nuffnang advert

Thursday, August 16, 2012

Ujian buat kami

Salam 27 Ramadhan...

Ini kisah mood saya pada minggu lepas Mr.Bob warded di Hospital Sungai Buloh sebab dalam seminggu 3kali dia sakit perut. Bila sakit perut tu terus dia ke kecemasan. Tapi baru-baru ne dia kene tahan wad sebab doktor pakar nak pantau dan buat endoscopic. Doktor pakar bagitahu yang saluran ke perut(esophagus) Mr.Bob ade masalah. Sekarang ini Mr.Bob di bekalkan ubat sampai lepas raya.  Lepas tu dia akan jumpa balik Doktor pakar untuk buat rawatan susulan atau operate terusss...uwaaaaa...

Dalam masa yang sama anak-anak tak baik lagi dari batuk selsema. Kesian sangat-sangat kat diorang. Saya tahu sekarang saya tengah diuji. Tapi saya kene kuat, mungkin itu dugaan kami sekeluarga sebelum raya ni.

Ketika ini Mr.Bob tak sedar. Anak-anak pulak tak boleh masuk tengok babah dia. Tq kak Ina tolong jagakan anak-anak

Harap-harap semuanya ok...Zandra n Batrisya masih ade batuk selsema sikit...Mr.Bob pon ok dah sikit(tapi macam lemah sikit la). Ujian ini saya terima dan saya bermuhasabahkan diri supaya tidak lalai dan lupakan yang Maha Esa. Saya kene ingatkan diri bahawa ade orang lagi susah dari saya.

p/s: Terima kasih pada kawan-kawan yang tak putus-putus bertanyakan khabar dan membantu Tuan punyer blogs ketika Mr.Bob warded tempoh hari. Tuan punyer blog tak sempat nak balas pon sms dan komen-komen dalam facebook anda sebab Tuan punyer blog dalam keadaan tak boleh berfikir dan kelam-kabut ketika itu...

Wednesday, August 8, 2012

Zandra 6 bulan


6hb genap 6bulan usia Zandra. Allhamdulillah, dia semakin baik tak banyak merangam dah...

Dari umur dia 5bulan setengah saya dah start bagi dia makan sikit-sikit, bagi dia makan fruits puree, biskut farley tu saya buat cair-cair bagi dia makan. Lepas ne boleh la bagi dia makan bubur nasi pulak..

Mama doakan Zandra membesar dengan sihat....semoga menjadi anak yang solehah ye...Amin

Tuesday, August 7, 2012

Screening Test

Assalam,

Minggu lepas saya ke Hospital Selayang, bawak si kecik Zandra buat ujian pendengaran( screening). Ujian ini wajib di buat sebab Zandra kira premature baby, lahir tercepat pulakkan....Ujian ini bertujuan untuk mengesan pendengarannya Zandra lebih awal. 

Tapi pada mulanya Audiologist kata Zandra tak perlu di tidurkan,asalkan dia duduk diam kiranya boleh la buat ujian screening ne. Tapi bila ujian tu di buat tangan kaki Zandra tak nak duk diam, makanya ujian yang pertama gagal.

Tengok tu dia tarik tudung kakak Audiologist tu....


Sekali lagi ujian screening ne di buat tapi Zandra kene tidur. Punya la payah hari tu dia nak tidur. Siap duduk kat dalam bilik kedap bunyi lagi supaya tak de bunyi bising-bising kat luar tu. Dalam 1 jam jugak la nak tidurkan dia. Bila dah lena baru la Audiologist tu dapat buat ujian screening ne. Tapi terdapat lendir(Zandra baru baik selsema) yang blok bahagian dalam telinga Zandra, Audiologist tak dapat nak kesan saraf-saraf dalam telinga Zandra tu.

Temujanji lain telah di buat, bulan September nanti kami lagi sekali akan ke sana untuk repeat lagi ujian ni. Harap Zandra betul-betul sembuh selsema nanti.

p/s: weekend kami hanya duduk di rumah, Batrisya kene Athma, Zandra pulak demam panas, selsema(lagi sekali menyerang), batuk complete set gitu...tsskkk tsskkkk...Mr.Bob pulak gastrik.
Cepat-cepat la sembuh buah-buah hati tuan punyer blog...