nuffnang advert

Wednesday, February 25, 2009

PART 1


Ok, seperti yang dijanjikan aku akan update serba sedikit tentang kesepian aku sepanjang 3 bulan yang lepas...Maaf, mungkin agak direct entry kali ne kerana entry sebelum2 ne aku tak sentuh langsung tentang perkahwinan aku. Kalau ikutkan mesti ade entry2 pasal persiapan perkahwinan ke, ape ke kan? Tapi serius memang tak terlintas langsung nak bercerita di blog, mungkin sebab terlalu sibuk dengan persiapan, kerja lagi dan mungkin terlalu gementar....

Ye sekarang aku dah jadi isteri orang! Suami tercinta Mr Bob adalah jodoh yang telah tertulis oleh Nya. Aku berdoa agar kami berdua sama2 melayari alam berumah tangga dengan bahagia dan saling percaya antara satu sama lain. Mungkin dulu tak sama dengan sekarang. Dulu ape2 sikit mintak kat mak...semuanya tersedia..Kini tanggungjawab lebih besar, kena jaga makan minum suami, pakaian dan semuanya.
Pasal kahwin ne memang memenatkan. Kalau boleh kita nak semuanya berjalan lancar. Tapi kat sini nak ucapkan berbanyak2 terima kasih pada saudara mara yang bertungkus lumus menjayakan kenduri kahwin ni, adik-beradik dan mama tersayang sampai demam dan tak ade suara di buatnya pada hari perkahwinan aku.
Kini aku hanya mampu berdoa kepada Allah agar kami hidup bahagia, dimurahkan rezeki dan di permudahkan segala urusan kami...AMIN

~sekiaN~

1 comment:

wardah @ fie shah said...

linda..teruskan meulis part 2 3 dan seterusnye..