nuffnang advert

Thursday, October 16, 2008

Manik & Labuci

Labuci Bunga - Bermangkuk


Labuci Bunga - Flat



Manik Pintalan & Manik Tabur

Seperti yang di janjikan ada dua lagi jahitan manik yang telah aku jahit pada bulan puasa tempohari. Gambar di atas ne baju kurung mak aku yang lengannya ade dua lapis. Pada lapisan yang plain, aku jahitkan Manik Pintalan untuk border hujung lengan dan di tambah jahitan Manik Tabur. Kombinasi warna manik yang aku gunakan ialah Manik Silinder Warna Gold Gelap dan manik bulat Berwarna Krim. Jahitan Manik Pintalan dan Manik Tabur boleh di pelbagaikan dengan menggunakan labuci, butiara pelbagai saiz, manik beras dan stone-stone pelbagai bentuk. Tapi mak aku nak yang simple je sebab lapisan lengan plain tu pendek je...Kalau buat havy sangat tak nampak sebab akan tertutup pada lapisan lengan yang bercorak itu.



Manik Selembut Bayu

Jahitan Manik Selembut Bayu ne untuk Kak Ida dari Putrajaya. Baju Kak Ida ne tanah hijau dan ade sedikit corak kuning dan Coklat. Untuk nak Kontrakan warna manik pada baju ne aku gunakan warna-warna yang terdapat pada corak-corak baju Kak Ida. Jahitan manik Selembut Bayu ini boleh di pelbagaikan dengan menambah labuci pada hujung manik dan tambahkan labuci bunga -bermangkuk (sila lihat contoh labuci diatas).

No comments: