nuffnang advert

Monday, March 14, 2011

Hujung minggu Kami....

Salam semua,

Apa khabar anda semua....lamakan aku tak update..hehehehe

Sekarang ne kami tak ade kereta, sebabnya hari tu kami terlibat dengan kemalangan jalan raya. Alhamdulillah kami tak ade ape-ape, cuma kereta kami teruk sikit, terpaksa hantar ke Bengkel.
Dah seminggu pergi kerja naik kereta mertua, nak pinjam lama-lama pon segan gak sebab mertua pon nak pakai jugak kan lagi-lagi time weekend sebab nak pergi kenduri-kendara... Jadinya kami buat keputusan lepas habis sukan hari sabtu lepas kami nak balik ke kajang nak pinjam kereta mama. Kami balik Kajang hari tu naik Komuter dalam pkl8 malam macam tu ....

tengah tunggu komuter

Insyaallah kami nak try pulak pegi KLCC naik Putra LRT lepas ne

Ini pengalaman pertama kami bawak Batrisya naik komuter. Kami naik dari stesyen Kg Batu Jalan Ipon(stesyen baru) transit di KL Sentral, lepas tu naik train ke Seremban dan kami turun di stesen Kajang. Pada mulanya kami tak nak bawak stoller... tapi takut pulak bila dah ramai orang nanti tak ade pulak tempat duduk. Nasib stoller menyelamatkan keadaan sebabnya Batrisya boleh pulak tidur kat KL Sentral...Kat Kl Sentral pulak ramai orang...jadinya kami hanya berdiri sahaja sampai ke Kajang. Batrisya tidur lena dalam stoller...

4 comments:

NM02 said...

kau nak sewa kete aku tak?? *___"

wardah said...

nasib bawa stroller. kalo tak lenguh la pinggang babah dukung isya. kehkeh.

lynda said...

NM02 - sewa tak mapu la...pinjam blehh...

wardah - ingatkan kalau dah bleh jalan tak yah la berangkut2...tapi stoller tu la yg penting kalau pegi mana2...kalau anak tak duk...bleh letak barang-barang kan? hehehehehe

ina said...

Saya tau jek berita ni terus pikir Batrisya. Doa mudah2an dia tak apa2. Tak pe la lynda..dugaan tu. Yang penting kamu anak beranak tak apa2. Alhamdulillah..

Tapi budak kecik kan, lagi suka naik lrt dr naik keta ni..Mcm naik keretapi kat funfair dia rasa..hahaha