Salam,
Aku tak ade mood 2-3 minggu ne sebab 21May lepas Batrisya telah warded di Padriatik HKL selama 1 hari. Batrisya batuk teruk dan macam ada tanda nak Asma. Doktor kata dia akan memantau Batrisya 1 hari itu untuk memastikan Batrisya tidak demam. Allhamdulillah, semasa di hospital Barisya tidak demam dan terus discharge pada petang itu. Tapi Doktor nasihatkan kami bahawa jika ada tanda-tanda Asma seperti sesak nafas dan nafas berbunyi, kami harus terus bawa Batrisya ke Padriatik di wad KK2. Antibiotik dan ubat batuk kami beri selama seminggu selepas pulang dari Hospital. Allhamdulillah batuk Batrisya baik selepas itu.
Pada hari Isnin pula 31May pkl 1pg Batrisya demam panas...tak pernah sepanas ini sebelum ne. Aku cek suhu badan dia 38.7 waktu itu ......mmg aku sedar sejak dari tengahhari lagi kepala dia mcm panas...Aku terus basahkan kain lapkan badan, kaki, kepala..kipas aku kuatkan...merengek je Batrisya..nak kene peluk je dia...tak nak berenggang langsung dengan aku. Sian anak mama...Allahmdulillah bila pagi demam dia ok. Kami pergi Klinik Damai Melawati dan Doktor nasihatkan kami jika Batrisya demam panas lagi selepas ini terus masukkan ubat bontot...Allhamdulillah sampai kehari ini Batrisya tak demam. Tapi malam tadi batuk Batrisya berulang lagi. Kerap jugak dia batuk...sampaikan tak lena dia tidur malam tadi..Batuk Batrisya masih berlarutan hingga pagi tadi masa aku hantarkan ke rumah Mak Jah....
Aku memang tak de mood sekarang...Kalau pergi kerja pon asyik teringat-ingat je Batrisya. Hati aku bukan disini sekarang. Kenapa batuk dia kembali lagi....aku takut demam panas dia kembali lagi ...
Sayang mama cepat sembuh ye...
Ya Allah...ampunkan lah dosa-dosaku...permudahkan jalan kami sekeluarga...Jauhkanlah anak ku dari segala penyakit......
2 comments:
mudah2an batrisya cepat sembuh, kalau demam pakaikan dia kool fever kat dahi, kalau masih batuk pakaikan minyak yu yi kat dada ngan tapak kaki dia, elak kipas direct pd baby, mungkin dia sejuk tu sbb batuk dia kembali, byk kan berdoa lin..
ciomkan betty untuk ku ye ...itulah pengorbanan seorang ibu kepada anaknya..begitulah juga ibu kita masa kita kecil2 lagi..sabar ye linda...
Post a Comment