nuffnang advert

Sunday, August 22, 2010

Hujung Minggu...

Salam,

Dalam kesibukan menyiapkan tempahan manik, hati ini tetap jugak teringatkan blog kesayangan yang bersawang pada bulan puasa ni. Bukan tak nak update blog tau, tapi masa yang terluang aku menfaatkan menyiapkan tempahan...takut sangat tak sempat siapkan baju-baju raya orang ne..

Bila hari Jumaat saja macam biasa la kami akan balik ke Kajang. Sampai pon dah malam, maklumla kene tunggu Mr.Bob balik kerja dulu.
Hari Sabtu aku bersama Mr.Bob dan Batrisya ke Tesco, nak cari bahan-bahan nak buat Caremal dan Lasagna. Punyer la ramai orang membeli-belah barang dapur..Tesco pon not bad barang-barang basah macam Ayam,ikan, udang kerang.....Pada hari tu teringin sangat nak makan Udang Sambal n Sup Cendawan, aku beli jugak bahan-bahan tu...
Seronok sangat menjadi jugak Lasagna aku...resepi ni memang aku ikut dari blog Sofia..memang puas makan la kami pada berbuka hari tu. Lain kali boleh buat lagi...
Hari Ahad pulak ajak Mr.Bob ke Jasco Balakong..shopping sikit, cari blaus-blaus kat sana..Alhamdulillah banyak pilihan kat sana. Kali ne Batrisya tak ikut..dia teman Nek Me kat rumah. Sampai rumah, rehat-rehat sekejap lepas tu ke dapur untuk memasak. Menu hari ni Ayam Masak Lemak Cili Api dan Ayam Bakar.

Errm...itew saja untuk kali ini. Sehingga jumpa lagi..Salam

3 comments:

Pn S.o.f.i.a said...

Salam Kak Linda,
hihihi wat lasagna ye..TAHNIAH BERJAYA..xtau akak pun bce blog sye..Pn Norm bgtau akak wat lasagna..hihi ok2 nak follow blog akak la..cum follow my blog...

Pn S.o.f.i.a said...

alaaaa nape xleh follow nih??

wardah @ fie shah said...

fuhh hebat lin. kita x try lg lasagna.