nuffnang advert

Tuesday, November 24, 2009

ORANG BARU DALAM HATI KAMI..


Cerita ini adalah cerita lama yang ingin aku kongsi bersama. Maaf jika menyepi buat seketika kerana kesibukan dan maklum sajalah nak biasakan diri setelah bergelar ibu...

Alhamdulillah...waktu yang aku tunggu telah tiba...Sekarang aku telah bergelar ibu kepada Zahra Batrisya yang selamat di lahirkan normal di Hospital Serdang pada 1/9 jam 9.56pagi.


Rehat sekejap...baru lepas jalan-jalan dalam wad

Tak jangka pon akan bersalin awal sedangkan due adalah pada 22/9, tapi nasib baik kami telah puat persiapan awal seperti beg baju dah lama simpan dalam kereta..

Pada 30/8 jam 4.30ptg air ketuban pecah sewaktu aku bangun nak ke dapur. Air yang tak berhenti-henti...banyak sangat..Masa ne aku n Mr Bob berada di rumah mak kat Kajang..Aku mintak Mr Bob hantar ke Hospital Serdang. Sampai di sana aku di periksa, masa ne bukaan masih 1cm dan aku terus di tahan wad..Masa ne serius tak sakit.

31/8 Semua ahli keluarga menjangkakan aku akan bersalin pada hari merdeka...tapi tidak juga...masih tak sakit. Doktor bagi tahu kalau sampai esok tak rasa sakit nak bersalin kemungkinan aku akan di induse..waktu ne aku dah takut sebab induse orang kata sakit gile..

Mak aku nasihatkan aku supaya jangan duduk tidur saja...dia suruh jalan-jalan...aku ikutkan saja..

1/9 jam 2pg start contraction setengah jam sekali dan kerap berikutnya...jam 6pg nurse datang ke tempat aku memberitahu bahawa doktor akan memeriksa aku..waktu itu bukaan aku sudah 3cm...Doktor memberitahu bahawa aku tidak perlu di induse kerana bukaan sudah 3cm...aku lega sangat...tapi serius contraction sakit sangat sampai tak tertahan, semakin lama semakin kerap..7pg Mr Bob datang sekejap malawat aku, tak lama pon dalam 10 minit je...aku suruh dia tunggu kat bawah jangan pegi mana-mana....aku jadi tak tentu arah...sebab contraction semakin sakit...dan aku dapat rasakan kepala baby kebawah sangat...aku terus panggil nurse aku kata dah tak tahan lagi....nurse check bukaan aku dah 5cm waktu tu...nurse masukkan ubat dan aku rasa tak selesa...terus ke tandas...clearkan ape yang patut....selepas itu aku terus di tolak ke labour room..aku ingat lagi bilik tu no 16...

Bila dah berada di labour room jantung berdebar dengan kuatnya, segala doa aku baca...waktu ne Mr.Bob belum ada lagi bersama aku...Waktu ne nurse pelatih la jadi peneman aku di labour room...Habis tangan nurse pelatih tu aku genggam...mmg aku genggam kuat nak tahan sakit waktu itu...Kemudian sampai la Mr.Bob di labour room...Nurse di situ menyuruh Mr.Bob berdiri di sebelah aku...tahan belakang aku bila nak push nanti..Selesai saje aku di seluk nurse suruh aku push...Allhamdulillah nurse semua nya baik...banyak mengajar aku...Selepas push hampir 4 kali..
Allhamdullilah... aku selamat melahirkan Zahra Batrisya Bt Idezulamri..Waktu itu segala kesakitan tak terasa..dapat tatap anak yang dikandung..Sungguh besar kuasa Tuhan.. Syukur Allhamdulillah


Batrisya dengan babahnya


Batrisya dengan mamanya

Batrisya terpaksa di tahan wad di sebabkan jagkitan kuman...rasa sedih tak dapat pulang ke rumah bersama-sama..Tapi fikirkan demi kesihatan dia..aku redha...Batrisya di masukkan Antibiotik sebanyak 3kali selama seminggu..Allhamdullillah selesai semuanya Batrisya di benarkan pulang...

Batrisya sewaktu ditahan wad...masuk antibiotik

Harapan dan doa aku supaya kami sekeluarga dirahmati, dimurahkan rezeki, di permudahkan jalan kami. Aku n Mr.Bob akan mencurahkan sepenuh kasih sayang pada Batrisya... Semoga Batrisya akan menjadi insan yang Solehah, menghormati ibu-bapanya dan orang tua, menjadi insan berguna di dunia dan di akhirat..
Amin...


Ok...next time aku kan kongsi lagi cerita-cerita dan gambar kami sekeluarga...

Salam