Apa khabar semua...harap semuanya sihat-sihat hendaknya. Aku Allhamdulillah setakat ni masih boleh berpuasa penuh...Allhamdulillah...Masih ade rasa loya-loya, tapi nasib baik tak kerap, masih boleh tahan lagi.
Kali ne nak cite pasal juadah berbuka puasa(macam rajin update je bunyinye kan?) aku dan Mr. Bob semalam. Nak kata mengidam tak la sangat kan, tapi lebih kepada teringin sebabnya juadah ini aku tahu pon dari blog Wahida dan lepas tu dari bff Fie.
Kami sampai dekat sana lebih kurang dalam pukul 6 macam tu. Book tempat dan oder air sekali. Tapi bila bulan puasa oder untuk makanan di buka selepas pkl 7, konsepnya korang kene beratur ambil makanan sendiri.
Semalam kami makan Cheese Naan dengan kuah kari ayam dan satu lagi special kuah daging cincang blackpaper. Kalau tengok kuah daging tu macam kuah speggetti gitu...Tapi sedap sangat makan dengan Cheese Naan tu.
Kepada -kawan-kawan anda patut cuba cheese naan ne, selain itu ade menu nasi briani jugak, ramai jugak orang oder aku tengok. Kedai makan ne pon senang je nampak, masuk je lorong Medan Tunku tu selang 3 kedai dari Restoren Lotus.
Jumpa lagi ..assalam
2 comments:
sedapnyerrrrr
Menarik giler ngan cheese nan tu... lapor la plak
Post a Comment