nuffnang advert

Sunday, September 26, 2010

Raya Versi Kami...


Salam...Memang agak sibuk pada raya kali ini....ummm tengok blog la sampai tak berupdate-update lagi..Tengok kawan-kawan punyer blog semuanya cergas cerita pasal raya...

Allhamdulillah...raya kali ini adalah sangat menerujakan, maklumla tahun lepas tak dapat beraya sakan sebab waktu tu aku dalam pantang. Tahun ne kami pulun beraya...hahahhaha

Raya Pertama kami di Batu Caves Gombak di rumah mertua...Selesai menyiapkan Batrisya giliran aku dan Mr.Bob pula bersiap...Selepas Mr.Bob pulang sembahyang raya kami ke rumah nenek Mr. Bob di Jalan Ipoh. Kami turut beraya di rumah sedara mara sekeliling...memang aktiviti hari tu makan je memanjang....Selepas sembahyang jumaat kami berangkat ke Melaka iaitu kampung halaman nenek aku...Mama dan adik-adik dah balik sehari sebelum raya lagi...


Raya Kedua kami agak sedih sedikit sebab nenak sedara aku telah kembali ke Rahmatullah...Kami ke Seremban untuk menziarah. Waktu malam kami beraya di rumah nenek-nenek sedara...
Raya Ketiga kami pergi kenduri doa selamat di rumah sedara dan beraya di rumah mertua Pak Lee. Selepas itu kami dari Melaka terus ke Batu Pahat iaitu Kg. Mr.Bob. Kebetulan nenek saudara Mr.Bob sakit pada bulan puasa, kami mengambil keputusan menziarah beliau dan bermalam 2 malam di sana.

Raya Keempat kami beraya di rumah saudara mara Mr.Bob di Sri Medan dan Tongkang Pecah

Raya Kelima kami beraya di Segamat dan terus balik ke Kajang..


kami...;P




kami semua...
Selesai seminggu lebih bercuti, bermula balik rutin harian kami iaitu pergi bekerja...Tapikan bila dah start keje tu mood raya masih ade lagi sebab kawan-kawan ade yang bawak kuih raya dan yang bestnya Open House setiap-setiap bahagian. Weekend pulak kami akan ke memenuhi undangan Open House saudara mara dan kawan-kawan...

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI
Lyn, Mr.Bob dan Batrisya

Di kesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada anda semua...
Minta Maaf jika tersalah silap, terkasar bahasa yang tak di sengajakan...
Berhati-hati bila memandu balik ke kampung halaman...
Semoga kita dapat mengeratkan Silatulrahim antara kita semua...
Salam....

Thursday, September 2, 2010

Batrisya First Birthday



saya sudah setahun lah!!

Salam,


Allahmdulillah semalam genap Batrisya setahun. Ha...Batrisya bukan Baby lagi...eerrmm sebenarnya terharu ok sebab masa, hari, bulan sangat-sangat pantas berlalu...rasanya baru semalam melahirkan Batrisya.

Kebetulan pulak semalam kami berbuka di PWTC, jadi kami celebrate sekali Birthday dia. Semalam lepas balik terus kami ke kedai kek. Puas cari kek yang ada gambar cartoon, ingatkan nak la cari kek gambar Barbee ke, Tweety ke... tapi tak ade pulak...jadi kami pilih kek yang comel ini tapi nampak macam boy pulak sebab ade patung Atomen dan kereta mainan...Tak pe la kan janji ade...


To Batrisya : Happy Birthday Sayang...Mama dan Babah doakan Batrisya sihat-sihat selalu, jadi anak yang solehah, rajin-rajin belajar...semoga keluarga kita di rahmati, di murahkan rezeki...AMIN