nuffnang advert

Tuesday, February 11, 2014

Padang 6-8Jan 2014

Asaalam,

Alhamdulillah berkesempatan kami sekeluarga bercuti pada awal tahun hari tu, Batrisya start sekolah je 2 hari kene cuti balik, nasib baru sekolah tadika kalau sekolah betul dah tak boleh ponteng-ponteng dah!!. Kali ini kami ke Padang Indonesia. Booking tiket dari tahun lepas lagi masa AA buat promo...Kali ni vacay banyak mencabar sebab bawak Batrsiya n Zandra.

Flight kami pada pkl 1.30tgh, check-in online  semua dah buat 2 hari sebelum flight, so senang sikit kerja....Vacation kali ne ade melibatkan ahli-ahli keluarga yang lain...ada makcik-makcik sedara dan sepupu-sepapat, selain itu ade jugak adik aku n mama yang turut serta.

Alhamdulillah perjalanan semua selamat walaupon anak-anak macam boring sikit kat kapal terbang tu, Zandra tu mintak nak lepas je...mana la boleh lepas sgt kan sebabnya dengan orang lalu lalang lagi, dengan stewardess nak menjual makanannya lagi..Nasib perjalanan 45minit je.

Airport kat Padang kecik je, dengan kaunter imegresen kat sana hanya ada 3 kaunter je...jenuh kene beratur panjang...kat sana anak-anak pon boring berlari sana sini....

Kat sana kami di jemput oleh Pak Saiful, dah terus terjah pegi lunch. Kami di bawa ke Restoren
Lamun Ombak iaitu sajian makanan minang..Hah memang kene la dengan tekak aku kan...makanan mereka tak jauh beza dengan kita, ade rendang, ikan goreng berlado, masak lemak cili api...semua sedap-sedap belaka. 

kenderaan kami disana







Lepas itu kami teruskan perjalanan ke Bukit Tinggi sebab akan menginap di sana 1 malam...dalam perjalanan kami ade singgah beberapa kedai-kedai yang menjual kain dan telekung sulam. Di Bukit Tinggi memang terkenal dengan kain sulaman dan juga banyak tempat belajar membuat sulaman.

Kedai yang pertama kami singgah ne tak ingat pulak ape nama kedainya...kat sini sempat beli 10 helai telekung sulam...Aku dan Nadia(adik) berkongsi modal nak menjual telekung dan kain pasang bila balik nanti, masing-masing keluarkan modal untuk meniaga. Beli sikit-sikit kat setiap kedai, sebabnya banyak lagi kedai nak menyinggah nanti...



Ok la..nanti kita sambung lagi....


2 comments:

Anum said...

best kan

NM03 said...

lynda hapdet blog??????










nak pitam sebab tekejut berganda². hahahaha