nuffnang advert

Monday, March 2, 2009

PART 2- HONEYMOON(Day 3&4)


Perancangan kami untuk hari ke tiga ialah pergi ke Kinabalu Park & Hot Spring di Ranau. Mula-mula ingatkan nak pergi by group hotel naik van, tapi rasanya lagi mahal kalau pergi by group ne. Jadi di sebabkan rugi sangat kalau pergi Sabah tak ke Kinabalu Park, kami buat keputusan sewa kereta dan drive sendiri ke Kinabalu Park ne.


Kereta yg kami sewa sampai dalam pkl9 lebih.
Pada hari ketiga kami berpeluang pergi ke kaki Gunung Kinabalu. Memang dah rancang nak pergi dalam pkl7 pagi macam tu sebab takut cuaca tak mengizinkan, nanti bila sampai kat sana tak nampak view gunung pulak. Tapi mungkin rezeki kami hari tu cuaca baik n nampak view gunung yang lawa walaupon waktu tu dah lewat.


Teruja sangat bila nampak Gunung Kinabalu ne dari jauh...

With Mr.Bob and superb view....


Masa di kaki gunung...Orang-orang dekat belakang tu baru lepas turun dari puncak....





Selepas ke Kinabalu Park, kami ke Hot Spring Ranau....Sempat rehat-rehat disana sambil rendam kaki dekat kolam air panas...dapat releks kan kaki yang lenguh-lenguh ne...






Perjalanan balik kami singgah makan..... Mr.Bob order sayap-sayap yang sedap...
Aku makan Mee Sup and Air Kicai(Air Asam Boi)



Sampai di KK kami terus call bapa saudara(Apak) aku yang menetap di sana. Apak bawa kami makan dan jalan-jalan sekitar bandar KK...Kami makan Sea Food dekat Tanjung Aru1... Memang betul-betul sedap makanan kat situ(very-very recommended). Disebabkan aku terlalu menikmati makanan yang sedap tak sempat nak tangkap gambar ye....!

Kemudiannya kami ke Bukit Bendera, kat Sabah pon ade tau...Dapat tengok pemandangan Bandar KK...


Mr. Bob, Me, Julia(isteri Apak) & Apak

Hari terakhir kami jalan-jalan bandar KK dengan Samilin n Nelly. Kami pergi pasar Filipines, beli ikan masin, udang kering semuanya untuk keluarga n kawan-kawan...



Kat sini kami pergi makan lepas check in kat airport. Nama tempat ne Tanjung Aru2. Kebetulan waktu ne tgh matahari terbenam, tempat makan ne betul2 di tepi laut, memang cantik view kat sini....

Thanks to Samilin n Nelly bawa kami jalan-jalan sekitar bandar KK n belanja makan...Jangan lupa kat kami bila datang KL...boleh kita pergi jalan-jalan.


me, Nelly n Samilin

~tammat~

No comments: