nuffnang advert

Monday, June 9, 2008

MINYAK OH MINYAK

Mungkin sekarang ne aku tak terasa sangat bila harga minyak naik sebab pergi dan balik kerja aku naik Komuter. Tapi semalam bila pergi rumah orang kahwin dan lepas tu Bob hantar aku balik rumah, Bob kena isi minyak lagi. Bayangkan minyak memang jauh beza dengan dulu mahal sangat sekarang ne....Ake terfikir pulak macam mana nanti aku dah kahwin dan kalau ade rezeki dapat anak pulak....mungkin berbelanjaan tu lagi banyak...manakan barang-barang anak lagi, perbelanjaan rumah lagi.
Aku rasa nak mula jimat cermat la....(errrmm boleh ke). Tak ada lagi beli barang-barang yang mengarut. Aku akan cuba beli barang-barang keperluan sahaja, cuba limitkan perbelanjaan macam kasut, baju atau sekurang-kurangnya dalam RM100 mengikut keperluan semasa.

No comments: