nuffnang advert

Thursday, September 22, 2011

Open House 2011

Assalam semua,

Lama benar tak update....biasa la, kemalasan yang melanda tapi aku gagahkan jua...Tapi kan bila tengok blog-blog kawan yang lain...tetiba timbul rasa teringin nak jadi rajin update hari-hari...eerrmm aku cuba jadi rajin(insyaallah).

Meh aku cerita sikit open house yang sempat aku attend tahun ne.
Mula-mula ke rumah boss aku. Sampai jugak kami sekeluarga ke rumah boss....


Selepas ke rumah boss, sempat pegi rumah kawan-kawan Mr.Bob tapi tak ade gambar sebab waktu tu hujan lebat.

Esoknya pula ke KFC Kota Damansara. Dapat jemputan Birthday party anak Mariam.

  Batrisya with Eryn Birthday Girl

  Kakal n Aaron pon ade...


Tq Mariam jemput kami...

Lepas tu sesi jamuan-jamuan di office pulak. 

Jamuan Raya MITI & Agensi




 Yang ne pulak jamuan raya Bahagian Khidmat Pengurusan...


Semalam kami ke  Open House BGPP


 tuan rumah ne....


Tq kepada semua yang sudi menjemput. Memang meriah la tahun ne. Makanan memang super duper
sedap. Perut aku pon dah nampak sangat ke depan nyer..banyak sangat aku makan ne...

Thursday, September 8, 2011

Raya 2011

 Assalam semua...apa khabar..Macam mana dengan raya anda semua. Aku Allamdulillah, lagi seronok sebab Batrisya dah pandai nak beraya..selalu mintak 'nak pakai baju raya', ala comelnya anak mama.

Seperti tahun lepas kami beraya di rumah mertua dahulu, sebelum tu dapat la berbuka puasa dengan keluarga di Kajang sebelum mama dan adik-adik yang lain balik ke Melaka. Lepas dah puas beraya di rumah MIL petang tu kami terus balik Melaka, nak beraya dengan sanak saudara my side pulak.



Tahun ne berani la sikit bagi Batrisya main bunga api. Tapi tak boleh la main banyak sangat sebab takut asap tu buat Batrisya batuk.


 Raya ke-3 sempat celebrate birthday Batrisya kat kampung. Tengok tu, semangat sangat tiup lilin. Happy Birthday Batrisya. Mama n Babah sayang Batrisya sangat, Batrisya pengubat hati lara kami. Dah petah sangat bercakap...kami layankan saja(macam nak nangis).



 Masa ni beraya di Beranang sebelah Arwah ayah. Dah lama tak lawat nenek-nenek saudara di sana.

Tahun ini beraya sangat best, sangat penat hahahahha...Allhamdulillah kami semua seronok dapat berkumpul bersama.