nuffnang advert

Thursday, February 7, 2013

Happy Birthday Zandra Adelia!



Assalam,

Semalam genap umur Zandra Adelia setahun. Allhamdulillah atas segala rahmatNYA.
 



Happy Birthday Adikkk!!!

 Semoga menjadi anak yang Solehah.....
Semoga adik dikurniakan kesihantan yang baik
  We Luv U Adikkk....




Tuesday, February 5, 2013

Ipoh & Taiping

 Assalam,

Apa khabar semua lama betul tak update, ape nak jadi pon tak tau la....makin lama makin malas nak berupdate.

Cuti sempena MaulidurRasul dan Thaipusam kami planning bawak anak-anak berjalan. Kesian sangat tak bawak kemana-mana pon, asyik duk rumah je. Pada mulanya nak pegi masa cuit Krismas tahun lepas, tapi cuti tak cukup pulak...terpaksa la tunggu cuti baru....

Kami menginap di Hotel DWJ di tengah-tengah pekan Ipoh, senang nak cari makan....lepas tu gerbang malam pon dekat je dari hotel kami(thanks to MakNam yang recommed kan hotel ni).

Hari pertama jalan-jalan sekitar Bandar Ipoh, siap pegi Jusco konon nak cari swimming suit kakak, tapi tak kenan la harga pon makk aiiii mahal.

Hari kedua destinasi utama iaitu Lost World. Seronok tengok anak-anak seronok main air. Kakak walaupon dah selalu pegi pool tapi tetap jugak takut....adik pulak cool je sebab ini kira frist experience dia. Slide-slide untuk orang dewasa sempat la saya n Mr.Bob naik hehhehehe...

Malam kami makan di  TKK(medan selera taman kanak-kanak)...not bad la makanan di sana...ABC n Ais Lai Chi Kang dia sedap sangat. Ingat lepas makan nak la pegi jalan-jalan di gerbang malam, dekat je gerbang malam tu, belakang TKK je. Tapi malam tu hujan, anak-anak pulak merangam sebab dah penat sangat.




Hari ketiga kami ke Taiping....kali ne saja jalan-jalan sambil ziarah kawan lama di sana...tidur pon kat rumah dia.

Malam tu kawan kami tu bawak makan kat Doli  Kuey Teow Goreng...sedap yee..sampai sekarang masih terbayang-bayang akan kesedapannya hahahahha.... Portion Kuey Teow kalau tengok macam sikit je, tapi sebenarnya banyak ok...


Hari Keempat kami ke Zoo Taiping, Zoo kat KL tak sempat lagi jengok kami dah sampai ke Zoo Taiping hehehhehe...alang-alang dah sampai kannnn....




ha last sekali yang sangat tempting sekali adalah Mee Udang Kuala Sepetang. Mee Udang yang tak sama di mana-mana pon....Memang udang nyerrr sangat banyak yer. Mr. Bob tak layan la udang-udang ne, dia cuma minum Tescafe Tarikje waktu ...

Gitu la kisah percutian kami....banyak lagi tempat-tempat yang tak sempat kami singgah macam Bukit Merah, gerbang malam...insyaallah kalau ade rezeki kami datang lagi....