nuffnang advert

Monday, September 10, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalam....Dalam malas-malas ne saya gagahkan jua untuk update pasal raya kami tahun ini.

Rasanya tak terlewat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda yang sudi baca blog saya ini. Semoga di hari lebaran ini dapat kita mengeratkan silatulrahim di antara kita. Saya ingin memohon ampun dan maaf jikalau ade terkasar bahasa atau tersalah tingkah laku ye.
kami....adik susah betul nak tengok camera...

 kakak...

 kesian babah menahan sakit....

Cerita raya kami biasa-biasa saja, tapi ade cerita di sebalik raya kami yang kurenggg sikit la....nak pergi berjalan raya pon ta sampai hati sebab Mr. Bob tak beberapa sihat.

Sehari sebelum raya saya pulun mengemas rumah sebab bila fikirkan bila dah balik dari kampung nanti sure penat gile dengan kain baju menimbun nak basuh. Jadinya saya kemas siap-siap...tukar cadar semua, keluarkan balang kuih siap-siap...Mengemas bangai nak rak dari start subuh sampai ke petang, mana taknya bila budak-budak bangun tergendala la kan kejap kerja kita. Jadinya malam raya last puasa hari tu kami berbuka di McD sahaja dan terus ke balik rumah mertua.

Tahun ini sama macam tahun lepas jugak kami beraya dulu di rumah mertua. Lepas itu ke rumah nenek Mr.Bob(tak jauh pon dgn rumah mertua)...kat sana ramai yang dah berkumpul. Lepas tu raya rumah saudara-mara side Mr.Bob dah kami terus pulang ke Melaka. Kat Melaka rumah nenek saya. Mama dan adik beradik dah balik awal-awal lagi. Rumah nenek pon ramai jugak ade Ayah Lang family, makngah family...ramai la.

masa ni dah sampai Melaka....nak pegi beraya rumah nenek-nenek saudara...


Itu serba sikit cerita kami berhari raya... Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga....

3 comments:

Anum said...

cerianya gambar2 sis

suwara entertainment said...

selamat hari raya kak lyn n family.
mmg ceria di hari raya tgk gambar2 ni. hehe

lynda said...

anum: tq anum

sue: selamat hari raya jugak pada sue n family