nuffnang advert

Thursday, February 17, 2011

Thanks...


Bila diri ini di uji ada jugak kawan yang baik hati nak tolong tukarkan Template Design kat blog aku. Thanks to my BFF E a.k.a Wardah(ibu kepada Kakal)

Pada mulanya Tamplete Design yang lama tu dah tak boleh pakai, asyik keluar Photobucket je...jadinya mintak la tolong dengan BFF E aku ne...kalau aku yang buat mahu nyer tak menjadi langsung.

Jadi terima la...

Thanks...

Wednesday, February 16, 2011

...

Assalamulaikum...

Macam-macam terjadi lately ne... betullah kata pepatah hidup kita bagaikan roda, sekejap di atas, sekejap di bawah. Kehidupan kita tak semestinya gembira/senang sentiasa, adakalanya ada duka dan susah...

Aku terima ini semua atas ujian Yang Maha Esa. Aku bersyukur kerna Dia telah mengingatkan aku dengan memberi ujian ini supaya aku tidak jauh terleka.

Jangan sesekali kita tidak bersyukur dengan apa yang kita miliki, baik atau tak baik, susah atau senang, lambat atau cepat. Itu peringatan buat aku!

Sesungguhnya sekarang aku tengah di uji. Aku perlu bermuhasabah diri...hanya Engkau tempat aku mengadu...Aku perlu kuat!

Monday, February 14, 2011

Afiq & Iman Wedding

Nak cite sikit.... entry sebelum ne aku ade cakap aku sibuk sebab sepupu aku kawin kan..bukan sibuk ape pon..sibuk kesana kemari je...dari umah mak aku ke umah pakcik aku di Cheras...hahahahah

Afiq & Iman selamat di ijabkabul pada hari Jumaat di Masjid Negara, malamnya pula ade kenduri Doa Selamat. Dan Majlisnya pada hari Sabtu di Dewan Komuniti Cheras(tak ingat la nama dewan ne).

time ne pengantin baru sampai

ain, aku, nadia, fatin..pengantin belum sampai waktu ne

kawan-kawan yang datang...thanks u ollss


sama tak kami?


separuh dari sepupu-sepapat, mak-mak sedara....yg lain sibuk lagi mengemas
(dlm byk-byk gambar...ne je satu ade gambar mama aku...sibuk kemain)

last from us....

Pada Afiq & Iman kak lin nak ucapkan Selamat Pengantin Baru, selamat menempuhi alam rumah tangga, kak lin doakan moga kekal hingga ke akhir hayat...Amin

Monday, February 7, 2011

Resepi Puding Roti Not Copy Paste...

Salam kawan-kawan...

Haa naik lemau tau bila masuk keje setelah seminggu bercuti ne...Cuti kali ne tak lah kemana-mana, cuba 2 minggu ne sibuk sikit sebab sepupu wedding this week...

Dalam sibuk-sibuk tu sempat jugak la menunjukkan bakat yang terpendam bila dapat buat puding roti hari tu...Gigih tau aku buat...simple je sebenarnya resepi ne....sesuai makan time minum petang....(tak kisah boleh makan bila-bila sebenarnya...). Mari kita saksikan.heheheheh....

Bahan-bahan

Roti
1 Kotak BesarFresh Milk/ 2 tin susu cair
2 Biji Telur
Kismis
Margerin
Asen Vanila
Gula


Cara-caranya:

1. Sapu margerin terlebih dahulu di seluruh loyang supaya roti tak melekat nanti...
2. Sapukan margerin ke dua-dua bahagian roti dan susun hingga menjadi satu lapisan seperti gambar di atas....


3. Taburkan gula dan kismis
4. Kemudian buat lapisan kedua dan taburkan gula dan kismis lagi


5. Campurkan Fresh Milk/susu cair, 2 biji telur, 1 sudu kecil asen vanila dan 2 sudu besar gula(ikut suka, kalau nak manis boleh lebihkan). Campurkan kesemuanya dan pukul hingga kembang.
6.Tuang bancuhan tadi di atas roti yang telah di susun di dalam loyang.

7. Pastikan roti direndam dengan bancuhan susu dan tekan-tekan sikit supaya roti dan susu sebati dan meresap sekali. Biarkan seketika dalam 10 minit.

8. Bakar selama 45minit


Sos Puding Roti

setengah tin susu cair/fresh milk (ikut banyak mana sos yang anda nak)
2 sudu mentega
2 sudu gula pasir
1 sudu kecil asen vanila
setengah sudu tepung jagung




Satukan kesemua bahan ke dalam periuk dan panaskan dengan api pelahan sambil kacau sacara berterusan sehingga mendidih anggaran 3 - 4 minit. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit sebelum disajikan bersama puding roti.

itu la resepinya....tapi kan tak dapat la nak tunjuk gambar puding ne bila dah masak sebab bateri camera dah habis...kalau ade masa cuba lah ye...
hehehhe selamat mencuba ye kawan-kawan...