nuffnang advert

Thursday, December 30, 2010

Skuad Harimau Malaya

sumber dari google
sumber dari google
Salam Semua,

Aku hari ni datang office dengan penuh semangat sambil senyum sampai ke telinga sebab tak sabar nak buat entry kemenangan Skuad Harimau Malaya semalam. Sekalung Tahniah pada team Malaysia kita kerana memenangi Piala Suzuki 2010. Tahniah juga pada jurulatih Malaysia K.Rajagopal(mesti dia dapat Dato lepas ne).

Sebenarnya aku bukan la seorang yang minat dengan bola sepak ni, tapi bila team Malaysia menang tempohari lagi la bersemangat nak sorakkan. Semalam kami menonton di rumah mertua...macam nak pecah rumah dibuatnya bila team Malaysia garingkan gol.

Semalam jugak PM kita mengumumkan hari Jumaat adalah cuti umum...Yahooo....TQ.
Lagi sekali ucapan Tahniah pada Skuad Harimau Malaya dengan kemenangan yang bermaruah untuk negara tercinta.....

Monday, December 20, 2010

Our Weekend

Our weekend pada hari Sabtu kononnya hendak menghadiri kenduri kahwin rakan Mr.Bob, tapi apekan daya, rupanya kenduri itew sebenarnya pada hari Ahad..hahahha. Kami memang datang awal la...sedang-sedang elok je...kononnya nak tengok pasangan pengantin bersanding..Lepas hampa dengan perkhabaran tersebut kami terus memecut balik ke Kampung halaman kami di Kajang...

Hari Ahad pulak demi tidak menghampakan kami, Mr. Bob telah mengajak kami tengok wayang. Huh, aku bila malas terus jadi rajin bila Mr.Bob mengatakan hasrat murni dia...TQ. Tapi kali ne kami bawak Batrisya...Batrisya tak kene tinggal sebab tak de sape nak jaga dia...

Bila sampai je kat Jasco Balakong kami terus je ke Kaunter wayang tu...ingatkan kalau ade cite Hantu Kak Limah Balik Rumah tu kami terus je nak beli...tapi apakan daya...tayangan HKLBR tu pada pkl 1.30tgh dah sold out, kami terpaksa tengok cite tu pkl 3.30ptg... sebelum masuk wayang, kami habis kan masa pergi makan-makan dan jalan-jalan dulu...




Tak sah kalau tak naik benda-benda ne semua...
mau mengamok...


Batrisya dapat beg....bila tanya nak pegi school ke..
dia angguk kepala..

Pengalaman kali pertama bawak Batrisya pergi wayang memang best. Aku risau je bila dia tiba-tiba menangis ke, maraung ke kan... Tapi allhamdulillah Batrisya ok...sambil tgk wayang sambil makan biskut. Orang ketawa dia pon ikut ketawa...Lepas ne boleh bawak Batrisya lagi...Tapi sorry sangat sebab tak sempat nak bergambar kat wayang, maklumla bawak budak kecik manakan nak sorong stroller lagi, nak bawak barang-barang lagi...masuk je panggung dah gelap...cerita dah nak start...

ok jumpa lagi...

Wednesday, December 15, 2010

ooo hooo hoooiii!!!


Aku mendapat perkhabaran bahawa Mr. Bob kene pergi Melaka pada Khamis dan Jumaat ..What the......! Walau pon pada mulanya Mr.Bob dan seorang rakan seUnitnya tidak pergi...tetapi semalam mereka mendapat panggilan dari Chip mereka bahawa mereka perlu pergi untuk sesi memerah otak beberapa perkara mengenai kerja mereka....huh...

Aku dan Batrisya akan menginap di rumah mertua sepanjang ketiadaan Mr.Bob...dan lebih menerujakan, aku kene Drive hantar Batrisya ke rumah Mak Jah dan ke tempat kerja...huhuhuhu

Wish me luck u oullsss...hehehe...

Monday, December 13, 2010

MATRADE DINNER 2010

Salam kawan-kawan...

3Dec harus la aku cergaskan...sebab tempat kerja aku ade buat dinner...lagi satu aku kene naik pentas salam Tok Pa hahahahh.....Tahun lepas Mr.Bob, tahun ne aku pulak...Allhamdulillah...

Tema warna pada malam itu Turqoise, silver, & White...Tapi aku n Mr.Bob tak ikut tema pon..Kami pakai apa yang ade je...tak sempat nak membeli belah....

Kesemua persembahan malam tu best....Opening Gambit yang hot, persembahan koir, artis jemputan Adi n Ila yang vokal mereka mantap dan meletopsss itew....i like...Semuanya aku suka...meriah giteww

Acara kemuncak yang kami tunggu-tunggu iaitu Lucky Draw...Pada mulanya aku dan Mr.Bob dah ade meja khas untuk penerima APC, tapi kami tukar ke meja lain sebab nak berjimba-jimba dan bergosip-gosip dengan rakan -rakan diva...Allhamdulillah rezeki kami, pada mulanya Mr.Bob dapat lucky draw...lepas tu meja kami dapat The Most Happening Table....Allhamdulillah

Over all aku memang berpuas hati dengan dinner tahun ini...simple and nice. Best sangat meriah...Kedatangan kami memang berbaloi, lagi best dari tahun lepas ....dengan artis mabuk nyanyi baik aku keluar tangkap gambar dan terus balik...hahahahah itew tahun lepas ye.....!
kami sebelum dan selepas kejadian with Adi n Ila
u ollss nyanyi memang best...

Ouh....balik rumah Mertua Batrisya dah selamat tidur...my FIL cakap sebelum tido Batrisya ade sebut mama babah....sian nya anak mama....teringat mama babah ye....


bangun je Batrisya ....celik mata nampak aku terus senyum ke telinga...

Tata...

Thursday, December 9, 2010

Jakarta - Bandung Part 3

Kisah kami di hari ke-3. Hari itu selesai sarapan di hotel kami terus ke Tangkuban Perahu. Allhamdulillah rezeki kami dapat harga tempatan untuk masuk ke sini..
Di sini bau belerang memang kuat ...menusuk hidung...aku takut je Batrisya tak tahan. Tapi keadaan disana yang berangin sejuk membuatkan bau belerang tu kadang-kadang hilang...







kami beli cenderahati utk kawan-kawan
ade mahal...ade yang murah...kene pandai-pandai bargain..

with my mama...

Selepas itew...masa yang kami semua tunggu-tunggu telah tiba...Kami ke Pasar Baru. Nak kesana bukan main macet okehh....

Pasar Baru ne besar...Ade 8 ting....Sampai sane kami makan di FoodCourt...Bak kata Supir kami..kene tambah tenaga sblm nak shopping, takut pengsan...hahhaah



Pemandangan dari Foodcourt

Di sini kami jadi pening-pening lalat sebab terlalu banyak sangat kedai. Kami tak tahu mana satu nak start dulu. Kat sini kami bajet nak beli kain-kain dan kain telekung...

Ini kedai pertama selepas kami baik dari pening-paning lalat...hahaha
Telekung di sini memang banyak pilihan dan warna. Sulam-sulam mmg terbaik...
Tapi kat sana memang famous la telekung warna-warna ne...Kalau pergi surau kat sane memang macam-macam warna ko boleh jumpa...Tapi telekung warna putih jugak pilihan kami.


Ini pulak tengah memilih kain-kain cotton dan kain lace...pada kawan-kawan yang mengirim-ngirim tu, aku mintak maaf banyak-banyak sebab tak sempat nak beli untuk korang..



Kat belakang tu semua kain-kain lace
Kami di Pasar Baru sampai la pkl 5..Sampai kedai tu tutup pintu separuh dah...kami tak habis-habis lagi

Lepas tu kami cergas ke FO...


kat sini nama FO nyer STAMP...banyak pilihan untuk baju budak-budak...


penat hokeh!





Selepas tu beli brownies di Kartika Sari






try aiskrim yogurt...sangat sedap..

Selesai semua kami makan malam dan terus pulang ke hotel...sampai bilik pengsan...hahaha

Begitu lah kisah secara rawak kami di hari ke-3 di Bandung....