nuffnang advert

Wednesday, March 30, 2011

...

Hati aku berbelah bahagi sekarang ne. Kalau lepaskan rasa sayang pulak, mana nak dapat macam tu sekarang ne. Kalau terima pulak banyak faktor pulak yang perlu di fikirkan.... Ya Allah tetapkan hati hamba Mu ini...KAU berilah petunjuk yang sebaik-baiknya pada ku...Amin

Friday, March 25, 2011

Sesi Makan-makan Bil.3


Salam..

Ha ok... memang aku dah lama tak update, tapi memang tak ade mood...tak de carita pon ye jugak.


Nak cerita kejayaan Diva Entertainment membuat satu lagi Agenda makan-makan versi portluck. Kali ne cuaca baik, kami terus ke ke Taman Tasik Perdana. Pada mulanya susah nak carik port-port yang baik kat sana sebabnya ramai yang tidur kat pangkin-pangkin tu..Punyer la ke sana ke mari kami pergi nak cek-cek tempat, nasib baik la Sally ade bawak tikar...Duduk bawah la kami nampaknya...Masing-masing bawak menu yang menyelerakan...eerrmmm..dap...dap..






Last sekali tentulah aksi kami selepas kekenyangan.

Monday, March 14, 2011

Hujung minggu Kami....

Salam semua,

Apa khabar anda semua....lamakan aku tak update..hehehehe

Sekarang ne kami tak ade kereta, sebabnya hari tu kami terlibat dengan kemalangan jalan raya. Alhamdulillah kami tak ade ape-ape, cuma kereta kami teruk sikit, terpaksa hantar ke Bengkel.
Dah seminggu pergi kerja naik kereta mertua, nak pinjam lama-lama pon segan gak sebab mertua pon nak pakai jugak kan lagi-lagi time weekend sebab nak pergi kenduri-kendara... Jadinya kami buat keputusan lepas habis sukan hari sabtu lepas kami nak balik ke kajang nak pinjam kereta mama. Kami balik Kajang hari tu naik Komuter dalam pkl8 malam macam tu ....

tengah tunggu komuter

Insyaallah kami nak try pulak pegi KLCC naik Putra LRT lepas ne

Ini pengalaman pertama kami bawak Batrisya naik komuter. Kami naik dari stesyen Kg Batu Jalan Ipon(stesyen baru) transit di KL Sentral, lepas tu naik train ke Seremban dan kami turun di stesen Kajang. Pada mulanya kami tak nak bawak stoller... tapi takut pulak bila dah ramai orang nanti tak ade pulak tempat duduk. Nasib stoller menyelamatkan keadaan sebabnya Batrisya boleh pulak tidur kat KL Sentral...Kat Kl Sentral pulak ramai orang...jadinya kami hanya berdiri sahaja sampai ke Kajang. Batrisya tidur lena dalam stoller...