nuffnang advert

Saturday, August 28, 2010

Majlis Berbuka Puasa

Salam,

Pada hari Jumaat lepas kami sekeluarga telah berbuka puasa di Office. Ha...sangat seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan dengan anak-anak mereka. Hidangan pada hari itu nasi campur, mee rebus,ABC dan macam-macam lagi la....

Hari Sabtu pulak pergi berbuka dengan geng-geng divas...Tapi kali ne tak ramai divas turut serta. Maknam tak dapat join sebab Mr. Bard tak sihat, Aznee pulak kene berbuka di rumah Mertua. Sally pulak kene teman mak dia. Kali ne tempat berbuka kami ialah di Restoren Nelayan Titiwangsa.

***

Lagi beberapa hari je Batrisya nak setahun. Tapi tak ade plan lagi nak celebrate kat mana. Cepatnya anak mama dah setahun. Sekarang dah pandai memanjat, bila memanjat pulak berani nak lepas-lepas tangan pulak....Dah pandai kedekut, apa ade kat tangan dia kita tak boleh ambil tau..nanti mengamuk. Eerrmm....kene tanya Mr.Bob nak berbuka mana hari Rabu ne.


Jumpa lagi..
;p

Sunday, August 22, 2010

Hujung Minggu...

Salam,

Dalam kesibukan menyiapkan tempahan manik, hati ini tetap jugak teringatkan blog kesayangan yang bersawang pada bulan puasa ni. Bukan tak nak update blog tau, tapi masa yang terluang aku menfaatkan menyiapkan tempahan...takut sangat tak sempat siapkan baju-baju raya orang ne..

Bila hari Jumaat saja macam biasa la kami akan balik ke Kajang. Sampai pon dah malam, maklumla kene tunggu Mr.Bob balik kerja dulu.
Hari Sabtu aku bersama Mr.Bob dan Batrisya ke Tesco, nak cari bahan-bahan nak buat Caremal dan Lasagna. Punyer la ramai orang membeli-belah barang dapur..Tesco pon not bad barang-barang basah macam Ayam,ikan, udang kerang.....Pada hari tu teringin sangat nak makan Udang Sambal n Sup Cendawan, aku beli jugak bahan-bahan tu...
Seronok sangat menjadi jugak Lasagna aku...resepi ni memang aku ikut dari blog Sofia..memang puas makan la kami pada berbuka hari tu. Lain kali boleh buat lagi...
Hari Ahad pulak ajak Mr.Bob ke Jasco Balakong..shopping sikit, cari blaus-blaus kat sana..Alhamdulillah banyak pilihan kat sana. Kali ne Batrisya tak ikut..dia teman Nek Me kat rumah. Sampai rumah, rehat-rehat sekejap lepas tu ke dapur untuk memasak. Menu hari ni Ayam Masak Lemak Cili Api dan Ayam Bakar.

Errm...itew saja untuk kali ini. Sehingga jumpa lagi..Salam

Monday, August 9, 2010

Kepejalan kulit...

Sejak dua menjak ne kan, aku dapati kulit muka aku macam kureng sikit la...kureng dari segi keanjalan nya...hahhaha. Memang kurang keanjalan sebab sejak dah ada anak ne agak sibuk dengan perihal-perihal anak dan kerja-kerja rumah.

Sekarang ne hanya sempat scrub badan dan muka sahaja bila hari minggu. Tapi untuk ke saloon nak buat facial treatment tidak la....dulu sebelum kawin punyer la rajinkan....tapi bila dah kahwin + ada anak, haraaamm tak buat langsung.

Jadi sekarang ini sebelum terlambat aku perlukan produk tambahan untuk penjagaan kulit muka agar tidak nampak kusam dan lebih pejal heheheh...Bila servey produk-produk kat luar tu aku berminat nak cuba Nutox, produk dari Jepun dan di perbuat dari sarang burung. Tapi selain krim-krim muka ni mask jugak boleh memejalkan kulit muka tapi rajin tak rajin sahaja lah kan...Jadi untuk aku selepas ini sibuk macam mana pon kene cari masa untuk membuat rawatan muka...Maklumlah umur pon nak menjangkau ke-30 an..;p
Night Cream Repair
Advanced Serum Concentrated
~sumber dari Google~
Errrmmm.....Ada sesiapa yang dah cuba produk ne?
***

p/s : Harap maklum, saya mungkin akan menyepi sementara waktu..hanya waktu bulan puasa ini sahaja. Saya agak sibuk dengan komitmen terbaru sebagai tukang jahit. Demi menyiapkan tempahan-tempahan saya perlu menyiapkan tempahan sebelum raya..