nuffnang advert

Wednesday, March 4, 2009

PART 2-HONEYMOON(Day 1)

Sekarang ne nak cite pasal part 2 sepanjang kesepian aku dalam masa 3 bulan tempoh hari.

Aku bersama Mr. Bob telah mengambil kesempatan untuk bercuti a.k.a Honeymoon lepas kawin ne. Destinasi pilihan kami ialah Sabah.

Kami pergi pada 11 Feb - 14 Feb. Booking flight Air Asia bulan 12 tahun lepas lagi. Allhamdulillah semua nyer under bujet. Kebetulan pula dapat dapat tiket Air Asia murah.

Flight kami pkl 10.20pg dan kami bertolak dari rumah pkl 6pg ke KL Sentral. Di KL Sentral kami naik SkyBus sampai di LCCT. Perjalanan dari KL Sentral ke LCCT mengambil masa lebih kurang 1jam 15 minit. Kami sampai awal di LCCT, tak nak kelam kabut berlari2 nak check in nanti. Kami sarapan dulu, rehat2 dan jalan2 di sekitar LCCT.

Lepas check in kami duduk departure hall dan rehat2 baca surat khabar. Tapi masa kami rehat kat departure hall ne ade la pulak sekumpulan kaum cina yang dalam lingkungan 50-an yang sangat bising maksud aku jenis suara yang nyaring2 dan cakap kuat2 tu. Aku cakap dengan Mr. Bob, mintak2 la mereka ne semua bukan naik sama flight dengan kita...kalau tak memekak je tak tenteram langsung. Tapi Allhamdulillah kami tak sama flight dengan mereka.
Ne pemandangan masa dalam flight, tapi tak tau dah sampai kat mana ne.. Tak ade mood masa ne nak ambik gambar sebab rasa gayat pulak kali ne naik kapalterbang...fikir nak cepat sampai je.

Masa ne dah nak dekat sampai....Nampak la pemandangan Bandar Sabah....

kiri: Kak Wan Hayati, Mr.Bob, Me, Samilin

Sampai je kami disambut oleh En. Syed Pengarah Pejabat Cawangan Sabah. Kami singgah makan kat satu restoren yang tak ingat nama nyer. Lepas tu singgah di office Sabah sebab Mr. Bob ade kerja sikit kena buat... Lepas selesai kerja Mr.Bob, En Syed hantar kami ke Hotel.

Kami menginap di Tune Hotel, kiranya adik-beradik dengan Air Asia jugak la....Boleh tahan la hotel ne...Kemudahan2 asas semua nyer ade.Tune Hotel ne terletak di 1Borneo shopping mall yg terbesar kat situ...Tapi hotel ne jauh sikit dari bandar KK..lebih kurang 15 ke 20 minit ke bandar KK.

Tune Hotel ne hanya sediakan kipas dan barang asas2. Makna nyer kalau nak tambah aircond ke, tv n towel kena tambah kat reception....aircond n tv kami ambil 24jam..makna nyer kalu rasa tak nak tgk tv kredit hours off. Masa ne aircond bilik kami on dan kredit hours tinggal 21 hour 58min... Senang cite kalau korang tak pakai benda2 tambahan ne tak berjalan la kredit hours korang....Macam sistem top-up la.

Lepas rehat2 di bilik, kami pergi jalan2 kat 1borneo n pergi makan malam..

Bagi kami hotel yang kami menginap ne cukup untuk kami berehat tidur,mandi n senang nak cari makan sbb Hotel Tune ne satu bangunan dengan mall(1Borneo),tak perlu hotel mahal2...Penat jugak la berjalan kat mall ne ...besar sangat...
~bersaMbunG~

1 comment:

mystery me said...

linda sambung...sambung...