keluarga kami di murahkan rezeki. Semoga menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini....

Semoga harapan dan Impian ini terlaksana.....Amin

p/s::Entry ini dah 4 hari tersidai di bahagian draf, tak tahu sebenarnya nak mengarang ayat...kekurangan idea pon ye jugak...lepas ne tuan punyer blog kene banyak baca buku..

Thursday, June 7, 2012

Zandra 4month

Assalam...

Masa cepat berlalu, Zandra dah 4 bulan sekarang. Sekarang dah pandai menyiarap...dah pandai senyum-senyum, selalu senyum kat babah dia je, dengan mama dia kureng. Allhamdulillah Zandra dah kurang merangamnya, mungkin jugak merangam nak beralih bulan kot...lain anak, lain ragam nyer kan?

 mama cepat snap gambar saya...saya nak pusing ne

 yahhhh...

 tadaaa....sampai tersingkap baju anak mama, tapi tak de la aku biarkan anak aku lelame mcm ne kan

kene selalu perati kakak ne...takut dia henyak je adik dia kang...

Allhamdulillah...bila balik penat-penat dari kerja tengok muka anak-anak terus hilang rasa penat... Semoga keluarga kami di murahkan rezeki..di kurniakan kesihatan yang baik...

Sehingga berjumpa lagi kawan-kawan...