Seperti hari-hari lain, malas nak memulakan kerja terutama hari Isnin. Lagipun pagi-pagi tadi aku dah kena marah dengan mak sebab tak bagitahu handbrek kereta dia menyala bila aku guna kereta dia semalam. Hari Sabtu lepas aku tak kemana tapi semalam hari Ahad aku dengan adik no2 Nadia pergi membeli barang-barang keperluan sebab dia dah nak masuk belajar awal bulan Julai ne. Kejadian yang tak dapat aku lupa semalam bila nak menuju ke kereta bila sudah selesai beli barang-barang, bila Nadia nak betul-betul payung sebab hujan kebetulan ade orang tua India yang agak menakutkan menyergah Nadia sebab terkena percikan air hujan dari payung yang Nadia betulkan tadi. Masa orang gila tu menyergah Nadia, aku dengan rasa ketakutan terus lari meninggalkan Nadia. Nadia tergamam dan rasa tak puas hari dengan orang gila tu.
Aku fobia betul kalau dengan orang gila ne, sebab pernah terjadi aku dengan Fie nak ke Mydin dekat Chow Kit ada orang gila tegur kami masa tu, aku dah melangkah seribu meninggalkan Fie..
Sampaikan orang gila tu pon pelik tengok aku kenapa aku berlari sedangkan dia mintak RM1.
1 comment:
tau xpe..
smpai hati ko lin tinggalkan aku..nasib la aku ni kire gagah la juga masa tu..hehehe
Post a Comment