nuffnang advert

Monday, January 18, 2016

Sesi Persekolahan Tahun1 Zahra Batrisya


Assalamualaikum....

Gile la nak cari gambar yang aku dah masukkan siap-siap kat compose, terkial-kial okeh. Adeh..nasib tak hilang semua-semua gambar kat sini.

Nak cerita masa Batrisya ke sekolah hari tu..Memula start hari Orientasi yang mana anak-anak dah di bahagi-bahagi kelas mengikut turutan nama..Nama Batrisya last sekali sebab nama dia start dari Z...


Memula beratur macam gambar kat atas ne...Kelas Batrisya dapat Tag warna oren...dan terus mereke ke kelas untuk buat ujian saringan...Ibu bapa pulak ke Dewan untuk sesi taklimat...


Yang ini pulak hari pertama Batrisya bersekolah..masa ne nak kelas dah....


Di dalam kelas dengan kawan-kawan...dalam kelas ade 2 kawan lama dari pra-sekolah..


Dalam tiga hari pertama memang aku akan stay kat kantin sebab nak tengok dia.. Ini hari pertama dia di kantin dengan kawan-kawan... Dia beli nasik lemak ayam..Tapi nasik lemak tu pedas katanya..Tapi anak aku mana makan pedas pon.. Hari pertama kat kantin tak tau pon ade nasik lemak bungkus, nasik lemak bungkus tak pedas...masa ni risau jugak mana nak pegang pinggan mana lagi nak pengang botol air...itu yang kene perati kan tu...belum lagi kat kaunter punyer terkial-kial nak keluarkan duit nak membayar...harap Batrisya dapat sesuaikan diri dengan keadaan baru ni....Kami pesan beli makanan yang mengenyangkan macam nasik lemak, mee, nasik goreng....


Waktu petang pulak 2.30 pergi sekolah agama...Nasib sekolah agama tak ada rehat...Makanya sebelum ke sekolah agama kene bagi makan cukup-cukup..tapi kalau tak sempat pon boleh beli makanan kat Kantin. Hari tu Batrisya ada cakap dia terlelap sekejap dalam kelas...heheh..habis sekolah agama pkl5.15 petang..


Harap sangat Batrisya dapat sesuaikan diri dengan keadaan baru. Pagi Sekolah Kebangsaan petang pulak Sekolah Agama... Sekarang kene buat sendiri beli makanan sendiri, pergi toilet sendiri....alahai dah besar anak aku...

Sekian,

Tuesday, January 12, 2016

Salam Ketemu...


Assalamualaikum....

Permulaan 2016 yang lain sikit kali ini. Tahun ini juga Zahra Batrisya memulakan sesi sekolah...Very excited sebenarnya bila Batrisya masuk darjah 1...excited pegi beli baju sekolah, beli buku-buku sekolah..kasut, beg dan macam-macam lagi lah....

Naluri ibu pon selalu terringat-ingatkan anak yang baru nak membiasakan diri dengan sesi sekolah sebenar,,,hari keempat persekolahan aku dah start kerja. Harap Batrisya dapat sesuaikan diri bila bersekolah Kebangsaan dan sekolah Agama..Insyaallah

Jadual aku pon sekarang ne pack jugak...yang penting no more tangguh-tangguh kerja lagi....sebabnya kami akan keluar setiap pagi sebelum pukul 6.30..kalau lambat alamatnya lambatla Batrisya ke sekolah...Kene pastikan semua barang-barang yang nak di bawa kene prepare malam tu jugak...kalau tak kelam-kabutla pagi-pagi....


***

Memang lamaaaa sangat dah tinggalkan blog ne bersawang...tetiba ada kerajinan nak update..tak nak lah cakap azam tahun 2016 nak rajin update blog sbb aku tahu itu cuma cakap-cakap sekarang....esok lusa mana tau tenggelam balik blog aku ne...

Aku tetap pembaca dan silent reader blog-blog yang lain...tapi untuk nak update blog sendiri tu alahaiiii bercinta nyerr...dan tahniah jugak kawan-kawan yang lain yang sampai sekarang masih rajin berblog...anda la pencetus semangat aku untuk kembali berblog...ceh ceh ceh ayatttt

Sehingga ketemu lagi...

Insyaallah

Bye...

Friday, March 7, 2014

Malaysia vs Philippines

Assalam....

Tah kenapa hari tu macam bersemangat kami anak beranak nak tengok bola. Kebetulan ada friendly Malaysia vs Philippines....Semangat kami anak beranak sampai kat area Stadium Selayang tu terus beli Jersi kat sana....Ini adalah pengalaman pertama aku tengok bola kat stadium...sebenarnya aku teruja nak tengok gelagat-gelagat orang....game dan player tak la sangat...hahahah. Anak-anak pon teruja siap sorak Malaysia!!!...Malaysia!!!..hahahah

Sebelum perlawanan dah start hujan...tu yang carik tempat duduk kat belah atas yang berbumbung...


Team Malaysia( Harimau Malaya) tengah warming up....



nyanyian lagu kebangsaan 

ha tu Ultras Malaya tengah berarak nak masuk stadium....kat luar pon dah start bakar Suar...

Masa game dah start aku rasa pelik kenapa Ultras Malaya tak de sorak-sorak...senyap je, rupa-rupanya mereka memang dah rancang buat macam tu selama 30 minit tanda protes kat FAM....

Bila dah lepas 30minit masa perlawanan Ultras Malaya start...




Waktu ne mak mertua call Mr.Bob sampai 5 kali bertanyakan pasal anak-anak...takut terjadi apa-apa..
Nasib kami duduk jauh dari Ultras Malaya ne...kalau tak anak-anak sure lemas dengan asap-asap tu...dah la budak-budak tu athma...


Mata telinga tertumpu je kat Ultras Melaya ne....sampai kan games pon tak berapa aku tengok...Untuk Ultras Malaya good luck pada anda semua yang betul-betul berjuang demi Bola Sepak Negara...

Mungkin di kesempatan lain kami akan menyaksikan bola lagi....Tapi  mungkin tak bawak anak-anak kot...



sekian...end...

Tuesday, February 25, 2014

Padang 6-8 Jan Part 2

Assalamualaikum,

Ok sambung balik entry vacay ke Padang tempoh hari, sebelum entry ni terkubur begitu sahaja....lebih baik cepat-cepat buat...

Selepas ke kedai pertama untuk membeli belah, kedai kedua ne aku ingat nama kedai tu sebab pagi tadi terjumpa beg plastik kedai tersebut...hahahahah...kami ke kedai kedua iaitu Kedai Putri Minang..ha kat sini pon beli telekung untuk di jual juga nanti...ade selit-selit jugak untuk telekung sendiri dan belikan MIL jubah sulam...



Lepas itu kami ke Kedai Satu Karya. Kedai ni terletak kat Pandai Sikek(teringat lagu Kak Nita) . Kedai Satu Karya ne lebih tertumpu dengan hasil tenunan, sulam-sulaman pon ada jugak di jual disini tapi tak banyak macam kat kedai Putri Minag. Berkenan jugak Mr.Bob kat satu baju kat kedai ne...dapat beli tudung sulam lagi....



Tengah tengok tuan kedai buat tenunan...


kat belakang kedai kalau waktu siang sangat cantek tau pemandangannya...tapi masa kami sampai ne dah malam...memang tak nampak ape...itu pon aku tau bila aku baca forum cari.

lepas tu kami pergi makan malam sebelum balik ke hotel, tempat makan tak ingat la hai nama nyer..

pekene teh botol 

Kami menginap satu malam je dekat Hotel Campago. Tak dapat nak explore hotel sangat sebab check in pon dah malam. Tapi hotel boleh tahan la best dan selesa....boleh check website Hotel Campago kat sini ye....



gambar berlatarbelakang Hotel Campago..yang kat atas tu ade atap bumbung minang yang kebanyakan ada di setiap bangunan di Padang ini...

bersambung..

Tuesday, February 11, 2014

Padang 6-8Jan 2014

Asaalam,

Alhamdulillah berkesempatan kami sekeluarga bercuti pada awal tahun hari tu, Batrisya start sekolah je 2 hari kene cuti balik, nasib baru sekolah tadika kalau sekolah betul dah tak boleh ponteng-ponteng dah!!. Kali ini kami ke Padang Indonesia. Booking tiket dari tahun lepas lagi masa AA buat promo...Kali ni vacay banyak mencabar sebab bawak Batrsiya n Zandra.

Flight kami pada pkl 1.30tgh, check-in online  semua dah buat 2 hari sebelum flight, so senang sikit kerja....Vacation kali ne ade melibatkan ahli-ahli keluarga yang lain...ada makcik-makcik sedara dan sepupu-sepapat, selain itu ade jugak adik aku n mama yang turut serta.

Alhamdulillah perjalanan semua selamat walaupon anak-anak macam boring sikit kat kapal terbang tu, Zandra tu mintak nak lepas je...mana la boleh lepas sgt kan sebabnya dengan orang lalu lalang lagi, dengan stewardess nak menjual makanannya lagi..Nasib perjalanan 45minit je.

Airport kat Padang kecik je, dengan kaunter imegresen kat sana hanya ada 3 kaunter je...jenuh kene beratur panjang...kat sana anak-anak pon boring berlari sana sini....

Kat sana kami di jemput oleh Pak Saiful, dah terus terjah pegi lunch. Kami di bawa ke Restoren
Lamun Ombak iaitu sajian makanan minang..Hah memang kene la dengan tekak aku kan...makanan mereka tak jauh beza dengan kita, ade rendang, ikan goreng berlado, masak lemak cili api...semua sedap-sedap belaka. 

kenderaan kami disana







Lepas itu kami teruskan perjalanan ke Bukit Tinggi sebab akan menginap di sana 1 malam...dalam perjalanan kami ade singgah beberapa kedai-kedai yang menjual kain dan telekung sulam. Di Bukit Tinggi memang terkenal dengan kain sulaman dan juga banyak tempat belajar membuat sulaman.

Kedai yang pertama kami singgah ne tak ingat pulak ape nama kedainya...kat sini sempat beli 10 helai telekung sulam...Aku dan Nadia(adik) berkongsi modal nak menjual telekung dan kain pasang bila balik nanti, masing-masing keluarkan modal untuk meniaga. Beli sikit-sikit kat setiap kedai, sebabnya banyak lagi kedai nak menyinggah nanti...



Ok la..nanti kita sambung lagi....


Thursday, February 6, 2014

Zandra Adelia 2 years old!!!!

Hari ini genap umur Zandra yang ke 2 tahun. Bila di ingatkan kembali saat mengandungkan adik memang doktor dah nasihatkan aku supaya banyakkan berehat sebab waktu itu kandungan aku bermasalah iaitu Plasenta Previa type-4, doktor kata bila-bila masa je saya boleh bleeding, samaada bleeding yang banyak atau sikit. Tapi aku tak la berehat sangat pon, malas nak manjakan badan waktu mengandung...dah la aku ne kembang semacam bila time pregnent...badan beganda-ganda naik...

Waktu aku pregnent 33minggu, aku mengalami bleeding yang sangat teruk, mencurah-curah macam air paip tu...aku n Mr. Bob cuak gile dan terus bergegas ke Hospital. Bila doktor cek dan tengok buku checkup aku doktor kata aku kene warded dan kene Bedrest sahaja di hospital sampai kandungan 38minggu...Genap 38 minggu kene terus Ceazer...

Dalam tiga hari menghuni di Hospital, aku bleeding lagi sekali. Bleeding yang sangat banyak..terus panggil nurse dan doktor...waktu tu jugak bila doktor tengok pergerakan baby dan keadaan aku yang banyak kehilangan darah terus doktor ambil keputusan untuk buat emergency ceazer...perasaan aku waktu tu hanya Allah je yang tau...

Allhamdulillah adik selamat dengan berat 2.05kg dan lahir pada 6 Feb 2012..sangat kecik....aku dapat tengok sekejap je bila nurse bawak kat aku ketika tu...lepas tu adik di bawa ke NICU. Aku pulak bila dah selesai Ceazer aku di bawa balik ke wad....Dalam 2 hari aku tak dapat nak jenguk adik kat NICU sebab tak larat lagi nak bangun dan bergerak sendiri... Mr.Bob yang selalu jenguk adik di NICU.

Adik duduk di NICU lebih kurang seminggu...lepas aku discharge, aku pegi pulak teman adik di NICU...berkampung aku kat NICU tu pulak...

Jaga adik bila pantang senang sangat...2jam sekali bangun nak susu...adik dapat fully breastfeed bila pantang...itu yang sekarang ne adik masih melekat lagi dengan aku...heheheheh

Bila membesarkan adik memang banyak dugaan, ye la adik ne kan Premature baby...doktor nasihatkan pada kami adik ne kene extra care...baby premature senang kene jangkitan...tak boleh sangat terdedah dengan orang ramai...Sampai sekarang pon adik bila dapat batuk selsema memang lambat nak sembuh...pekembangan yang lain pulak dia lambat sikit nak berjalan...

 Untuk adik Zandra, bila dah besar nanti mama harap adik dapat baca ape yang mama tulis di blog ni...kasih sayang mama buat adik tak ade penghujungnya...Kehadiran adik adalah hikmah yang terbaik yang  telah Allah aturkan buat kami. Harapan mama adik berjaya dalam ape jua yang adik ceburi...Mama doakan adik sihat, menjadi anak yang solehah....Selamat Ulangtahun ke-2 Zandra Adelia!!!

Friday, January 10, 2014

Kenangan 2013


Assalam...Belum terlambat rasanya nak ucap Selamat Tahun Baru hahahah(ayat nak sedapkan hati)

Nampaknya memang suram la blog ne dengan cerita-cerita suam-suam kuku dari aku, tapi tak pe la asalkan  jangan terus terkubur blog aku ne(ayat nak sedapkan kan hati lagi).

Tahun 2013 memang agak mencabar la bagi aku....banyak ujian-ujian yang membuat aku sedar dan banyak mematangkan diri...dari keluarga, kewangan, kerja, kesihatan semuanya aku aku telannnn...

Keluarga
Tipu la kalau kata tak pernah kita atau pasangan bermasam muka atau perselisihan faham kan....
tapi bagi aku dan Mr.Bob kalau kami tak sependapat atau ade masalah yang lain kami lebih selesa berdiam diri. Bila masing-masing dah rasa cool baru la kami berbincang dan selesaikan masalah tu...

Kewangan
Tahun 2013 memang banyak sangat masalah dari segi kewangan, macam-macam bil la sampai, dari cukai pintu...maintanance rumah... memang tahun 2013 sakit sikit la dalam bab kewangan...dan pasal kewangan jugak la kami register Batrisya di salah satu tadika mengikut bajet dan kemampuan kami....Allhamdulillah...

Kerja
Tahun 2013 memang catat rekod cuti rehat habis...bulan Oct cuti dah zero..Kebanyakan cuti tahun habis kat Batrisya dan Zandra yang keluar masuk hospital....sedikit sebanyak memang terjejas kerja...banyak ambil EL

Kesihatan
Tahun 2013 ne Allhamdulillah kesihatan aku n Mr.Bob ok, setakat demam ..batuk tu ...kami masih boleh bertahan lagi....tapi kesihantan anak-anak tu teruk sikit, Batrisya dan Zandra dalam 3 ke 4 kali masuk hospital...

Kalau nak cakap azam tu rasanya sama je macam tahun-tahun lepas, tapi untuk tahun 2014 ne doa dan harapan tu nak ubah dari kesederhanaan berbelanja nak luangkan masa kualiti time untuk anak-anak dan suami...tak nak boros dan banyak simpan duit...tapi nak vacation hahahhaha....

Ok la...kalau ade masa boleh story morry lagi...

Friday, November 15, 2013

Motivasi Diri


Assalam,

Gambar di bawah  sekadar motivasi diri ini....kagum dengan keluarga yang serba kekurangan tapi berjaya mendidik anak, Tahniah adik Amir Zuhaidi....


Kalau tengok kat Fb, ade pulak gambar budak perempuan dapat hadiah Mini Cooper dari Ayahnya kerana berjaya peroleh 5A......

Bye.







Friday, October 18, 2013

Soto Nasi


Assalam...

Nak cerita sikit pasal makanan kegemaran...ha tu dia soto yang sebulan sekali wajib pekena....selain soto yang sangat sedap pernah saya rasa kat pekan Parit Sulong Batu Pahat. Yang ini En.Bob beli kat area rumah Mak Jah(babysitter anak-anak), kiranya soto kat kedai ne betul-betul memenuhi citarasa saya sebab dengan  isi ayam yang banyak dan kuahnya tak la cair/atau tawar...taruk cili lebih sikit lagi la best sebabnya saya ne kan memang kuat pedas


breakfast saya pagi tadi....


Ok la itu sahaja dari saya...

Happy Weekend uolsss

Assalam

Wednesday, October 9, 2013

Saya Kembali...

Assalam....

Ye saya tahu yang blog kesayangan macam hampir-hampir terkubur. Nak kata sibuk sangat tak la jugak kan....tapi tah la..Tapi saya masih aktiv lagi menjadi silent reader, di sebab menjadi silent reader jugak la saya kembali mengupdate blog ne....tq.... Selain tu masih lagi aktiv berfb dan berIG juge...

Tentang Batrisya dan Zandra...Allhamdulillah, mereka sihat....Hari tu kami pergi daftar Tadika Batrisya...Allhamdulillah rasanya dia boleh terima kot nanti dia kene pergi school, sekarang saya selalu cerita kat dia nanti kakak kene pergi school, boleh belajar, boleh nyanyi, boleh color-color...konon nak bagi dia teruja sikit..

Ok U ollsss sampai di sini sahaja kali ini...Insyaallah saya akan update nanti...

p/s : mood tuan blog lebih ke arah nak ber holiday la...tapi apakan daya cuti dah tak de...Tunggu tahun depan la...

Tuesday, May 14, 2013

Entry Bergambar

Assalam....
Lama tak bersiaran, tak tau kenapa malas betul nak buat entry. Ne cuma entry bergambar je la ye...



 masa majlis perpisahan Hafizah Sabri

 pavlova potong kaki namanya....manis gile...







 Family Day DIVA's at PD

sekian.....

Thursday, February 7, 2013

Happy Birthday Zandra Adelia!



Assalam,

Semalam genap umur Zandra Adelia setahun. Allhamdulillah atas segala rahmatNYA.
 



Happy Birthday Adikkk!!!

 Semoga menjadi anak yang Solehah.....
Semoga adik dikurniakan kesihantan yang baik
  We Luv U Adikkk....




Tuesday, February 5, 2013

Ipoh & Taiping

 Assalam,

Apa khabar semua lama betul tak update, ape nak jadi pon tak tau la....makin lama makin malas nak berupdate.

Cuti sempena MaulidurRasul dan Thaipusam kami planning bawak anak-anak berjalan. Kesian sangat tak bawak kemana-mana pon, asyik duk rumah je. Pada mulanya nak pegi masa cuit Krismas tahun lepas, tapi cuti tak cukup pulak...terpaksa la tunggu cuti baru....

Kami menginap di Hotel DWJ di tengah-tengah pekan Ipoh, senang nak cari makan....lepas tu gerbang malam pon dekat je dari hotel kami(thanks to MakNam yang recommed kan hotel ni).

Hari pertama jalan-jalan sekitar Bandar Ipoh, siap pegi Jusco konon nak cari swimming suit kakak, tapi tak kenan la harga pon makk aiiii mahal.

Hari kedua destinasi utama iaitu Lost World. Seronok tengok anak-anak seronok main air. Kakak walaupon dah selalu pegi pool tapi tetap jugak takut....adik pulak cool je sebab ini kira frist experience dia. Slide-slide untuk orang dewasa sempat la saya n Mr.Bob naik hehhehehe...

Malam kami makan di  TKK(medan selera taman kanak-kanak)...not bad la makanan di sana...ABC n Ais Lai Chi Kang dia sedap sangat. Ingat lepas makan nak la pegi jalan-jalan di gerbang malam, dekat je gerbang malam tu, belakang TKK je. Tapi malam tu hujan, anak-anak pulak merangam sebab dah penat sangat.




Hari ketiga kami ke Taiping....kali ne saja jalan-jalan sambil ziarah kawan lama di sana...tidur pon kat rumah dia.

Malam tu kawan kami tu bawak makan kat Doli  Kuey Teow Goreng...sedap yee..sampai sekarang masih terbayang-bayang akan kesedapannya hahahahha.... Portion Kuey Teow kalau tengok macam sikit je, tapi sebenarnya banyak ok...


Hari Keempat kami ke Zoo Taiping, Zoo kat KL tak sempat lagi jengok kami dah sampai ke Zoo Taiping hehehhehe...alang-alang dah sampai kannnn....




ha last sekali yang sangat tempting sekali adalah Mee Udang Kuala Sepetang. Mee Udang yang tak sama di mana-mana pon....Memang udang nyerrr sangat banyak yer. Mr. Bob tak layan la udang-udang ne, dia cuma minum Tescafe Tarikje waktu ...

Gitu la kisah percutian kami....banyak lagi tempat-tempat yang tak sempat kami singgah macam Bukit Merah, gerbang malam...insyaallah kalau ade rezeki kami datang lagi....


Wednesday, December 19, 2012

Makan-makan

 Assalam semua...

Semalam sempat jugak merasa makan di Tree Steak House Paya Jaras selepas habis urusan di Ampang. Selalu kalau balik rumah akan lalu Paya Jaras dan kedai makan ne memanjang ramai orang nya. Cakap kat Mr.Bob nanti kena cuba makan kat sini. Ternya makanan kat sini sedap u ollsss..makanan pon sampai cepat... Ada masa nanti nak ajak family lak makan kat sini.


Adik tu selalu la gaya macam tu. Mana boleh tengok orang lain mengunyah kalau dia pon sekali tak mengunyah...Bagi la rasa sikit-sikit aiskrim tu, tak boleh la banyak-banyak...kang batuk masuk hospital lagi


sebelum terkaman bermula.... Tu ade oder chicken nugget, tak tau kenapa boleh teroder...macam tak pernah makan pulak sedangkan stok nugget tu manjang ade dalam freezer kat rumah...tak berusik pon nugget tu..last sekali bungkus bawak balik rumah.

kami oder spagetti untuk kakak....lapar sangat kekdahnya..separuh jugak habis dia makan

Gini pulak gayanya Mr.Bob makan bila tau saya nak amek gambar dia.

Ok la...itu sahaja buat masa ini..jumpa lagi


Tuesday, December 4, 2012

Batrisya & Zandra Warded

Assalam...

Lepas balik dari Bagan Lalang, sampai rumah mama kat kajang lebih kurang petang la. Bila malam anak-anak dah start demam...tapi kakak la yang mula-mula terus demam panas, adik pulak start dedar-dedar je. Kakak dan adik saya start bagi makan ubat demam malam tu.

Keadaan adik dan kakak sama je demam panas tak turun-turun pon suhu. Kami siap berulang alik ke klinik dan hospital. Ubat bontot pon jenuh la masuk, tapi sejuknyer sekejap je. Bila dah demam dua beradik ne mula la batuk dan selsema. Kakak jangan cakap, bila keadaan cuaca sekarang asyik hujan dia mula batuk teruk dan mula athma atack pon muncul. Adik pulak batuk teruk sampaikan nafas pon laju. Kesian sangat tengok budak-budak ne.

Ada sekali tu Mr. Bob dengan kakak pegi ke hospital amek neb pukul 1pagi sebab kakak dah batuk teruk sangat. Last kami buat keputusan yang kami kene bawak anak-anak ke HKL, itu kiranya last choose la...lagipon kakak dah memang ade rekod di sana. Doktor cek kakak dan adik siap amek darah...adik siap  kene mandi lagi sebab terlalu panas. Jadinya kedua beradik ne warded, tapi hati saya rasa tak seronok sebab anak-anak sure kene cucuk kene masuk air dan antibiotik...jeritan dan tangisan tu la yang melemahkan saya, tapi untuk kebaikan anak-anak jugak...takkan la nak biarkan masing-masing dah lembikkan(tapi dah lembik dah pon)...



 Hampir seminggu jugak di Pediatrik HKL. kakak start nebulizer setiap 6 jam, masuk drip air dalam 2 botol  makan ubat demam dan pakai oksigen. Adik pulak pakai oksigen, makan ubat demam dan dan masuk antibiotik. Allhamdulillah hari kelima kakak dan adik dah boleh off oksigen off line kat tangan tu.

Bila anak-anak dah segar sikit...dah off oksigen n boleh la berjalan-jalan sikit. Tempat kegemaran anak-anak kat hospital ne tentulah playroom. Kat Pediatrik ade 2 ke 3 playroom, boring kat playroom bawah pegi kat atas...macam tu la... Nak melayan kedua-duanya cukup mencabar, nasib Mr.Bob ada gilir-gilir melayan mereka.


Jutaan terima kasih kepada nurse-nurse yang banyak membantu dan jugak Doctor Nazatul dan Doktor Nik dari wad KK2.