nuffnang advert

Friday, July 30, 2010

Majlis Makan Durian...


Raja buah di apit oleh Rambutan dan Langsat.....

Pada hari Rabu lepas ada upacara makan-makan durian yang telah diadakan di office. Sangat la seronok sebab dah lama sebenarnya tak makan durian. Tapi hari tu selain durian ada rambutan, manggis dan langsat jugak. Demi menjaga perut tidak berkeroncong aku tak berani nak merasa buah-buah lain sebab kata Mother kalau durian dah bercampur dengan buah-buah lain perut akan meragam...hahahahha Tapi nasib baik tak ada apa-apa, cuma waktu malamnya badan terasa bahang penangan Durian.



Ketibaan VIP di karpet merah pada hari itew...

durian yang tersedia di terkem

Dengan alunan lagu Durian dari Mr.Os kami makan sampai tak sedar diri. Dari sebiji ke sebiji Durian kami bukak dan makan. Sampaikan aku, Aznee n Fie surrender tersandar dengan perut yang penuh. Tinggal Juju n Mak Nam yang mengerjakan Durian(memang korang hantu Durian la).

kami dengan keenakan durian

;p

Wednesday, July 28, 2010

Aktiviti Hujung Minggu Kami

Salam semua,

Sangat seronok sekali sebab kami geng-geng diva telah berjaya merialisasikan plan untuk kali ke-2 selepas plan House Warming di rumah Fie. Allhamdulillah Juju The Organizer dan Aznee selaku pembantu telah menjalankan tugas mereka dengan baik sekali(walaupun juju sefamily lambat)

Pada mulanya plan macam jadi tak jadi je...diam je semua diva-diva ne...aku call Mak Nam selaku Mother(lantik diri sendiri ye) pada hari tu samaada jadi ke tidak plan ke Desa Water Park..Nasib baik la jadi sebab masing-masing dalam perjalanan ke sana...

Sampai saje di DWP punyer la ramai manusia, rupanya ada 3 Family day kat situ....Tapi kami tetap redah ....hahahhaha. Orang paling excited sekali tentu la Batrisya kan....ini first time pulak pergi tempat mandi-manda macam ne...punyer mengamuk bila kita keluar dari kolam.


celup-celup kaki dulu...



aku tah kemana time ne...

Kejadian yang tak dapat kami lupakan adalah Mother telah lemas di pukul ombak walaupun air cetek je pon, dia pegi tarik pelampung Alan...Alan dah takut sebab dah macam nak tenggelam ....(memang Mother yang penting kan diri je). Nasib baik Batrisya di dalam penjagaan aku dan Mr. Bob sepenuhnya, itu pon ade terlepas jugak kat Mother naik gelengsor...(nasib baik tak ada ape-ape)



En. Kaki Pukul, Alan(masih truma lagi) Juju, Mother






Atomen Keba

Memang puas hati sangat dapat buat aktiviti dengan diva-diva ne. Ye la memang agak susah nak kumpulkan semua diva dengan family semua...sebab kadang-kadang masing-masing dah ada plan masing-masing kan.....Jue n Family tak dapat join pada hari tu sebab dah ada plan lain. Tak pe la lepas ne kita plan lagi best k...aku ada cadangan! tak lama lagi kita nak puasa kan? Apakata kita berbuka ramai-ramai..hehehheh


time ne dah nak balik....mata Batrisya pon dah macam tak boleh angkat...Tapi kena minum susu dulu...

suka sangat gambar ne...sayang fie n Ayem tak ade...

;p

Wednesday, July 21, 2010

Batrisya Demam Campak


Dapat jugak aku update blog aku yang bersawang ne. Sekarang tak lah sibuk sangat selepas perlawanan Netball antara agensi MITI dan jugak perbarisan. Allhamdulillah berbaloi jugak training perbarisan dan netball, menang ok kedua-duanya dengan pesaing terdekat kami iaitu SME Corp.

Tapi seminggu sebelum hari pertandingan itu Batrisya macam menunjukkan tanda-tanda yang dia tidak sihat. Start hari Sabtu demamnya sangat panas, tapi nasib baiklah aku ade bawakkan ubat Bontot balik kajang..Batrisya jugak tak nak langsung lekang dengan aku...Aku tidurkan dia di pangku lepas tu ingat nak alih kan kat tempat tidur tapi bila nak letak je dia mesti terjaga dan menangis. Aku pon macam dah risau sangat kenapa Barisya sampai macam ne sekali...mmg satu hari tu mengadap dia je la, kerja lain tak berusik. Nasib baik kat kajang...mama la yang tolongkan siap-siapkan segalanya...

Hari Ahad pon sama jugak. Agaknya panas sangat, bibir Batrisya mulanya kering dan berdarah. Selain bagi ubat aku lap-lapkan badan dia dengan harapan demam dia kurang la....susu dan bubur pon kurang dia jamah...Alahai....

Hari Isnin aku terpaksa amek EL sebab Batrisya masih demam lagi. Tapi pada waktu tu bila tengok muka Batrisya dah start naik bintik-bintik merah. Makin lama makin banyak sampai merebak ke leher...Mr Bob cakap ne dah macam campak je...Kami pon terus ambil keputusan pergi ke Klinik Damai kebetulan kami nak balik KL.


muka merah-merah...dah start nak naik banyak...

Bila jumpa doktor memang sah la Batrisya kena demam campak dan sekali lagi Batrisya kena masuk ubat kat Bontot sebab badan dia panas sangat. Doktor kata tak ade ubat spesifik untuk Demam campak ne, cuma doktor bagi ubat demam,tahan gatal dan Losyen Calemine.

Bila bagi ubat nampak la perubahan sikit pada Batrisya, tidur pon lena mungkin rasa gatal tu reda sikit sebab ubat tahan gatalkan....Selain tu Mr. Bob carikan jugak daun bambu(betul ke aku eja ne) untuk buat alas tidur dan mandi Batrisya.

dapat tidur lena jugak akhirnya...

Allhamdulillah hari selasa nampak dah kurang sikit, merah-merah dekat badan pon dah kurang dari hari sebelum. Mood dia pon dah kembali baik nak senyum jugak la...


'tengok la mama kite lumurkan losyen kat kite.....'


Lepas dah sembuh boleh la aku kembali bekerja dengan hati yang tenang....Allhamdulillah

Friday, July 9, 2010

Di Hari Jadi Ku....


Sejak dua menjak ne, aku agak malas dan tak ada masa nak update blog.. mungkin di sebabkan sibuk dengan training kawat untuk perbarisan dan training netball..balik kerja pon dah penat....

Minggu lepas aku telah menyambut birthday ku yang ke-28 tahun. Sangat-sangat bermakna kali ini sebab dapat celebrate dengan family di Kajang dan lebih bermakna lagi dapat celebrate dengan family kecil ku Mr.Bob n Batrisya.

Pada mulanya kami meraikan dengan sajian Dominos Pizza pada hari Sabtu malam dan detik jam 12 malam sesi tiup lilin pulak...bukan main lagi aku....

Pada umur 28 tahun ini, banyak pengalaman pahit dan manis aku tempuhi, allhamdulillah di samping keluarga aku, Aku mempunyai Mr.Bob dan permata hati ku Batrisya yang menjadikan hidup ini penuh dengan cahaya-cahaya kegembiraan. Hidup ini tak bermakna tanpa mereka semua....


Pada kawan-kawan yang aku sayangi, terima kasih kerana menghantar sms ucapan pada aku..walaupun aku tak dapat membalasnya kerana line hp aku dah kena bar....hahahahha...Terima Kasih banyak-banyak