nuffnang advert

Thursday, April 29, 2010

Kerja rumah yang aku tak suka

Nak cerita pasal kerja-kerja rumah yang tak pernah-pernah habis. Tapi dalam banyak-banyak kerja rumah yang liyat sangat aku nak buat ialah lipat kain. Oh tidak...kalau nak start melipat tu punyer la aku tenung bakul baju yang menimbun dan tinggi menggunung itu, adalah setengah jam jugak aku tenung bakul tu semua....bila nak start melipat tak tau...

Sekarang ne tambah satu bakul baju baru...bakul Batrisya..Boleh tahan jugak baju Batrisya ne nak kena lipat. Walaupun baju budak kecik tu hanya baju weekend je aku basuh..tapi tetap banyak jugak...
Selalunya seminggu sekali lipat baju...semua ne kena buat time budak kecik tu tidur...kalau tak
tak jadi lah semua kerja...


sebelum melipat...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
taaa daa
selepas beberapa jam..ini lah hasilnya

Monday, April 26, 2010

ada gigi sudah....


Bukan main seksa nak snap gambar Batrisya ne..Kedekut sangat nak tunjuk gigi dia

Salam,

Nak cite pasal budak kecik yang sekarang banyak akal...Tak sangka awal pulak Batrisya tumbuh gigi...Sekali tumbuh 2batang terus sebelah bawah...Allahamdulillah Batrisya tak demam..cuma dedar je badan dia...Tapi kena jugak stanby ubat demam...

Gambar kat atas tu sebenarnya aku amek minggu lepas. Tengok-tengok je semalam dah keluar putih-putih kat gusi atas pulak..Memang sah la Batrisya tumbuh gigi atas pulak..Patut la mengade sangat budak ne..

Wednesday, April 21, 2010

Kembali Aktif


Rasanya dah lama tak aktif membuat stok susu untuk Batrisya, dulu selepas habis pantang rajin sangat-sangat pam. Tapi penyakit malas sangat menghantui diri aku ne..aku terus tidak pam lagi. Sehingga semalam aku kembali pam. Kalau sebelum-sebelum ne aku cuma breastfeed saja Batrisya waktu pagi lebih kurang pkl5.30 dan bersambung pula di dalam kereta sementara on the way ke rumah Mak Jah(makcik). Selepas tu waktu balik samaada di rumah Mak Jah atau di dalam kereta terus Batrisya nak breastfeed..begitulah keadaannya bila hari bekerja sekarang.


Tapi sejak kebelakangan ini aku perhatikan Batrisya kuat sangat minum susu..tak kira la susu formula ke susu aku ke.. sangat gelojoh ok, bila time breastfeed selalu nangis sebab tak puas..mungkin flow aku slow. Jadi aku ambil keputusan nak start pam, bila tgk dia tak puas time breastfeed aku akan stand by sediakan stok susu aku pada dia...

Sangat-sangat bersyukur masih banyak lagi production aku...Jadinya aku tak akan persia-siakan..Selain itu aku kenalah makan makanan yang boleh membanyakkan susu selain minum banyak air...lagi satu kena rajin....rajin pam...heheheheh
Allahamdulillah...aku masih dapat breastfeed Batrisya...dah masuk 7 bulan dah anak aku...Harap-harap dapat la breastfeed dia sampai 2 tahun.

Thursday, April 15, 2010

Saya Prihatin.. Anda?



Salam Semua,

Kepada Kawan-kawan yang ku sayangi....Minta sokongan anda untuk letak banner KAMI PRIHATIN seperti di atas ne pada blog anda semua tanda sokongan dan prihatin anda membenteras gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak di luar sana... Anak-anak ini tidak berdosa...
Thanks to Mariam for the info...

TQ

Friday, April 9, 2010

SEPUPU BATRISYA

Salam semua...khabar gembira buat kami sekeluarga..adik ipar aku selamat melahirkan anaknya pada 8April jam 8.30mlm. Alhamdulillah. Ha..lepas ne Batrisya adalah kawan.

Pada Syukur dan Hidayah tahniah. Comel baby mereka ne..rambut lebat gile..
Bila dapt peluang dukung baby ne rasa nak mengandung lagi...seronok pulak..

geram sangat

Wednesday, April 7, 2010

Contest Muka Garang Si Comel



Nama : Zahra Batrisya Bt Idezulamri
Nama Manja : Batrisya
Tarikh Lahir : 1 Sept 2009
Nama Mama : Noraza Linda Bt Mohd Zain
Nama Babah : Idezulamri B Md. Amin
Sesiapa yang berminat menyertai contest ini sila ke sini

Monday, April 5, 2010

HOUSE WARMING & BABY SHOWER -FIE

Yesssss!!!akhirnya kami semua dapat menjayakan majlis House Warming & Baby Shower Fie di rumahnya di Subang Bistari. Tujuan sebenarnya nak berkumpul bersama-sama dengan keluarga masing kebetulan pula Fie dah nak due dan kami semua tak pernah datang ke rumahnya lagi. Dalam masa yang sama sambut Birthday Alan 1tahun sekali.



Happy Birthday Alan



Kami dah sepakat masing-masing bawak makanan. Macam aku bawak Pengat Pisang Special, Aznee Puding Caremal, Tuan rumah Fie buat Nasi Ayam, Juju Cake Secret Recipe, Sally Cheese Cake, Mak Nam Nugget Fries and Hotdog, Yin bawak hadiah and Jue bawak Pizza.





Gossip Time







Thanks Yin...




Jue pon dapat hadiah



Pada hari tersebut aku n family lambat sikit. Maklumla datang dari Kajang. Tak sampai hati nak tinggalkan mama masak sorang-sorang, jadinya aku sama-sama tolong mama kat dapur. Tu yang jadi lambat tu...anyway thanks mama siapkan bekal untuk kami bawak balik...


Happy sangat masa ne sebab dapat kumpul sama-sama tambahan lagi Yin join sekali. Kelakar sangat sebab masing-masing dengan family n anak-anak. Tengok gelagat Juju dan Alan.. Aznee dan Kebar..Aku dan Batrisya, Tengok Fie yang tengah sarat tgh terkontang-kanting dekat dapur. Mak Nam n Bad, thanks tengokkan Batrisya masa aku tengah makan. Sally yang cute. Yin yang gile-gile.



Practise ye Mak Nam n Bad...nanti senang




The Papa's



Possing di dapur pula


Three of us






Mr & Mrs. Ayemo...Tuan Rumah




Aznee Family



Yin and Faizal





Sally





Jue, Ajib and Aaron



Bad and Mak Nam...bukan main deme





Juju, Alan and Salani(En. Kaki Pukol)




Aku puas hati sangat-sangat sebab kami dapat juga akhirnya berkumpul ramai-ramai. Dah lama sebenarnya plan nak buat benda-benda macam ne, asyik tak jadi je. Ok girls lepas ne kita arrange pulak percutian kat mana-mana.





AJK PEMBUNGKUSAN


Orang dapur....


Possing kat luar rumah pulak



The Door Gift


To Fie and Ayemo...Thanks buat majlis ne..rumah ko sangat cantek..Aku tak sabar nak tengok anak ko..semoga selamat semuanya



Thanks Fie....

Thursday, April 1, 2010

7months

Alaaa...sayang mama...dah 7bulan hari ne..tak sempat nak snap gambar Batrisya pagi tadi. Happy 7months anak mama...Cepatnya masa berlalu


Information

Sebenarnya aku dapat info ini dari email office. Saje nak letak supaya senang nak baca bila dah lama-lama nanti. Info yang sangat berguna bagi aku yang dah ada anak ne...bagus juga untuk perkembangan anak yang nak membesar.
Cara Berkesan Menjaga Anak
Subjek : Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods...
1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam (separuh sedar)
Ketika ini otak kanan sedang bekerja berbanding otak kiri dan beritahu anak dengan sepenuh hati tentang perkara-perkara positif seperti dia budak baik, rajin, kuat semangat dll tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. Jika dia tidur lena, pegang jari atau tangan dia supaya dia kembali berada dalam separuh sedar.

2. Guna kad untuk ajar anak.
Apabila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan dia akan bekerja keras untuk menangkap apa-apa benda yang kite tunjukkan. Contoh kad : 1 2 3 @ a b c @ gambar.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan
So ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. Contohnya lukis gambar rama2, suruh dia tiru gambar tersebut kerana kaedah ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak
Kerana ianya disimpan dalam otak kiri.......kalau mereka dimarahi, cuba ikut cara no 1 tadi dan mintak maaf kat dia.

5. Tingkatkan imaginasi
Cuba bercerita kepada mereka & minta diorang sambung cerita tu, walaupun cerita itu merapu.

6. Main teka-teki
Contohnya letak satu barang dalam kotak tisu dan suruh mereka meneka barang tersebut dengan memberi hint seperti warna @ bunyi bagi mengaktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....sebaiknya permainan seperti ini hanya sesuai dijalankan setengah jam sehari..tak perlu lama-lama.

Untuk makluman semua, Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada menyampai perkara yang sama seperti di atas dan dia berpesan agar tidak menggunakan perkataan jangan kpd anak-anak contohnya....tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..
Info dari
Biro Agama & Kerohanian
Kelab MATRADE
p/s: tak sabar nak pergi majlis house warming & babyshower fie ahad ne....aku akan update nanti k...