nuffnang advert

Friday, June 25, 2010

Kisah Pagi Ini....

Hari ini kami telah ambil Time Off untuk menghantar mama ke LCCT. Mama pergi bercuti ke Padang dengan kawan-kawannya. Flight mama pada pukul 7.30 pagi dan kami telah bertolak pada pukul 5.20....
Perjalanan pada mulanya sangat-sangat lancar dengan menggunakan jalan belakang rumah dan terus sambung ke highway LEKAS. Kami exit di Nilai/Labu untuk ke KLIA, tapi malangnya kami terlepas simpang masuk KLIA ...Tapi kami masih tak perasan lagi waktu itu kami dah terlepas simpang KLIA, kami pon terus masuk ke highway PLUS SELATAN...makin lama makin jauh perginya kami...Tak sampai-sampai simpang ke KLIA pon. Memang sah kami dah terlajak sampai ke Seremban. Mama cakap kita ne macam nak balik Melaka je....heheheheheh
Kami terpaksa Exit di Seremban dan pusing balik menuju ke arah KL....memang jauh sangat, kena berpatah balik. Waktu ne jam dah 6.10pagi. Dalam fikiran aku, aku kesiankan mak aku yang akan terlepas flight dia dan duit mama akan burn macam tu je...itu saje yang aku fikirkan sepanjang perjalanan kami....Tapi lagi kesian kat mama, ape tah yang dia fikirkan pulak....Aku tak tengok pon muka mama....kesian, tak sampai hati....
Mr.Bob pulak memecut kereta dengan lajunya....sesekali aku ingatkan dia jangan laju-lagu sangat sebab waktu tu hujan, lori pulak memang banyak...Mr.Bob waktu itu memang drive sebaik mungkin dengan harapan mama sempat naik flight dia. (dah all the best la kiranya)...
Dengan keadaan jalan waktu itu basah dan hujan, penglihatan kami di dalam kereta agak kabur....Setiap signboard kami baca dengan teliti, takut terlepas lagi simpang nak ke LCCT...
Kenderaan agak banyak ketika itu maklumla dah hampir pkl7 pagi, ramai nak pergi kerja...
Bebaik sampai di LCCT mama dengan lajunya berlari ke Kaunter check-in dan aku mengekorinya dengan beg mama. Sampai di Kaunter check-in mama terus tanya pada budak kaunter tu sama ada masih boleh lagi ke tidak....Allhamdulillah masih boleh lagi check-in....Selesai semua urusan di kaunter aku terus teman mama di pintu depature.....
Huh...tarik nafas dalam-dalam sambil jalan menuju je kereta... Bukak pintu kereta terus Mr.Bob kata, Ok tak? aku anggukkan saja.....Habis semua plan kononnya bila sampai LCCT boleh sarapan sama-sama dengan mama...Tapi apa boleh buat, perjalan kami banyak terbuang di sebabkan tersalah jalan.
Peristiwa ini buat pengajaran pada kami. Harap-harap di masa akan datang perkara ini tidak berulang lagi, lepas ne kami perlu lebih berhati-hati...

Monday, June 21, 2010

Happy Father's Day...

This entry I dedicate to my husband.....




Di kesempatan ini saya nak ucapkan Happy Father's Day kepada Mr. Bob... Terima Kasih kerana menjadi seorang bapa yang sangat penyayang dan penyabar kepada anak kita Zahra Batrisya, Terima Kasih sebab awak selalu bawak saya n Batrisya jalan-jalan. Terima Kasih juga sebab awak banyak membantu saya...awaklah orang yang membancuh susu dan menjaga Batrisya bila dia terjaga tengah-tengah malam...kih...kih...kih...


Ingat tak lagi bila awak baru je menjadi seorang bapa, excited sungguh!!!....ketika itu awak mintak saya duduk kat kerusi...awak n Batrisya baring kat katil hospital...awak kepit n peluk Batrisya...hehehehehe. Tak hairan la kan sekarang Batrisya jadi anak babah....mengada-ngada bila nampak babah dia....




masih berkepit di celah ketiak babah dia...waktu ne masih dalam pantang lagi, hari ke-19







To Mr. Bob, moga kita jadi yang terbaik untuk anak-anak kita. Harap kita tidak leka dan tidak sesekali melupakanNYA...Amin

***

Terkenang akan Arwah Ayah...sudah 7 tahun Arwah Ayah meninggalkan kami...Sungguh kami rindukan Arwah. Kalau dulu kami adik-beradik amat rapat dengan Arwah daripada mama, sebabnya bila mintak ape saje mesti dapat, pergi mana saja boleh...dengan mama susah sikit. mama kami garang. Arwah Ayah tak pernah pukul malah gentik pon tidak sekali. Kami akan menyorok belakang ayah bila mama nak rotan kami...Arwah Ayah tak pandai marah kami dan tak pandai kata TIDAK pada kami adik-beradik.

Sedih sangat bila kenangkan Arwah tak berkesempatan tengok aku naik pelamin sebab sebelum Arwah Ayah meninggal, Arwah beriya-riya tanya pada kawan rapatnya bagaimana nak uruskan sesebuah kenduri kahwin. Rupa-rupanya ayah awal-awal lagi dah membuat list-list persiapan pada buku notesnya...sedangkan masa tu aku masih belajar lagi...

Rindu sangat-sangat...Al-Fatihah....

Friday, June 11, 2010

SAHABAT

Sahabat,
Baru kini ku tahu akan penderitaan mu
Kau selama ini hanya seorang diri menanggung derita
Engkau sendiri menaggung tomahan orang di sekeliling mu
Sahabat,
Tabahkan hati mu
Mungkin ada sinar harapan buat mu kelak
Jagalah pemberian Ilahi dengan sebaik-baiknya
Percayalah Allah bersama mu
Sahabat,
Maafkan aku kerna tidak mengetahui ini semua
Percayalah aku disini sentiasa bersama mu
Aku disini senantiasa membantu mu
Maafkan ku SAHABATKU.....

Monday, June 7, 2010

Al-Fatihah

Aku telah mengikuti blog ini sejak tiga minggu lepas. Adik Alanna yang terlantar di hospital HKL wad KK5 telah kembali ke Rahmatullah pada 5Jun. Semoga Ayu & Syarul tabah menghadapi ketentuan illahi. Adik Alanna yang kuat selama ini sedang bergembira di Syurga....Engkau la Bidadari Syurga Sayangku........Akhirnya engkau kembali kepada PENCIPTANYA....
Al-Fatihah....

Thursday, June 3, 2010

Changeling

sumber dari google
Semalam selepas balik kerja, sampai saje di rumah macam biasa rehat-rehat sekejap, mandi...sebelum Mr.Bob pergi kerja semula...Selepas tu bagi Batrisya makan sebelum dia masuk tido..Sekarang ne budak kecik tu tido awal lebih kurang 7.30 ke 8 mlm.
Lepas Mr.Bob berangkat pergi kerja tinggal kami berdua je kat rumah..melayankan budak kecik tu....main-main, membebel-bebel, melompat-lompat...Lepas puas dia main mula merengek-rengek nak susu...masa pon dah sampai untuk beradu, tapi sebelum tu bagi ubat dulu dan terus sumbat botol susu dia. Mata dia layu sambil menghisap susu hingga ketitisan akhir...terus aku letakkan Batrisya di cot dia....
Terus aku mencapai remote tv dan tengok rancangan HBO yang kebetulan movie itu baru saja start. Ha...ok la, cuba la layan movie ne, lagipun pelakon dia Angelina Jolie (Si Bibir Seksi).
Filem yang mengisarkan seorang ibu tunggal Christine Collins(Angelina Jolie) yang kehilangan anaknya dan kesukaran bekerjasama dengan Polis sehinggakan dia di masukkan ke Hospital Sakit Jiwa kerana Polis mengatakan dia menghidapi tekanan perasaan.
So kawan-kawan tak reti la nak cerita detail-detail ne, kalau ade masa silalah tonton movie ne di saluran HBO. Sedih cerita ne sehinggakan menitik air mata ini. Ye la naluri seorang ibukan sedikir sebanyak terasa jugak...Background lagu dia pon best.
Tata...

Wednesday, June 2, 2010

Saya Tak Ada Mood

Salam,
Aku tak ade mood 2-3 minggu ne sebab 21May lepas Batrisya telah warded di Padriatik HKL selama 1 hari. Batrisya batuk teruk dan macam ada tanda nak Asma. Doktor kata dia akan memantau Batrisya 1 hari itu untuk memastikan Batrisya tidak demam. Allhamdulillah, semasa di hospital Barisya tidak demam dan terus discharge pada petang itu. Tapi Doktor nasihatkan kami bahawa jika ada tanda-tanda Asma seperti sesak nafas dan nafas berbunyi, kami harus terus bawa Batrisya ke Padriatik di wad KK2. Antibiotik dan ubat batuk kami beri selama seminggu selepas pulang dari Hospital. Allhamdulillah batuk Batrisya baik selepas itu.
Pada hari Isnin pula 31May pkl 1pg Batrisya demam panas...tak pernah sepanas ini sebelum ne. Aku cek suhu badan dia 38.7 waktu itu ......mmg aku sedar sejak dari tengahhari lagi kepala dia mcm panas...Aku terus basahkan kain lapkan badan, kaki, kepala..kipas aku kuatkan...merengek je Batrisya..nak kene peluk je dia...tak nak berenggang langsung dengan aku. Sian anak mama...Allahmdulillah bila pagi demam dia ok. Kami pergi Klinik Damai Melawati dan Doktor nasihatkan kami jika Batrisya demam panas lagi selepas ini terus masukkan ubat bontot...Allhamdulillah sampai kehari ini Batrisya tak demam. Tapi malam tadi batuk Batrisya berulang lagi. Kerap jugak dia batuk...sampaikan tak lena dia tidur malam tadi..Batuk Batrisya masih berlarutan hingga pagi tadi masa aku hantarkan ke rumah Mak Jah....
Aku memang tak de mood sekarang...Kalau pergi kerja pon asyik teringat-ingat je Batrisya. Hati aku bukan disini sekarang. Kenapa batuk dia kembali lagi....aku takut demam panas dia kembali lagi ...
Sayang mama cepat sembuh ye...
Ya Allah...ampunkan lah dosa-dosaku...permudahkan jalan kami sekeluarga...Jauhkanlah anak ku dari segala penyakit......