nuffnang advert

Monday, November 15, 2010

Jakarta - Bandung Part 2

Salam semua....

Mari aku cerita untuk part 2 sesi jalan-jalan kami ke Jakarta- Bandung....Hari kedua kami dari Puncak Bogor menginap di Villa Kota Bunga. Setiap villa mempunyai tuan dan di jaga dengan sebaik-baiknya serta bolah di sewakan kepada sesiapa yang ingin menginap. Menurut Pak Geto villa-villa disini selalunya penuh bila musim cuti di sana...Kami agak jakun sebab setiap villa di sana memang cantek belaka...mari kita tengok
Ini la rumah kami menginap untuk satu malam.....rumah sebesar ini ade dua bilik...cuba kalau rumah yang 5 ke 6 bilik, mcm mana besarnya....hahahha. Kalau tengok pon macam rumah tipu pon ye gak...Bila tengok rumah yang bermacam- macam patern, teringat pulak rumah-rumah yang kat dalam cerita Desperate housewife tu....


kami...

Kelengkapan yang di sediakan di dalam setiap villa lengkap seperti perkakasan dapur, peti ais, tempat memasak dan macam-macam lagi. Tapi...malangnya aku tak sempat nak snap gambar...tak sempat langsung...maaf


ini patern rumah cina



patern cowboy...






Ini tak tau la patern pe...tapi mmg lawa macam istana...



ini ala-ala jepun gitu...

Selepas puas pusing-pusing tengok villa yang mengagumkan di Villa Kota Bunga ni, perjalanan kami di teruskan ke Taman Safari, sepanjang perjalanan banyak gerai-gerai menjual hasil tanaman mereka seperti pisang, lobak, sayur-sayuran...di sane banyak ladang-ladang teh juge....Mmg subur tanah-tanah mereka


ladang teh...

Di luar Taman Safari


Ini di pintu masuk Taman Safari...Di sini bayaran bagi orang tempatan dan orang luar lain... Jadinya bayaran masuk ke Safari ini telah termasuk dalam pakej kami, kebetulan rezeki kami, kami dapat harga tempatan...huh allhamdulillah rezeki...Yang bestnya Taman Safari ni kene naik kereta.....
masuk kat zon bahaya..kat dalam ne harimau, buaya..

kat dalam ne ade taman rama-rama, burung, orang utan, monyet....

bersambung...

1 comment:

ct shah said...

wah,bestnyer masuk kat tmn safari tu dgn berkereta,dpt tgk sendiri live binatang2 kat situ.oh,bila turn saya agaknyer..