nuffnang advert

Thursday, April 1, 2010

Information

Sebenarnya aku dapat info ini dari email office. Saje nak letak supaya senang nak baca bila dah lama-lama nanti. Info yang sangat berguna bagi aku yang dah ada anak ne...bagus juga untuk perkembangan anak yang nak membesar.
Cara Berkesan Menjaga Anak
Subjek : Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods...
1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam (separuh sedar)
Ketika ini otak kanan sedang bekerja berbanding otak kiri dan beritahu anak dengan sepenuh hati tentang perkara-perkara positif seperti dia budak baik, rajin, kuat semangat dll tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. Jika dia tidur lena, pegang jari atau tangan dia supaya dia kembali berada dalam separuh sedar.

2. Guna kad untuk ajar anak.
Apabila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan dia akan bekerja keras untuk menangkap apa-apa benda yang kite tunjukkan. Contoh kad : 1 2 3 @ a b c @ gambar.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan
So ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. Contohnya lukis gambar rama2, suruh dia tiru gambar tersebut kerana kaedah ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak
Kerana ianya disimpan dalam otak kiri.......kalau mereka dimarahi, cuba ikut cara no 1 tadi dan mintak maaf kat dia.

5. Tingkatkan imaginasi
Cuba bercerita kepada mereka & minta diorang sambung cerita tu, walaupun cerita itu merapu.

6. Main teka-teki
Contohnya letak satu barang dalam kotak tisu dan suruh mereka meneka barang tersebut dengan memberi hint seperti warna @ bunyi bagi mengaktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....sebaiknya permainan seperti ini hanya sesuai dijalankan setengah jam sehari..tak perlu lama-lama.

Untuk makluman semua, Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada menyampai perkara yang sama seperti di atas dan dia berpesan agar tidak menggunakan perkataan jangan kpd anak-anak contohnya....tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..
Info dari
Biro Agama & Kerohanian
Kelab MATRADE
p/s: tak sabar nak pergi majlis house warming & babyshower fie ahad ne....aku akan update nanti k...

No comments: