nuffnang advert

Thursday, March 25, 2010

Tiada kata dapat di ungkapkan......

Salam...

Aku sangat-sangat sedih, sebab sekarang ne banyak berita mengenai kanak-kanak yang kena dera..baby yang di buang...Luruh hati ne bila baca keadaan anak-anak ne. Kadang-kadang tu tak sanggup nak baca berita paper, nak tengok gambar apatah lagi...

Kadang-kadang aku selalu dapat email gambar anak yang meniggal di dera dan dibuang ne...keadaan mereka sangat-sangat menyayat hati...lagi satu tak sanggup nak foward email-email tu pada kawan-kawan.

Ya Allah
Selamatkan lah anak-anak ini...
Tempatkan meraka di syurga MU

Damailah anak-anakku DISANA....

Tetiba teringat kenangan semasa saat indah melahirkan Batrisya...Saat-saat keajaiban dan kekuatan yang Allah kurniakan pada ku....Allahamdulillah

Friday, March 12, 2010

Batrisya 6 Bulan

Arrhhh...cepatnya masa berlalu..Tak sangka Batrisya dah 6 bulan .Rasa macam semalam je baru bersalinkan dia... Batrisya dah start makan...Selalunya bagi makan biskut dari Heinz dan juga Nestum, bubur nasi masih belum lagi tengok la nanti umur dia dah 7 atau 8 bulan baru bagi makan bubur.Batrisya sekarang ne makin lasak.... Tak nak duduk pon....Dia minta kita berdirikan dia. Bila berdiri pulak nak melompat je. Pantang sangat kita baringkan dia...terus menyiarap. Kadang-kadang tu nak tukar pampers pon susah..Bila menyiarap asyik nak kedepan je..

Batrisya pon kuat membebel tau. Membebel sambil main-main lidahnya. Dia suka ajak kami berborak. Kalau tak de sape layan dia habis mengamuk.
Tapi bila aku bersama-sama dengan kawan-kawan yang anak mereka lebih kurang umur dengan Batrisya, aku selalu tanya yang anak mereka dah pandai pe n bla..bla...bla kan. Ada yang cakap dah tumbuh gigi la(Batrisya belum lagi), dah pandai ke depan bila nak menyiarap la....Tapi aku cuba think positive k. Tak semestinya setiap baby tu akan sama perkembangannya dengan baby yang lain. Ada baby yang cepat dan ada baby yang lambat...jangan sesekali paksa baby buat sesuatu benda yang dia tak suka ye.Rasa tak sabar nak balik kerja..nak gomol-gomol pipi tembam Batrisya.
Haaa...itu saja buat masa ne. Entry kali ne payah benar nak publish..asyik save je..Ok la bye.

Salam