nuffnang advert

Thursday, October 13, 2011

16weeks


* taken from babycenter*

Assalam semua...Apa khabar...

Tak sangka masa cepat sangat berlalu...tup tup usia kandungan aku dah 16weeks. Allhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, cumanya terasa jugak la badan ne penat...balik dari kerja nak melayan Batrisya pulak...Kadang-kadang tak terlayan jugak di buatnya, nasib baik ade Mr.Bob. Aku kadang-kadang 9mlm dah selamat dibuai mimpi..

Oh oh ne lagi excited, aku dah start rasa baby bergerak. Mula-mula agak confuse sebab ingatkan angin dalam perut ke kan...tapi bila di amati betul-betul memang betul itu pergerakan baby. Dulu masa mengandungkan Batrisya aku start rasa pergerakan dia dalam 20weeks ke atas...

Tapi sejak akhir-akhir ne aku selalu terjaga malam, aku akan terjaga dalam pukul 2 3 pagi macam tu, lepas tu susah nak lelap semula...Waktu aku terjaga tu aku rasakan macam perut aku ne besar sangat dan bila nak beralih ke kiri ke kanan agak sukar. Tapi  bagi aku ini adalah dugaan kecil yang aku dapat sekarang ni. Aku kene positif lagi bila kandungan aku besar lagi. Kalau pengalaman mengandungkan Batrisya dulu perut dan badan aku besar dengan jayanya, kali ini aku kene cukup-cukup bersedia dengan semua tu. Tapi yang pastinya bila pregnent bukannya alasan untuk bermalas-malasan...be active..!!!

Tuesday, October 11, 2011

2 years now...

Assalam semua,

Pada penghujung bulan Syawal lepas kami sekeluarga telah menunaikan hajat nak buat Birthday Batrisya dan  Mini Open House. Allahamdulillah semuanya berjalan lancar dengan bantuan-bantuan My Mama, Keluarga Mertua, adik-beradik dan adik-adik Ipar aku. Terima Kasih semua, kalau tak ade kalian pastinya tak terkejar nak buat  ke semuanya.

Jamuan yang bermula seawal jam 12tgh dengan kehadiran jiran-jiran tetangga dan selepas tu kawan-kawan office. Agak kelam-kabut pada mulanya sebab jemputan datang serentak...jadi keadaan tu penuh sesak. Pada kawan-kawan semua aku mintak maaf ye dan terima kasih kerana sudi datang.

Buat Anak Mama Batrisya,




Rasanya baru semalam mama melahirkan kamu. Sekarang kamu sudah 2tahun. Sesungguhnya Kurniaan Tuhan itu besar rahmatnya buat mama&babah. Kehidupan kami semuanya di penuhi keletah dan gelak tawamu...Syukur Allhamdulillah....Mama&Babah doakan kesejahteraan mu, menjadi insan yang berguna dan menjadi kebanggaan kami semua..