nuffnang advert

Thursday, August 16, 2012

Ujian buat kami

Salam 27 Ramadhan...

Ini kisah mood saya pada minggu lepas Mr.Bob warded di Hospital Sungai Buloh sebab dalam seminggu 3kali dia sakit perut. Bila sakit perut tu terus dia ke kecemasan. Tapi baru-baru ne dia kene tahan wad sebab doktor pakar nak pantau dan buat endoscopic. Doktor pakar bagitahu yang saluran ke perut(esophagus) Mr.Bob ade masalah. Sekarang ini Mr.Bob di bekalkan ubat sampai lepas raya.  Lepas tu dia akan jumpa balik Doktor pakar untuk buat rawatan susulan atau operate terusss...uwaaaaa...

Dalam masa yang sama anak-anak tak baik lagi dari batuk selsema. Kesian sangat-sangat kat diorang. Saya tahu sekarang saya tengah diuji. Tapi saya kene kuat, mungkin itu dugaan kami sekeluarga sebelum raya ni.

Ketika ini Mr.Bob tak sedar. Anak-anak pulak tak boleh masuk tengok babah dia. Tq kak Ina tolong jagakan anak-anak

Harap-harap semuanya ok...Zandra n Batrisya masih ade batuk selsema sikit...Mr.Bob pon ok dah sikit(tapi macam lemah sikit la). Ujian ini saya terima dan saya bermuhasabahkan diri supaya tidak lalai dan lupakan yang Maha Esa. Saya kene ingatkan diri bahawa ade orang lagi susah dari saya.

p/s: Terima kasih pada kawan-kawan yang tak putus-putus bertanyakan khabar dan membantu Tuan punyer blogs ketika Mr.Bob warded tempoh hari. Tuan punyer blog tak sempat nak balas pon sms dan komen-komen dalam facebook anda sebab Tuan punyer blog dalam keadaan tak boleh berfikir dan kelam-kabut ketika itu...

4 comments:

Anum said...

anum doakan semuanya akan selamat yer sis
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

izyan al-za'im said...

semoga bob cpt sembuh....

Sue-Rya Qistina said...

semoga abg bob cpt sembuh ye kak. sabar ye. semua ini ada hikmahnya. get well soon to both of ur kids. take care :D

wardah @ fie shah said...

Semoga bobby cepat sembuh..