nuffnang advert

Tuesday, December 4, 2012

Batrisya & Zandra Warded

Assalam...

Lepas balik dari Bagan Lalang, sampai rumah mama kat kajang lebih kurang petang la. Bila malam anak-anak dah start demam...tapi kakak la yang mula-mula terus demam panas, adik pulak start dedar-dedar je. Kakak dan adik saya start bagi makan ubat demam malam tu.

Keadaan adik dan kakak sama je demam panas tak turun-turun pon suhu. Kami siap berulang alik ke klinik dan hospital. Ubat bontot pon jenuh la masuk, tapi sejuknyer sekejap je. Bila dah demam dua beradik ne mula la batuk dan selsema. Kakak jangan cakap, bila keadaan cuaca sekarang asyik hujan dia mula batuk teruk dan mula athma atack pon muncul. Adik pulak batuk teruk sampaikan nafas pon laju. Kesian sangat tengok budak-budak ne.

Ada sekali tu Mr. Bob dengan kakak pegi ke hospital amek neb pukul 1pagi sebab kakak dah batuk teruk sangat. Last kami buat keputusan yang kami kene bawak anak-anak ke HKL, itu kiranya last choose la...lagipon kakak dah memang ade rekod di sana. Doktor cek kakak dan adik siap amek darah...adik siap  kene mandi lagi sebab terlalu panas. Jadinya kedua beradik ne warded, tapi hati saya rasa tak seronok sebab anak-anak sure kene cucuk kene masuk air dan antibiotik...jeritan dan tangisan tu la yang melemahkan saya, tapi untuk kebaikan anak-anak jugak...takkan la nak biarkan masing-masing dah lembikkan(tapi dah lembik dah pon)...



 Hampir seminggu jugak di Pediatrik HKL. kakak start nebulizer setiap 6 jam, masuk drip air dalam 2 botol  makan ubat demam dan pakai oksigen. Adik pulak pakai oksigen, makan ubat demam dan dan masuk antibiotik. Allhamdulillah hari kelima kakak dan adik dah boleh off oksigen off line kat tangan tu.

Bila anak-anak dah segar sikit...dah off oksigen n boleh la berjalan-jalan sikit. Tempat kegemaran anak-anak kat hospital ne tentulah playroom. Kat Pediatrik ade 2 ke 3 playroom, boring kat playroom bawah pegi kat atas...macam tu la... Nak melayan kedua-duanya cukup mencabar, nasib Mr.Bob ada gilir-gilir melayan mereka.


Jutaan terima kasih kepada nurse-nurse yang banyak membantu dan jugak Doctor Nazatul dan Doktor Nik dari wad KK2.


4 comments:

Anum said...

alhamdullilah

Green82 said...

dua2 masuk hospital?kesiannya nya. Hebat betul dugaan awak. Semoga Allah melindungi Natrisya & Zandra.

Sue-Rya Qistina said...

semoga anak2 kita dilindungiNya. dan semoga kak lyn dan ibu2 di luar sana sentiasa tabah dlm menghadapi dugaan seperti ini. InsyaAllah :)

NM03 said...

susah hati bila anak2 tak sihat kan lyn. haish.... dah ade anak ni, byk cuti nak kena simpan