nuffnang advert

Sunday, September 26, 2010

Raya Versi Kami...


Salam...Memang agak sibuk pada raya kali ini....ummm tengok blog la sampai tak berupdate-update lagi..Tengok kawan-kawan punyer blog semuanya cergas cerita pasal raya...

Allhamdulillah...raya kali ini adalah sangat menerujakan, maklumla tahun lepas tak dapat beraya sakan sebab waktu tu aku dalam pantang. Tahun ne kami pulun beraya...hahahhaha

Raya Pertama kami di Batu Caves Gombak di rumah mertua...Selesai menyiapkan Batrisya giliran aku dan Mr.Bob pula bersiap...Selepas Mr.Bob pulang sembahyang raya kami ke rumah nenek Mr. Bob di Jalan Ipoh. Kami turut beraya di rumah sedara mara sekeliling...memang aktiviti hari tu makan je memanjang....Selepas sembahyang jumaat kami berangkat ke Melaka iaitu kampung halaman nenek aku...Mama dan adik-adik dah balik sehari sebelum raya lagi...


Raya Kedua kami agak sedih sedikit sebab nenak sedara aku telah kembali ke Rahmatullah...Kami ke Seremban untuk menziarah. Waktu malam kami beraya di rumah nenek-nenek sedara...
Raya Ketiga kami pergi kenduri doa selamat di rumah sedara dan beraya di rumah mertua Pak Lee. Selepas itu kami dari Melaka terus ke Batu Pahat iaitu Kg. Mr.Bob. Kebetulan nenek saudara Mr.Bob sakit pada bulan puasa, kami mengambil keputusan menziarah beliau dan bermalam 2 malam di sana.

Raya Keempat kami beraya di rumah saudara mara Mr.Bob di Sri Medan dan Tongkang Pecah

Raya Kelima kami beraya di Segamat dan terus balik ke Kajang..


kami...;P




kami semua...
Selesai seminggu lebih bercuti, bermula balik rutin harian kami iaitu pergi bekerja...Tapikan bila dah start keje tu mood raya masih ade lagi sebab kawan-kawan ade yang bawak kuih raya dan yang bestnya Open House setiap-setiap bahagian. Weekend pulak kami akan ke memenuhi undangan Open House saudara mara dan kawan-kawan...

1 comment:

Jehan Najib said...

Selamat ari raya Lyn! Maaf zahir batin....

Mesti ko banyak amik gamba dgn simontel ko kan... jom join contest bersama si kecil. aku dh tag ko kat page aku...