nuffnang advert

Tuesday, October 21, 2008

To My Dear Friends

Luv U Ouls
Untuk seketika ini terlalu rumit untuk di bincangkan. Banyak perkara dan masalah yang datang dengan serentak. Aku jadi terlalu takut dan stress sekarang ni. Mungkin terlalu takut kehilangan seseorang dan kawan-kawan yang di sayangi. Sekarang ini aku perlu mencari ruang untuk diri sendiri, ketenangan dan positif balik.
Aku rindukan saat-saat gembira kita....gelak n happy sampai tak ingat dunia. Kepada kawan-kawan semua, saya sayang awak semua. Anda adalah kawan terbaik saya.

Thursday, October 16, 2008

Manik & Labuci

Labuci Bunga - Bermangkuk


Labuci Bunga - Flat



Manik Pintalan & Manik Tabur

Seperti yang di janjikan ada dua lagi jahitan manik yang telah aku jahit pada bulan puasa tempohari. Gambar di atas ne baju kurung mak aku yang lengannya ade dua lapis. Pada lapisan yang plain, aku jahitkan Manik Pintalan untuk border hujung lengan dan di tambah jahitan Manik Tabur. Kombinasi warna manik yang aku gunakan ialah Manik Silinder Warna Gold Gelap dan manik bulat Berwarna Krim. Jahitan Manik Pintalan dan Manik Tabur boleh di pelbagaikan dengan menggunakan labuci, butiara pelbagai saiz, manik beras dan stone-stone pelbagai bentuk. Tapi mak aku nak yang simple je sebab lapisan lengan plain tu pendek je...Kalau buat havy sangat tak nampak sebab akan tertutup pada lapisan lengan yang bercorak itu.



Manik Selembut Bayu

Jahitan Manik Selembut Bayu ne untuk Kak Ida dari Putrajaya. Baju Kak Ida ne tanah hijau dan ade sedikit corak kuning dan Coklat. Untuk nak Kontrakan warna manik pada baju ne aku gunakan warna-warna yang terdapat pada corak-corak baju Kak Ida. Jahitan manik Selembut Bayu ini boleh di pelbagaikan dengan menambah labuci pada hujung manik dan tambahkan labuci bunga -bermangkuk (sila lihat contoh labuci diatas).

Thursday, October 9, 2008

UPDATE

Manik Selembut Bayu

Manik Arrow
Sepanjang bulan puasa hari tu, aku telah menerima tempahan jahit manik..adalah dalam 7 helai baju aku jahit. Best jugak rasanya sebab dah boleh balik modal. Jahitan manik Selembut Bayu kat atas tu baju Kak Zu. Jahitan manik Errow pula baju dari Kak Ina dari Putrajaya. Kak Ina tempah dua helai baju, yang satu lagi baju Kak Ina aku jahitkan manik Selembut Bayu juga. Buat masa ni gambar-gambar ne sahaja yang ade. Gambar yang lain belum edit lagi. Insyaallah akan aku update next entry.

me, yin, aini, jue, juju
Gambar kat atas ne gambar masa Majlis Berbuka Puasa kat office. Tengok muka masing-masing, suci je kan? Tak best laa kan kalau dah berkumpul macam ne tak posing kan? Tapi kali ne tema posing ialah Sopan ok!

Selamat Hari Raya

SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN