nuffnang advert

Monday, February 7, 2011

Resepi Puding Roti Not Copy Paste...

Salam kawan-kawan...

Haa naik lemau tau bila masuk keje setelah seminggu bercuti ne...Cuti kali ne tak lah kemana-mana, cuba 2 minggu ne sibuk sikit sebab sepupu wedding this week...

Dalam sibuk-sibuk tu sempat jugak la menunjukkan bakat yang terpendam bila dapat buat puding roti hari tu...Gigih tau aku buat...simple je sebenarnya resepi ne....sesuai makan time minum petang....(tak kisah boleh makan bila-bila sebenarnya...). Mari kita saksikan.heheheheh....

Bahan-bahan

Roti
1 Kotak BesarFresh Milk/ 2 tin susu cair
2 Biji Telur
Kismis
Margerin
Asen Vanila
Gula


Cara-caranya:

1. Sapu margerin terlebih dahulu di seluruh loyang supaya roti tak melekat nanti...
2. Sapukan margerin ke dua-dua bahagian roti dan susun hingga menjadi satu lapisan seperti gambar di atas....


3. Taburkan gula dan kismis
4. Kemudian buat lapisan kedua dan taburkan gula dan kismis lagi


5. Campurkan Fresh Milk/susu cair, 2 biji telur, 1 sudu kecil asen vanila dan 2 sudu besar gula(ikut suka, kalau nak manis boleh lebihkan). Campurkan kesemuanya dan pukul hingga kembang.
6.Tuang bancuhan tadi di atas roti yang telah di susun di dalam loyang.

7. Pastikan roti direndam dengan bancuhan susu dan tekan-tekan sikit supaya roti dan susu sebati dan meresap sekali. Biarkan seketika dalam 10 minit.

8. Bakar selama 45minit


Sos Puding Roti

setengah tin susu cair/fresh milk (ikut banyak mana sos yang anda nak)
2 sudu mentega
2 sudu gula pasir
1 sudu kecil asen vanila
setengah sudu tepung jagung




Satukan kesemua bahan ke dalam periuk dan panaskan dengan api pelahan sambil kacau sacara berterusan sehingga mendidih anggaran 3 - 4 minit. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit sebelum disajikan bersama puding roti.

itu la resepinya....tapi kan tak dapat la nak tunjuk gambar puding ne bila dah masak sebab bateri camera dah habis...kalau ade masa cuba lah ye...
hehehhe selamat mencuba ye kawan-kawan...

2 comments:

wardah said...

tajuk tu penting ye lynda. :p

Elle said...

wah!sedap ni...harus coba!