nuffnang advert

Monday, March 30, 2009

AF 7

Sekarang ne agak emosi bila tengok AF7 ne.. Aku n Mr. Bob telah pilih pelajar-pelajar kegemaran kami, dan akan membandingkan antara satu sama lain pencapaian pelajar setiap. Pelajar pilihan aku Akim, Hafiz, Isma dan Zizi(KIV),Mr. Bob pulak pilih Yazid, Qhaud, Claudia n Rubisa.
Buat setakat ne aku memang minat dengan Akim n Hafiz ne, yang Isma dan Zizi ne minat macam suam-suam kuku je...Hafiz ne memang dari Konsert pertama sampai sekarang sangat Konsisten dan bagi pendapat aku Akim mempunyai peluang yang cerah dalam bidang nanyian n hiburan. So sape nak tahu lebih lagi cerita-cerita AF7 ne bacalah disini. Suka sangat tengok Ida Nerina masa Konsert lepas baju,kasut subang....cantek. Suka sangat tengok kasut2 pelajar time konsert, very sexy u....

Friday, March 13, 2009

Makluman

Ada masalah teknikal sikit di blog aku ne....Aku dah update blog aku hari ne tapi entry yg terbaru tu keluar date 3Mac....aku tak tau kenapa boleh jadi macam tu...So entry Part 2-Honeymoon(day2) berada selepas entry Part2-Honeymoon(day1) korang paham2 sendiri lah yek.....aku dah penat nak membetulkan denda alah ne.....
Selamat Membaca...

Wednesday, March 4, 2009

PART 2-HONEYMOON(Day 1)

Sekarang ne nak cite pasal part 2 sepanjang kesepian aku dalam masa 3 bulan tempoh hari.

Aku bersama Mr. Bob telah mengambil kesempatan untuk bercuti a.k.a Honeymoon lepas kawin ne. Destinasi pilihan kami ialah Sabah.

Kami pergi pada 11 Feb - 14 Feb. Booking flight Air Asia bulan 12 tahun lepas lagi. Allhamdulillah semua nyer under bujet. Kebetulan pula dapat dapat tiket Air Asia murah.

Flight kami pkl 10.20pg dan kami bertolak dari rumah pkl 6pg ke KL Sentral. Di KL Sentral kami naik SkyBus sampai di LCCT. Perjalanan dari KL Sentral ke LCCT mengambil masa lebih kurang 1jam 15 minit. Kami sampai awal di LCCT, tak nak kelam kabut berlari2 nak check in nanti. Kami sarapan dulu, rehat2 dan jalan2 di sekitar LCCT.

Lepas check in kami duduk departure hall dan rehat2 baca surat khabar. Tapi masa kami rehat kat departure hall ne ade la pulak sekumpulan kaum cina yang dalam lingkungan 50-an yang sangat bising maksud aku jenis suara yang nyaring2 dan cakap kuat2 tu. Aku cakap dengan Mr. Bob, mintak2 la mereka ne semua bukan naik sama flight dengan kita...kalau tak memekak je tak tenteram langsung. Tapi Allhamdulillah kami tak sama flight dengan mereka.
Ne pemandangan masa dalam flight, tapi tak tau dah sampai kat mana ne.. Tak ade mood masa ne nak ambik gambar sebab rasa gayat pulak kali ne naik kapalterbang...fikir nak cepat sampai je.

Masa ne dah nak dekat sampai....Nampak la pemandangan Bandar Sabah....

kiri: Kak Wan Hayati, Mr.Bob, Me, Samilin

Sampai je kami disambut oleh En. Syed Pengarah Pejabat Cawangan Sabah. Kami singgah makan kat satu restoren yang tak ingat nama nyer. Lepas tu singgah di office Sabah sebab Mr. Bob ade kerja sikit kena buat... Lepas selesai kerja Mr.Bob, En Syed hantar kami ke Hotel.

Kami menginap di Tune Hotel, kiranya adik-beradik dengan Air Asia jugak la....Boleh tahan la hotel ne...Kemudahan2 asas semua nyer ade.Tune Hotel ne terletak di 1Borneo shopping mall yg terbesar kat situ...Tapi hotel ne jauh sikit dari bandar KK..lebih kurang 15 ke 20 minit ke bandar KK.

Tune Hotel ne hanya sediakan kipas dan barang asas2. Makna nyer kalau nak tambah aircond ke, tv n towel kena tambah kat reception....aircond n tv kami ambil 24jam..makna nyer kalu rasa tak nak tgk tv kredit hours off. Masa ne aircond bilik kami on dan kredit hours tinggal 21 hour 58min... Senang cite kalau korang tak pakai benda2 tambahan ne tak berjalan la kredit hours korang....Macam sistem top-up la.

Lepas rehat2 di bilik, kami pergi jalan2 kat 1borneo n pergi makan malam..

Bagi kami hotel yang kami menginap ne cukup untuk kami berehat tidur,mandi n senang nak cari makan sbb Hotel Tune ne satu bangunan dengan mall(1Borneo),tak perlu hotel mahal2...Penat jugak la berjalan kat mall ne ...besar sangat...
~bersaMbunG~

Monday, March 2, 2009

PART 2- HONEYMOON(Day 2)

Hari ke-2 kami pergi berjalan-jalan ke pulau-pulau. Kami pergi 3 pulau hari tu..Pulau Sapi, Mamutik dan Manukan. Harga untuk pergi ketiga-tiga pulau ne RM37 seorang. Seronok sangat bila dapat pergi snorkling, rasanya last sekali pergi snorkling kat Pulau Tioman...tapi masa kat Tioman memang betul2 snorkling kat tengah2 laut...cuak jugak aku tapi memang puas hati....Tapi pulau-pulau kat Sabah ne lain pulak...dekat air-air cetek pon dah ade ikan....sooo clear the water ok!

Di Pulau Sapi...sangat cantik pemandangan kat sini....tak ramai orang...ikan pon banyak.....

Di Pulau Mamutik.....sangat lawa n air sangat jernih....masa ne kat jeti nak tunggu bot untuk ke Pulau Manukan


Pulau Manukan....tapi rasanya Pulau Manukan dah kotor.....masa snorkling banyak kali jumpa beg plastik...sangat tak best
Selesai jajahan kami ketiga-tiga pulau dalam pkl5. Kami rehat-rehat sambil tunggu En. Syed jemput kami...En.Syed bawak kami jalan-jalan di sekitar Karambunai(sorry no pic).
Malam tu kami pergi makan Seafood kat Salut... En Syed dah biasa kat tempat ne sebab tiap kali bos dari HQ datang kat Sabah, tempat ni lah tempat wajib mereka pergi....yummmyyyy

Kami order baby crab goreng,udang goreng, sotong goreng tepung, kailan ikan masin..
yummyyyyy.......eeerrrmmm

Masa ne Mr.Bob n En Syed dah tersandar kekenyangan...aku masih lagi relaks makan tak berhenti2...maklumlah makan untuk dua orang kan~~~~
~~~~ha ape tu..buat suspen je....~~~

PART 2- HONEYMOON(Day 3&4)


Perancangan kami untuk hari ke tiga ialah pergi ke Kinabalu Park & Hot Spring di Ranau. Mula-mula ingatkan nak pergi by group hotel naik van, tapi rasanya lagi mahal kalau pergi by group ne. Jadi di sebabkan rugi sangat kalau pergi Sabah tak ke Kinabalu Park, kami buat keputusan sewa kereta dan drive sendiri ke Kinabalu Park ne.


Kereta yg kami sewa sampai dalam pkl9 lebih.
Pada hari ketiga kami berpeluang pergi ke kaki Gunung Kinabalu. Memang dah rancang nak pergi dalam pkl7 pagi macam tu sebab takut cuaca tak mengizinkan, nanti bila sampai kat sana tak nampak view gunung pulak. Tapi mungkin rezeki kami hari tu cuaca baik n nampak view gunung yang lawa walaupon waktu tu dah lewat.


Teruja sangat bila nampak Gunung Kinabalu ne dari jauh...

With Mr.Bob and superb view....


Masa di kaki gunung...Orang-orang dekat belakang tu baru lepas turun dari puncak....





Selepas ke Kinabalu Park, kami ke Hot Spring Ranau....Sempat rehat-rehat disana sambil rendam kaki dekat kolam air panas...dapat releks kan kaki yang lenguh-lenguh ne...






Perjalanan balik kami singgah makan..... Mr.Bob order sayap-sayap yang sedap...
Aku makan Mee Sup and Air Kicai(Air Asam Boi)



Sampai di KK kami terus call bapa saudara(Apak) aku yang menetap di sana. Apak bawa kami makan dan jalan-jalan sekitar bandar KK...Kami makan Sea Food dekat Tanjung Aru1... Memang betul-betul sedap makanan kat situ(very-very recommended). Disebabkan aku terlalu menikmati makanan yang sedap tak sempat nak tangkap gambar ye....!

Kemudiannya kami ke Bukit Bendera, kat Sabah pon ade tau...Dapat tengok pemandangan Bandar KK...


Mr. Bob, Me, Julia(isteri Apak) & Apak

Hari terakhir kami jalan-jalan bandar KK dengan Samilin n Nelly. Kami pergi pasar Filipines, beli ikan masin, udang kering semuanya untuk keluarga n kawan-kawan...



Kat sini kami pergi makan lepas check in kat airport. Nama tempat ne Tanjung Aru2. Kebetulan waktu ne tgh matahari terbenam, tempat makan ne betul2 di tepi laut, memang cantik view kat sini....

Thanks to Samilin n Nelly bawa kami jalan-jalan sekitar bandar KK n belanja makan...Jangan lupa kat kami bila datang KL...boleh kita pergi jalan-jalan.


me, Nelly n Samilin

~tammat~